webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*-Latihan-*

Pada petang berikut, Fawwaz perlu tinggal di asrama kerana rahsianya lagi. Tetapi, dia ditemani oleh rakan-rakannya. Safiy tinggal di asrama juga. G-gong pun sama. Afiq tak perlu kata. Di asrama, satu bilik ada 4 orang. Fawwaz duduk dalam bilik yang dinamakan C208 sempena kelab mereka. Dalam bilik itu ada G-gong dan Safiy. Satu lagi kosong. Bilik yang berjiran dengan mereka ialah bilik Saga. Dalam bilik itu hanya ada dia dan kawannya kerana bilik itu dikhaskan untuk ketua murid.

Pada waktu tidur, Fawwaz ternampak Safiy keluar daripada asrama. Matanya bercahaya dan mengeluarkan 'Nightmare'. Nightmare disuruh Safiy untuk berikan mimpi ngeri kepada sesiapa.

"Ni rupanya kerja dia....", kata Fawwaz. Kemudian, dia pergi ke katil lalu tidur.

Pada esoknya, ramai ahli magis berlatih bersama rakan-rakan mereka. Fawwaz pergi melepak bersama Safiy, G-gong dan Afiq. Manakala Afiq sedang berlatih lawan dengan Danial. Hulk (SS) vs badan kekuatan.

DUSH!!BASH!, Danial ditumbuk sehingga berlambung. Gegaran kecil juga berlaku.

"Weyh Fawwaz, mana kuasa hebat kau tu?", kata G-gong.

"Sssshh~ diamlah G-gong...nanti dia dengar...", kata Safiy sambil memandang kiri dan kanan.

"Aku mana ada kuasa....", kata Fawwaz.

"Betul ke? Ataupun aku salah dengar...."

Mereka bertiga berpaling ke belakang. Saga sedang memikul pedang besar pada bahunya. Safiy bangun dan berjalan ke hadapan Saga.

"Lawan dengan aku!!"

"Kau lagi....aku berminat dengan budak baru tulah...kau tu berapa kali dah kau guna klon kau tu...hmmmmmmmm?"

"Biar aku saja lawan dengan kau Saga!!", kata Safiy dengan tegas.

"Ok...aku suka, hei budak baru! Nanti aku akan lawan dengan kau..."

Safiy dan Saga pergi ke satu gelanggang kosong. Ramai yang berhenti berlawan untuk menonton perlawanan mereka kerana ramai berminat akan Saga.

Mata Safiy bercahaya dan mengeluarkan 'Sans' original. Keluar banyak Gaster Blaster. Saga pula meletakkan pedang sambil memegangnya. Angin bertiup kencang keluar dari Saga. Fawwaz memanjat satu pokok untuk menonton perlawanan itu.

"Aku dah dengar semuanya Fawwaz...betul ke kau tiada kuasa...?", muncul satu suara.

"Aik..oh betullah kau magis terhebat tu.. baiklah, aku mengaku bahawa aku tidak ada kuasa..."

"Aku boleh ajar kau satu kuasa....nah ambil peta ni...kau kena datang setiap malam dengan sedikit makanan..."

"Perangai kau tetap tak berubah... Hahahaha...tak pernah tengok kau gemuk...."

"Apa kau cakap?!!", tiba-tiba angin bertiup seram sejuk.

"Takde apa pun...hehehehe.."

________________________________________

Pada malam seterusnya, Fawwaz berjalan ke salah satu pondok di bawah pokok. Kelihatan Rusyaidi sedang bermain magisnya.

"Rusyaidi!!"

"Opocot siput terbang! Aik....kenapa tak datang malam semalam?"

"Aku ada hal... cepatlah..."

"Mari sini duduk sebelah aku..."

Fawwaz duduk di hadapan Rusyaidi.

"Aduh...aku suruh duduk tepi aku tapi kau duduk depan aku..idiot..meh sini tangan kau...susah betul..."

"Hehehe... tunggu, kau ni psychic ke?!!"

"Bagi jelah...!"

Selepas beberapa minit... Rusyaidi berasa pelik.

"Esok malam jelah kita mulakan...", kata Rusyaidi.

"WHAT THE- What?!!!"

"Aku nak balik dulu, bye!"

Rusyaidi menggunakan tongkatnya untuk terbang. Fawwaz ditinggalkan bersendirian di pondok itu. Tiba-tiba dia terasa sesuatu di belakang. Apabila dia berpaling....

"Wargh!! Kepala apa ni?!!"

"Ni akulah! Ezral!!", katanya yang berada di dalam kepala makhluk itu.

"Ni bukan Kurama ke?" (Kyuubi)

"Masuklah...aku hantar kau balik bilik asrama..."

Kyuubi berjalan menghampiri kawasan asrama.

"Jadi..kuasa kyuubi kuasa kaulah ye..."

"Haah....dah banyak kali aku menang...nanti kalau ada masa datanglah melawat bilik aku..."

"Kau roommate dengan siapa?"

"Hmmm...Naufal, Syakirin dengan Zarif..."

"Ohhhh"

Apabila tiba, mereka kembali ke bilik masing-masing. Safiy masih belum tidur. Dia bermain kad terup bersama 'Sans' original, 'Nightmare' dan 'Ink'.

"Tak tidur lagi?", tanya Fawwaz sambil berbaring.

"Belum....awat? Aku dah biasa buat macam ni..."

"Ok... selamat malam....ZZzzzz....ZZzzzz~"

"Ok...'Nigtmare'...dia dah tidur...", kata Safiy sambil buat muka kejam.

******************************

"Fawwaz!!"

"Siapa tu?", kata Fawwaz dalam gelap.

Tiba-tiba, muncul gambaran bandar yang musnah. Fawwaz berjalan sehingga menemui tempat STM berada. Tempat itu juga musnah tetapi lebih teruk. Fawwaz berjalan lagi dan ternampak Saga dicekik oleh satu makhluk memakai sut besi bermantel hitam. Saga terus mati. Di sekelilingnya ada banyak mayat bergelimpangan. Makhluk itu terus memandang tepat ke mata Fawwaz. Fawwaz cuba larikan diri.

BUM!!!

*********************************

"Aduh...macam mana aku boleh jatuh katil ni....", kata Fawwaz lalu duduk di atas lantai.

"Hahahahaha....jatuh katil. Padan muka...", gelak Safiy yang sedang membaca komik.

"Tak tidur lagi kau ni?"

"Kau tak nampak ke hari dah cerah....dah dah tak payah tidur....hari ni hari kita pergi memburu....", Safiy terus simbah ais atas kepala G-gong sedang tidur.

"F*ck Safiy! Aku pukul kau nanti!", marah G-gong.

Selepas itu, mereka bergerak ke sebuah rumah kayu terletak di hujung jalan sekolah iaitu laluan ke dalam hutan. Mereka bertiga masuk dengan persiapan dan Safiy berjalan mendekati kaunter. Ada seorang perempuan menjaganya.

"Boleh saya bantu?"

"Kami nak satu misi yang paling senang dan menarik... boleh saya tahu?"

"Ada dua, yang pertama ialah bunuh tiga ekor beruang gunung dan buang kulitnya. Kemudian, bawa kulit itu ke sini dan setiap orang boleh dapat satu beg syiling emas. Yang kedua...."

"Ehh...takpe, simpan yang kedua tu...kami akan pilih yang pertama..."

"Baiklah....sila selesaikan tugas itu sebelum kumpulan lain yang ambil..."

Safiy memandang mereka.

"Jom..."

Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam hutan. Mereka bergerak ke arah gunung yang sangat jauh dari sekolah.

"Korang berdua dah biasa ke buat macam ni?"

"Dah...weyh Fawwaz, semalam kau pergi mana semalam sampai lewat....", tanya Safiy.

"Haaa...datinglah tu..,.macam Safiy tadi kan....", melawak G-gong.

"Apa kau cakap, G-gong!!", api membara dalam mata Safiy.

Fawwaz tak melayan Safiy dan G-gong.

"Mana boleh bagitau...rahsi--", tak sampai kata-kata Fawwaz habis...

BOOM!!! Sesuatu meletup dengan kuat di dalam hutan. Langkah mereka terhenti.

"Benda apa tu?", tanya Fawwaz.

"Takde apa pun....Safiy! Teleport!"

TING!!, mereka tiba di kawasan kaki bukit. Kelihatan satu kumpulan kecil pelajar dikalahkan oleh seseorang yang melindungi sekumpulan beruang gunung. Orang itu ialah Naufal?

"Awat dengan depa? Awat dia sekali ada dekat sini....f*ck lahh", mencarut G-gong.

"Kan dia ada kuasa binatang...Semua binatang memahami dia dan dia juga pelindung kepada mereka...", kata Safiy.

"Apa korang tunggu lagi...serang laa!!..", kata Fawwaz.

"Ceh...cakap memang senang...kita cari yang lain laa...", G-gong dan Safiy berjalan meninggalkan Fawwaz.

"Wei... tunggu laaa..WEI! TUNGGU!"

Selepas beberapa minit berjalan, mereka menemui empat ekor beruang gunung. Hanya tiga saja akan memenuhi syarat. Mereka sedang makan buah.

"Tu.... beruang!", jerit Fawwaz.

SRUKK!!, salah seekor beruang ditikam tulang Safiy. Seekor lari. G-gong menyelesaikan lagi dua.

PAM!, Safiy terkena satu penampar.

"Dude...awat bunuh! Kejam sangat cara macam ni...", Fawwaz rasa kesian.

"Mampuih laa, biarlah! Beruang ni bukan beruang biasa pun...", jerit G-gong.

"Awat kau jerit-jerit ni...hah!"

"Oii..dah settle...cukur cepat!", Safiy baling satu parang kepada Fawwaz.

"Awat aku sorang ja...."

"Sebab kau takde kuasa... cepat!"

Fawwaz berjalan sambil buat muka hodoh pada Safiy dan G-gong. Fawwaz mula sembelih dan ambil bulu beruang itu. Banyak darah terpancut pada tubuh Fawwaz.

"Nah tangkap!"

Safiy dan G-gong menyambut bulu-bulu itu.

"Weyh Fawwaz...aku rasa kau lebih sesuai kalau jadi pemain pedang...", kata Safiy.

"Tak nak aku...nanti mati pedih...sakit..,"

Mereka berjalan pulang. Tiba-tiba, ada dua jejaka menghalang jalan untuk masuk ke sekolah iaitu Saga dan salah seorang kawannya, Cula. Saga letakkan pedang pada bahunya.

"Lihatlah...pergi memburu bersama budak baru..."

"Apa kau nak?!"

"Aku nak cabar korang bertiga lawan kami berdua....baru korang boleh balik....", kata Saga dengan berlagak.

"Apa! Kau pandang rendah pada kami!!"

"Safiy, Fawwaz! Ready!!", kata G-gong sambil meletakkan barangnya.

"Hei...budak baru, aku ni bukan jenis yang lembut... bersedialah!"

G-gong terus bertukar menjadi batu dan melindungi Fawwaz daripada serangan tikaman angin Saga.

"Huu...bahaya betul...", kata Safiy. Safiy keluarkan Sans 'Origin' dan membuat serangan hebat.

Safiy keluarkan G.Blaster besar. Fawwaz pergi duduk di atasnya. Safiy menyuruh Sans memegang tangannya dan bergabung tenaga.

"Aku dah lama penat dengan perangai kau dan kau juga akan terima balasan ini sekarang! Saga!!!", mata Safiy berapi terang-benderang. Keluar beribu G.Blaster di sekeliling Saga dan Cula.

Kemudian, kesemua G.Balster menembak mereka berdua setelah terima isyarat Safiy. Saga cuba melindungi diri dengan Cula namun....

BOOOM!!!, kawasan hutan berdekatan hancur terbakar. Selepas asap disekeliling hilang, rupa-rupanya ada satu perisai besar melindungi mereka. Muncul sekumpulan guru magis. Salah satu mereka gunakan magis untuk menghalang mereka lari.

"Kamu berlima ditahan! Ikut kami pulang ke bilik tahanan!"