webnovel

Bila Takdir Berkata Lain

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · Others
Not enough ratings
85 Chs

Acara Larian

Pendaftaran untuk Festival Sukan bermula pada hari Jumaat itu dan semua kelas pun ditunda.

Meskipun tiada kelas untuk hari itu, semua pelajar tetap pergi ke kolej untuk mendaftar bagi acara yang mereka ingin sertai.

Ashley dan Raquel juga tidak ketinggalan untuk pergi ke sekolah Jumaat itu.

"Kau yakin kau nak ikut tenis saja?" tanya Raquel. Dia sedang berjalan sebelah-menyebelah dengan Ashley untuk pergi ke bahagian pendaftaran bagi sukan tenis.

Ashley memandang Raquel dengan wajah bingung. Dia keliru dengan soalan yang ditanya oleh Raquel tadi. "Memanglah saya cuma nak ikut tenis saja. Kau nak saya ikut apa lagi? Kalau saya ikut lebih dari satu, saya takut saya tidak akan dapat buat."

"Bukan saya suruh kau buat betul-betul pun. Just enjoy the game, okay? Tak kiralah kalau kau menang atau kalah, kau perlu enjoy untuk setiap game," Raquel terus menyiku lengan Ashley dengan lembut.

Ashley mencebik kecil. "Ya, saya tahu... Tapi masih juga, saya tidak mahu ikut acara lebih dari satu. Penat lah!"

"Okey lah... Ikut suka kau!" Raquel membalas.

Ashley dan Raquel pun tiba di bahagian pendaftaran untuk acara tenis. Semasa mereka mendaftar, mereka terdengar beberapa orang pelajar perempuan yang berkumpul tidak jauh dari mereka sedang bergosip.

"Korang ada dengar tak? Senior tahun ketiga perempuan kita yang hot tu... Yang nama dia Clara tu? Saya dengar dia ada ajak Kenzie masuk acara larian."

"Habis tu, Kenzie setuju nak ikut?"

"Entah... Saya tidak tahu kalau Kenzie ikut atau tidak. Saya cuma dengar gosip dari orang lain saja."

"Kenapa Kenzie nak ikut acara larian tu pula? Kenzie tidak pernah ikut acara lain selain daripada bola keranjang kan?"

"Entahlah... Mungkin dia tidak akan ikut."

Raquel segera memandang ke arah Ashley yang berdiri di belakangnya. Dia mahu melihat reaksi apa yang ditunjukkan oleh Ashley setelah mendengar gosip yang mereka dengar.

Ashley juga ikut memandang Raquel bila Raquel memandang ke arahnya. Namun wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi selain wajah yang tenang.

"Kenzie ikut acara larian? Saya tidak pernah nampak dia ikut acara tu. Kalau dia ikut, mesti seronok nak tengok ni kan?" kata Raquel pula.

Kening Ashley berkerut mendengar kata-kata Raquel. "Seronok tu seronok lah... Kenapa kau yang excited sangat ni?"

Raquel terus menjeling Ashley. "Kau ni... Saya bergembira pun bagi pihak kau. Kau tidak mahu tengok Kenzie ikut acara lari kah?"

Ashley berfikir sejenak. Dia melihat orang yang di depan Raquel sudah selesai mendaftar, Ashley terus menolak tangan Raquel dengan lembut. "Daftarlah cepat! Lepas tu kita boleh balik!"

Raquel mencebik kecil tapi dia tetap mengikuti arahan Ashley. Dia baru saja mahu tahu apa yang Ashley fikirkan tadi.

Setelah Raquel mendaftar, giliran Ashley pula yang mendaftar.

Ashley meletakkan pen ke atas meja setelah dia siap menulis namanya. Dia berpusing ke belakang untuk beredar dari sana. Tanpa disangka, dia terlanggar pula seorang pelajar perempuan yang berdiri di belakangnya.

Pelajar perempuan itu terus memandang Ashley dengan tajam kerana kecuaian Ashley.

"Sorry." Ashley menunduk kecil tanda meminta maaf dengan pelajar itu namun pelajar itu tidak menjawab. Sebaliknya, dia memberikan pandangan yang menjijikkan terhadap Ashley.

Ashley hairan kenapa perempuan itu memandang dia seolah-olah Ashley ini ialah musuh ketat dia sedangkan Ashley tidak pernah berjumpa dengan perempuan itu.

Ashley cuba untuk mengingati di mana tempat dia pernah berjumpa dengan perempuan itu tapi gagal.

"Sudah mendaftar, kan? Boleh ke tepi? Menghalang jalan orang sajalah kau ni!"

Ashley yang masih berfikir itu terus tersedar dari lamunan dia. Kerana tidak dengar apa yang perempuan itu katakan, Ashley bertanya lagi. "Hah?"

Perempuan itu mencebik angkuh. Dia terus menolak Ashley ke tepi dengan kasar.

Ashley hanya mampu menggaru kepalanya kerana dia masih bingung. Kenapa perempuan ni kasar sangat ya?

Raquel segera mendekati Ashley. Dia melihat bagaimana perempuan tadi menolak Ashley. Dia memberikan jelingan tajam kepada perempuan itu sebelum dia memandang Ashley lagi.

"Ashley, kau tak apa-apa? Saya nampak kau kena tolak tadi. Apa yang kau buat sampai dia tolak kau?"

Ashley hanya mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu. "Saya tidak pernah jumpa dia. Saya baru saja jumpa dia tadi."

Raquel pula yang mencebik tidak puas hati. "Ish, sombong sangatlah perempuan tu. Kenapa dia buat orang macam tu pula?"

Raquel dan Ashley menoleh ke arah perempuan tadi yang masih mendaftar. Ketika itulah mereka melihat ada perempuan lain mendekati perempuan itu. Perempuan itu memakai jaket hitam dengan memakai topi berwarna putih.

"Felicia! Kau sudah siap mendaftar?" tanya perempuan bertopi itu.

Perempuan yang menolak Ashley menoleh ke arah kawannya. "Daisy, jangan suka berteriaklah. Saya tidak suka dengar suara kau yang kuat tu!"

Daisy hanya tersengih saja mendengar teguran dari Felicia. Dia terus menarik tangan kawannya itu menuju ke suatu tempat. "Saya nampak gerai makanan di sana. Jom kita pergi tengok!"

Ashley dan Raquel hanya memandang saja dua orang perempuan itu beredar. "Felicia... Di mana saya pernah dengar nama dia ya?" tanya Raquel sambil meletakkan jari ke dagunya sendiri.

"Sudahlah, kita pergi cari restoran. Saya sudah lapar ni," Ashley berkata sambil menarik tangan Raquel pula.

"Kita ke kafe sekolahlah kalau macam tu," balas Raquel.

"Tak nak. Saya nak ke restoran makanan laut."

"Eh, kau ni! Memilih betul!!"

"Biarlah... Jom kita pergi. Lagipun kita kan sudah siap di sini!"