5 Chapter 5

"Not all Prince Charming comes with a white horse."

****

Air mata diseka dengan hujung jari. Lelaki itu sama seperti pertama kali Hanna bertemu dengannya. Masih dengan baju t-shirt hitam yang terkoyak dan seluar lusuh. Yang berbeza cuma seliparnya yang hampir putus digantikan dengan selipar jepun berona merah. Dan mata itu masih kelihatan sayu bagai menyimpan satu derita yang tak terungkap.

Hanna tidak menyangka dia mengambil serius dengan apa yang dia telah perkatakan. Lagipun, dia sendiri tidak menduga akan bertemu kembali dengan pengemis ini.

"Awak masih ingat. Sebenarnya masa tu saya hanya bergurau sebab saya bengang dengan awak." Hanna tersenyum kelat. Tak kejam kan pengakuan jujur yang keluar dari mulutnya?

'Oh, dia hanya bergurau rupanya. Bodoh kau ni Syah. Kau ingat kau tu siapa? Kau tak istimewa pun.'

Syah mengutuk dirinya sendiri. Apalah yang dia harapkan daripada seorang wanita yang langsung dia tak kenal. Nampak sangat selama ini dia kesunyian. Orang buat baik sikit dah salah anggap.

Syah perasan yang baju dan skirt perempuan di hadapannya terkoyak. Seperti sengaja dikoyakkan. Melihatkan keadaannya yang sugul dan baru lepas menangis, mungkin saja dia telah dicabul. Bukan dia mahu berfikir yang bukan-bukan. Tapi, bila diamati, tak lain tak bukan seseorang telah mencabul kehormatannya.

"Tak kisahlah kau gurau ke tak. Aku tetap akan nyanyikan lagu tu untuk kau macam yang kau minta waktu tu. Lagipun, aku nak minta maaf. Tak patut aku macam biadap kat orang yang dah tolong aku. Jadi, terima kasih banyak-banyak walau siapa pun kau yang sebenarnya." Syah mahu berkata lebih dari itu. Namun, dia cuba mengawal diri daripada mengajukan soalan yang tidak sepatutnya. Benda sensitif macam ni takkan dia mahu tanya depan-depan? Lagipun, dia bukan sesiapa.

Hujan tiba-tiba berhenti. Gerimis datang hanya sekadar lalu.

"Benda yang saya tak suka ia datang akhirnya pergi." Hanna mengangkat tapak tangannya cuba merasa yang tiada lagi titisan air hujan turun.

"Maksud kau, hujan? Kau tak suka hujan?" Syah mengoyak senyuman. Apa ni, takkanlah sama pula. Dia pun tak sukakan hujan.

"Ya. Bukan saya bencikan nikmat Tuhan tapi saya cuma tak suka." Hanna tidak bercerita lebih lanjut. Takkanlah mahu diceritakan kesalahannya pada masa lalu pada orang yang tak dikenali.

"Aku pun tak suka hujan. Kita sama." Syah meluah. Teringat peristiwa kekasih hatinya yang meredah hujan untuk mengejarnya. Tapi, dia langsung tidak berpaling. Kesalahan paling besar dan bodoh dia pernah lakukan. Sebab itu, dia kehilangan Aisyah buat selama-lamanya.

"Kenapa? Jangan bagitau yang awak tak suka basah. Sebab itu sangat cliche." Hanna tergelak kecil.

"Memang betul pun apa yang kau cakap tu. Pengemis macam kita orang tak suka hujan. Tengoklah kat situ. Ramai orang macam aku. Tidur kat kaki lima dengan beralaskan kotak. Tak ada bantal. Tak ada selimut. Bila hujan turun, kotak yang kita orang jadikan tilam ikut basah, tak selesalah kita orang. Kena tempias lagi. Kalau basah, tak ada baju baru untuk ganti. Sebab tu, aku tak suka hujan." Spontan Syah menjawab. Hati mahu berkata lain, tapi itu pula yang terkeluar. Tak berniat langsung pun dia mahu menagih simpati.

Hanna terpempan. Tak tahu kenapa terasa sebak. Dengan kehidupan seorang pengemis di hadapannya atau dirinya yang tak reti bersyukur. Bila dia selalu berganti baju dua tiga kali, golongan seperti mereka tiada langsung baju sepersalinan. Apa yang ada jelah mereka pakai. Kalau buruk, buruklah. Mereka tiada pilihan. Bila tidurnya lena beralaskan bantal dan tilam, mereka sudah cukup dengan beralaskan kepingan kotak yang hanya menjadi pemisah antara kotoran di lantai kaki lima dengan tubuh mereka.

"Saya tak sedar yang kat dunia ni ramai yang hidup susah berbanding saya. Mungkin lepas ni saya perlu menghargai apa yang saya ada daripada meratapi apa yang saya hilang."

"Tapi, ada seorang kawan aku ni suka sangat waktu hujan. Dia kata, dapat mandi percuma. Air pun percuma." Bayangan Hud yang berlari ke arah hujan dan membiarkan dirinya dalam kebasahan muncul dalam ingatan. Katanya, mandi kat tandas awam kena bayar 50 sen. Baik mandi hujan, free of charge je.

"Pernah tak awak rasa cemburu dengan orang macam saya? Yang ada kerjaya. Ada tempat tinggal. Tak perlu risau apa yang patut saya makan pada hari esok. Pernah tak awak rasa macam tu?" Terpacul soalan itu dari mulut Hanna. Eh, harap dia tak terasa. Sebab Hanna benar-benar ingin tahu apa perasaan menjadi gelandangan bila terlihat mereka yang berjaya membina kehidupan selesa.

"Tipulah tak cemburu. Kat sini, ada orang yang jadi pengemis sebab malas berusaha. Ada yang jadi pengemis sebab tiada pilihan. Tapi, orang macam aku, aku tak menyesal dengan pilihan aku. Baik buruk kita kena tanggung. Tapi macam yang kau katakan tadi, hargai apa yang kita ada. Aku suka dengan apa yang aku ada." Syah mengetuk gitarnya dengan tangan.

"Saya cemburu. Saya ada semua tu, tapi saya hilang tujuan hidup saya. Duniawi boleh hilang sekelip mata. Tapi amalan kita tak. Bila saya lihat dua orang pengemis tadi yang solat, saya sedar apa yang selama ni saya hilang."

Syah mengukir senyuman. Dia maksudkan dirinya dan Hud ke tadi? Sebab kat sini, mereka berdua je yang solat berjemaah di kaki lima. Itu pun, kadang-kadang Hud liat untuk solat. Banyak kali pujuk baru jalan.

"Kau sangat beruntung. Pengemis tiada harta. Jadi, harta kita orang cuma amalan. Sebab aku harap Allah akan gantikan amalan aku dengan harta lain. Mungkin makanan. Mungkin kesihatan. Dan mungkin juga aku dipertemukan dengan orang-orang yang baik. Yang sudi tolong orang macam aku. Contohnya, macam kau."

Syah merenung anak mata perempuan di hadapannya. Yang masih membengkak dengan kesan tangisan.

"Hahaha! Saya bukan orang baik-baik yang awak sangkakan. Kalau awak tahu apa yang saya pernah buat, awak takkan rasa saya ni baik." Hanna rasa malu bila disebut sebagai 'orang baik' sedangkan dia terpalit dengan banyak dosa.

"Jadi, lagu yang aku hutang tu, kau nak dengar tak?" Syah mengangkat gitarnya. Jemari telah tersedia untuk memetik string.

"Boleh. Tapi bukan lagu tu. Lagu lain. Yang boleh bagi saya semangat." Pinta Hanna. Serius malam ini, dia rasa tertekan.

Syah memutar-mutar lagu-lagu yang dia tahu dalam otaknya. Satu demi satu lagu diingati liriknya. Mana yang sesuai? Ada yang dia dah pilih tapi tak tahu chord. Kemudian, pemilihan lagu ditukar lagi.

"Harap kau suka lagu ini. Penyanyinya dah tiada. Tapi, lagunya masih ada jiwa."

Not Major A dipetik.

There's a place in your heart

And I know that it is love

And this place could be much brighter than tomorrow

And if you really try

You'll find there's no need to cry

In this place you'll feel there's no hurt or sorrow

There are ways to get there

If you care enough for the living

Make a little space

Make a better place

Heal the world

Make it a better place

For you and for me

And the entire human race

There are people dying

If you care enough for the living

Make a better place

For you and for me

Syah meneruskan lagu ke rangkap yang seterusnya. Hanna setia mendengar setiap lantunan suara serak basahnya.

Dia, ada bakat. Penghayatan yang sampai ke hujung hati.

Semibrif, minim, quaver dan semiquaver seakan bertalu pada molekul udara.

Hanna terbuai seketika dengan simfoni lagu yang lelaki itu melodikan.

Chord terakhir dipetik menandakan lagu telah sampai ke penghujung.

"Lepas ni aku dah tak ada hutang dengan kau. Terima kasih sudi dengar lagu yang aku nyanyikan.Jangan sedih-sedih lagi. Kau ada kehidupan yang sempurna." Syah menunduk tanda terima kasih seperti mana yang pernah perempuan itu lakukan terhadap dirinya pada waktu itu.

"Dah lewat ni. Aku rasa kita berdua patut pulang."

Kaki mahu melangkah pergi.

"Beautiful." Satu perkataan dari tubir bibir Hanna membekukan langkah Syah. Tubuh dipalingkan kepada Hanna kembali.

"Terima kasih." Senyuman manis dilemparkan lagi.

"Beautiful song." Hanna berkata lagi. Heal The World. Hanya kita manusia di muka bumi yang mampu mencorakkan kehidupan yang kita inginkan. Bukan kita seorang yang berpijak di muka bumi. Berkongsi dengan ciptaan Tuhan yang lain. Di sekeliling kita pasti indah kalau kita tak fikirkan tentang diri sendiri saja.

"Terima kasih kepada Michael Jackson." Balas Syah.

"Beautiful voice." Kata Hanna lagi. Lagu takkan menjadi lunak untuk didengar tanpa penghayatan daripada si penyanyi.

"Cuma ikut rentak Michael Jackson." Ujar Syah lagi.

"Saya tak puji Michael Jackson." Hanna mula berkerut. Kenapa Michael Jackson yang disebut pula.

"Habis tu?" Syah mengangkat kening sebelah kiri.

"Beautiful you."

Deg. Syah jadi mati kata. Ini punchline ke?

"The song. Your voice. And you. All is beautiful." Segarit senyuman terlakar pada bibir Hanna.

Syah tidak tahu membalas apa. Yang penting dia harap perempuan itu berhenti memberikan kata-kata seperti itu sebelum dia terjatuh hati buat kali yang kedua.

Lama dia terjeda sebelum dia memulakan kata.

"Berhenti puji aku yang tak seberapa ni. Cantik? Aku selekeh kot. Apa yang cantiknya." Segala pujian yang diberikan cuba ditepis. Tak naklah dia masuk bakul angkat sendiri.

"Definisi cantik pada mata saya bukan dari segi luaran je. Kalau awak betul-betul memahami makna di sebalik perkataan cantik, awak akan tahu yang maksudnya sangat meluas. Boleh jadi cantik pada kata-katanya. Pada akhlaknya. Atau ilmunya."

Pada Syah, yang cantik itu perempuan di hadapannya. Semua tentang dia, cantik.

Sangat cantik sehinggakan dia terasa di awangan. Bagai buluh perindu yang menitipkan gurindam indah untuk didengarkan. Setiap madah bicaranya mengusik jiwa.

Mahu saja Syah katakan, yang cantik itu kau sebenarnya. Mata redupnya jatuh pada bahagian tubuh perempuan itu yang cuba ditutup dengan fail merah. Bahagian lengannya pula sudah rabak.

"Boleh tak kau tunggu kat sini kejap?" Tanya Syah. Melihatkan bahagian tubuh perempuan itu yang dari tadi terdedah, dia rasa perlu diselindungkan. Lagipun, ramai orang lalu lalang di sini.

"Kenapa?" Sepatah Hanna bertanya.

"Kejap je. Nanti aku datang balik nak bagi sesuatu." Syah memberikan isyarat menyuruh dia jangan pergi lagi. Segera kaki diangkat pantas menuju ke tempat biasa dia tidur.

Hanna hanya perhatikan figuranya hilang dari pandangan kasar.

Syah menarik sweater hitam yang kainnya agak nipis itu daripada Hud. Berkali-kali dia cuba menarik namun sedikit pun Hud tiada tanda mahu melepaskan. Langsung tak mahu mengalah.

"Ni sweater akulah! Pahal kau nak rembat pulak?" Bengang Hud dibuatnya. Dahlah datang tiba-tiba nak rompak satu-satunya harta yang dia ada.

"Alaa bagi pinjam kejap la. Ni antara hidup dan mati." Syah menarik lagi sweater supaya terlepas dari genggaman Hud. Kali ini lebih kasar dan kuat.

"Tak boleh! Malam ni nanti aku sejuk. Dahlah baru lepas hujan. Bukan senang nak dapat sweater jenama macam ni." Adegan tarik-menarik antara mereka berterusan sehinggakan menggugah lena pengemis jalanan di situ. Sempat mereka ditengking supaya diam.

"Nanti aku belikan kau sweater baru. Aku janji. Sekarang, aku sangat-sangat perlukan sweater ni. Tolonglah mudahkan urusan aku." Syah separuh merayu. Dalam keterpaksaan, Hud melepaskan hujung sweater sehingga membuatkan Syah terjelepuk ke lantai.

Tawanya terburai bila melihatkan wajah cemberut yang ditayangkan oleh seorang Hud.

"Rilekslah bro. Nanti aku bagi yang baru. Sekarang, aku kena pergi dulu." Syah kembali berdiri. Sweater hitam dilipat dua dan diletakkan atas lengan kanan.

"Suka hati je rembat sweater baru aku. Baru je tadi ada orang bagi." Hud mengomel sendirian. Tubuh dibaringkan kembali di atas kepingan kotak. Kaki disepak beberapa kali tanda geram.

Syah datang kembali ke tempat tadi. Namun, perempuan yang ingin dia bertemu sudah ada temannya. Kot hitam menutupi bahagian tubuhnya. Seorang lelaki mengiringi setiap langkahnya. Tak pasti apa yang mereka perkatakan. Wajah perempuan itu masih kelihatan sugul.

Bila perempuan itu mahu berpaling ke arah belakang, Syah lari menyembunyikan diri. Dia lupa akan hakikat yang perempuan itu sudah ada miliknya. Lagi sekali dia terasa bodoh. Sweater hitam dipeluknya rapat ke dada. Pasti kot hitam itu lebih hangat berbanding sweater nipis ini.

"Cari siapa?" Fariz di sebelah memandang hairan.

Mata Hanna meliar mencari seseorang.

"Tak ada siapa." Hanna membantutkan niatnya. Tiada pula pengemis tadi datang kembali.

"Jom kita pergi balai. Lepas tu, we really need to talk, my dear Hanna." Pandangan tajam Fariz menikam mata bundar Hanna. Rasa marah dan sedih bercampur dalam satu tautan.

Syah memunculkan diri sementelah dua figura itu hilang dari kawasan. Kotak rokok yang dibasahi dengan air hujan direnungnya. Pemetik api berwarna merah yang tersadai di tepi kaki lima dicapainya dengan tangan.

Beg tangan merah.

Fail merah.

Pemetik api merah.

Baru Syah perasan yang semuanya meloretkan satu warna yang sama.

"Red is so beautiful. Like you." Pemetik api dihidupkan bahangnya. Nampaknya dia jumpa satu lagi persamaan antara dia dan perempuan itu.

Merah.

****

"Ce-ceraikan aku." Bibir Helena terketar-ketar menuturkan kata-kata genting yang menjentik ego seorang lelaki. Lebih tepat lagi seorang suami.

"No!" Abdul Razak menjegilkan anak matanya. Emosi isterinya tidak akan dilayan.

"Ceraikan aku! Aku cakap ceraikan aku!" Helena bagai dirasuk sesuatu. Tangisannya pecah dalam keheningan malam. Satu persatu barangan kaca dihempasnya lalu pecah berderai atas lantai. Serpihan-serpihan kaca bertaburan di ruang tamu.

"You're still my wife, Helena. Abang takkan ceraikan Helena, sayang." Abdul Razak cuba menenangkan keadaan isterinya. Dalam hal ini, seratus peratus kesalahan diletakkan atas bahunya. Dia yang mungkiri janji yang telah termeterai. Hatinya telah berpindah arah.

"Jangan panggil aku 'sayang' kalau kau ada orang lain dalam hati kau." Helena masih dalam tangisan. Dada cuba diurut kerana terasa sangat sakit. Lagi sakit bila tahu perempuan itu sedang membawa benih dari suaminya. Macam nilah lelaki. Sudah dapat gading bertuah tanduk buruk sepertinya tidak berguna lagi.

"Abang tahu Helena takkan maafkan abang. Semua ini memang salah abang. Bukan perempuan tu." Tutur kata Abdul Razak makin menambahkan rasa sebal dalam hati Helena. Masih lagi suaminya mahu melindungi perempuan seperti itu.

"Lagi sekali aku cakap, ceraikan aku. Aku lebih rela hidup sendiri daripada berkongsi kasih dengan perempuan tu!" Helena makin berani menggertak suaminya. Serpihan kaca yang paling panjang diambil lalu dihalakan mengenai kulit lehernya.

"If I kill myself, this is your fault. And you will be haunted by your own big mistake."

Sambung Helena lagi.

"Helena, please stop." Abdul Razak dihurung rasa bersalah. Tak sangka Helena akan setekad itu.

"Senangnya jadi seorang lelaki. Boleh main kayu tiga di belakang isteri. Untung kau masih ada tiga kuota untuk diisi. Tapi kalau itu hanya berlandaskan nafsu semata, apa gunanya? Kalau aku yang curang, letak duduk aku mesti jatuh merundum. Nusyuz. Tempatku bukan di syurga lagi. Kau tidur dengan perempuan tu, atas katil dalam bilik kita. Bilik yang kita selalu bergurau senda. Selalu bertukar cerita. Selalu mendodoikan aku yang susah lena. You tainted that sweet memories. At least do that dirty thing in hotel not in our own place, abang." Bebuli jernih gugur lagi. Lebih deras dari yang tadi. Serpihan kaca ditekan pada leher sehinggakan mengalir darah merah.

Abdul Razak menarik lengan Helena bagi menjauhkan kaca daripada lehernya. Dia takkan dapat undur kembali kesalahannya.

"Tolong lepaskan Helena, abang. Please." Kali ini Helena kembali dengan panggilan biasa kepada suaminya. Air mata yang mengalir dibiarkan melewati pipi.

"Helena tetap tanggungjawab abang." Abdul Razak tidak berani meneruskan kata. Terlanjur bicara, makin membikin hati isterinya terluka.

"Daripada cinta bertukar kepada tanggungjawab. Daripada tanggungjawab bertukar kepada apa?" Helena mempersoalkan di mana letak duduknya dalam hati suaminya. Sekadar seorang isteri yang terikat dengan sebuah perkahwinan. Bukan lagi seorang kekasih yang telah berjanji untuk sehidup semati atas nama sebuah cinta. Kasih mereka benar-benar sudah terlerai.

"Kau tak berani jawab soalan aku sebab aku tahu kau dah tak cintakan aku." Helena jatuh terduduk di atas lantai. Di kelilingi serpihan kaca retak berderai persis hatinya juga.

"Abang minta maaf, Helena." Abdul Razak mengakui kesalahannya. Dia hanya tertunduk di hadapan isterinya. Dia, lelaki dayus.

"Aku minta sekali lagi, ceraikan aku." Serpihan kaca dilepaskan daripada genggaman tangan.

"Kalau itu yang Helena mahukan, abang ceraikan Helena dengan talak satu." Satu lafaz daripada Abdul Razak membuatkan jantung Helena berdetak kuat. Bukankah ini yang dia mahukan? Berpisah dari suami yang bermain mata dengan wanita lain?

Helena ingatkan kisah mereka akan termaktub abadi dalam sebuah jilid cinta. Namun, si kekasih berubah hati biarpun dia tetap memegang kesetian sebagai seorang isteri. Takkan mahu lagi dia menangguk di air yang keruh setelah permainan kotor mereka terbentang luas depan mata?

Phone yang terselit dalam poket seluar Abdul Razak berdering kuat. Namun, dia hanya membiarkan. Deringan itu bertalu-talu memanggil si pemilik telefon untuk segera mengangkat.

"Angkatlah. Aku tahu. Itu mesti perempuan tu." Helena memaksa suaminya mengangkat phone. Melalui riak wajah Abdul Razak yang bertukar dalam kegelisahan, Helena tahu pasti ada benda buruk yang terjadi.

Abdul Razak memandang wajah Helena seperti meminta sesuatu.

"Just go away. Get out from this house. Lagipun, aku bukan isteri kau lagi. Pergilah kat perempuan yang kau cintakan sangat tu. Just, go." Helena mengangkat jari telunjuknya yang berdarah ke arah pintu. Mahu menghalau suaminya pergi.

"Helena, sebelum abang pergi, abang nak minta maaf sekali lagi kat Helena. Walaupun abang tahu Helena takkan pernah maafkan abang. Selama belasan tahun ni, terima kasih sebab menjadi isteri abang. Yang tak pernah sikit pun berpaling arah dari abang. Maafkan abang yang bodoh sebab tak tahu menghargai Helena. Maafkan abang yang terlanjur cinta dengan perempuan lain. Maafkan abang sebab takhta dalam hati abang sudah berganti permaisurinya. Maafkan abang sebab abang dah lukakan hati Helena sangat dalam. Abang sedar yang abang tak layak untuk dimaafkan. Harap Helena dapat jumpa lelaki yang lebih baik daripada lelaki depan Helena ni. Harap Helena lebih bahagia daripada orang depan Helena ni. Terima kasih, sekali lagi, Helena isteriku yang pernah aku sangat cintakan." Abdul Razak bangun dan menolak daun pintu.

Helena meraung sekuat hatinya.

"Aku suruh kau ceraikan aku, kau ceraikan. Aku suruh kau pergi, kau pergi. You don't even fight for me at all." Helena berdiri lalu melangkah ke arah potret besar perkahwinannya dengan Abdul Razak. Mereka tampak bahagia. Helena memalitkan darah pada potret itu. Tepat pada gambarnya yang jelita memakai gaun putih.

"You're not a queen anymore, Helena. Now, you're a broken queen."

Hanna duduk berselindung di tepi tangga. Kotak muzik di tangannya dibuka memainkan melodi Nocturne Op 9 No 2-Chopin. Melodi yang selalu mengiringi tarian ibu dan ayahnya. Entah kenapa, setelah melihat perpisahan terbesar antara ibu dan ayahnya, melodi ini kedengaran sumbang. Hanna melepaskan kotak muzik sehingga ia terlepas dari genggaman tangan. Jatuh ia tergolek beberapa kali atas anak-anak tangga kayu sehingga ia terhempas di lantai dan tidak lagi bernada.

"Hari ini hari jadi Hanna. Tapi, bukan ini hadiah yang Hanna mahukan."

Hanna menapak menuruni tangga mendekati ibunya yang memeluk tubuh dengan tangisan. Tubuhnya dibawa mendakap erat ibunya dari belakang.

"Ibu, jangan menangis. Kalau ibu sedih, Hanna pun rasa sedih."

Helena berpaling meleraikan pelukan anaknya. Patut Hanna tak boleh melihat semua ini terjadi walaupun dia sudah cukup besar untuk mengerti.

"Hanna, mungkin ibu ada buat silap dengan ayah. Sebab tu ayah tinggalkan ibu. Perempuan yang ditinggalkan pasti fikir apa yang dia kurang sehingga pasangannya mencari yang lain walaupun tu bukan salah mereka sepenuhnya."

Hanna bermuram durja. Kenapa keluarganya yang bahagia harus dipecah-belahkan? Semua ni salah perempuan itu! Mentang-mentang dia berdarah muda. Menggeletis mengurat ayahnya yang serba ada.

"Ibu tak salah apa-apa. Kalau ayah pergi, Hanna tetap ada dengan ibu. Hanna takkan tinggalkan ibu macam mana ayah tinggalkan ibu." Hanna mengesat sisa air mata ibunya.

"Hanna, jangan salah pilih lelaki dalam hidup Hanna. Ibu tak nak Hanna rasa apa yang ibu rasakan sekarang ni. Perasaan sakit bila ditinggalkan." Tangan Helena jatuh pada kedua belah bahu Hanna.

"Hanna akan pastikan lelaki yang berdiri sebelah Hanna macam dalam gambar ni bukan macam ayah." Hanna menunjuk potret ayahnya yang segak memakai kot. Dia sebagai anak sangat kecewa dengan perbuatan ayahnya.

"Choose a man who will treat you like a princess. The one who will stay by your side during thick and thin. But remember, not all Prince Charming comes with a white horse."

Helena memberikan pesanan. Kalau Hanna senasib dengannya, lagi perasaannya berderai.

"What if he changes after so many years? Macam ayah." Hanna cuba mempertikaikan. Mana tahu kalau dia berubah hati.

"Ibu pun tak tahu Hanna. Ibu sendiri pun tak sangka ayah akan berubah. As a woman, maybe we should choose wisely." Helena membelai rambut Hanna.

"Tak faham dengan 'not all Prince Charming comes with a white horse'. Tanpa kuda putih, itu bukan Prince Charming namanya. Macam yang Hanna selalu baca dalam novel dan tengok dalam filem." Hanna menyangkal ungkapan ibunya.

"Hanna, tak semua lelaki idaman Hanna sempurna. Mungkin dia tak setampan yang Hanna gambarkan. Mungkin dia datang tanpa harta kebendaan seperti yang Hanna inginkan. Kalau Hanna rasa selamat dengan dia, rasa gembira dengan dia, rasa dialah pilihan yang paling tepat untuk Hanna, di mata kita, dia tetap layak digelar Prince Charming."

Hanna mengangguk tanda mengerti. Tak terfikir lagi sehingga ke tahap itu. Selama ini dia tak pernah serius dalam perhubungan. Maklumlah, masih remaja.

Kotak muzik itu ditutup. Biarpun nadanya sudah hilang, namun memorinya tetap ada. Pemberian ayahnya sebagai hadiah hari jadi yang ke-16. Membelek barangan lama dalam kotak simpanan ini menggamit kenangan lalu yang tak begitu indah untuk diingat kembali.

Ayah tinggalkan Hanna.

Ibu pun tinggalkan Hanna.

Akhirnya, hanya dia keseorangan mencari kehidupannya sendiri. Mahu menyelit dalam keluarga baru yang telah ayah dan ibunya bina? Terasa janggal dengan kehadirannya di situ. 

Di waktu sebegini, alangkah indahnya jika ayah dan ibunya ada di sisi memberi sedikit kekuatan.

"I'm tired of fighting alone."

"You're not alone Hanna. You have me. Remember, I'm your shoulder to cry on?" Stephy datang dengan dua biji cawan berisi milo panas yang asapnya masih meruap. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggung di situ. Dua biji cawan tadi diletak berhati-hati atas meja takut tumpah.

"Stephy, I rasa I dah jumpa apa yang I hilang." Hanna kembali membelek-belek barangan lama dalam kotak. Satu kepingan postcard yang di belakangnya ada sebuah lakaran memukau matanya.

"Apa?" Milo panas disuakan ke hujung bibir sambil ditiup. Sementelah itu, Stephy menyisip sedikit.

"My religion, Islam."

Kepingan postcard yang terlakar gambar sebuah masjid ditayangkan ke arah Stephy.

"Semua agama dalam dunia ni mengajarkan penganutnya untuk mengejar kebaikan. I'm glad that you've found one."

"Tapikan, I masih ingat dengan postcard ni!" Stephy laju merampas postcard itu daripada Hanna.

"It's just a picture of a mosque." Hanna ingat-ingat lupa tentang postcard biru itu.

"It's more than a picture. Tengok ni, bukan masjid je dalam gambar ni. Ini you tau tak? Perempuan depan masjid ni you." Stephy menunjukkan lakaran gambar Hanna yang sedang berpayung dari arah tepi. Wajahnya tidak begitu kelihatan. Rambutnya disorokkan dalam selendang putih.

"Seriuslah? I tak ingat sangat. Dah lama." Hanna cuba mengingat kembali apa yang berlaku beberapa tahun dahulu.

"Cepatnya you amnesia! Masa tu you pakai sling bag merah, selendang putih, blaus belang-belang, dan seluar hitam. Dan apa lagi ye?" Stephy mengamati lakaran dalam gambar itu.

"Wow! Macam mana you boleh ingat semua tu? Amazing!" Hanna bagaikan terpegun.

"Mana ada I ingat. I tengah tengok gambar you dalam ni. Hebat betul siapa pelukisnya. Sebijik macam gambar betul."

Hanna kembali menilik postcard itu bersama Stephy. Rasanya dia seakan ingat sesuatu. Waktu itu Stephy sedang menangkap gambar Hanna yang membelakangkan cahaya  matahari dengan kamera DSLRnya. Pemandangan waktu itu sangat cantik. Suasana jingga tatkala matahari mahu tenggelam pada ufuk barat.

"I ingat ada seorang lelaki bagi postcard ni kat I suruh bagi kat you." Stephy kembali mengingat. Siapalah lelaki misteri itu.

"He said you're too beautiful to be ignored. So, he decided to include you in his art. But still, his work is quite amazing. Tengoklah setiap details yang dia lukis. Memang tangan seorang pelukis." Stephy menambah.

Mereka membelek-belek lagi postcard lama itu. Seronok bila terkenang kembali memori lama.

"Eh, kejap." Hanna tertancap pada tulisan berangkai yang seperti tenggelam pada permukaan postcard. Tulisan itu seperti diukir dengan pensel tajam tanpa karbon hitam.

"A beautiful creature in the rain,

solemnly standing in front of sunset,

bestowed between laughters and tears,

i'm captivated by you,

The one who made this evening looks disasterously beautiful to remember."

Stephy membacakan dengan lagak  betul-betul menghayati sebuah sajak.

"Stop teasing me, Stephy." Pinggang Stephy dicucuk beberapa kali.

"Uish, nampak macam lelaki ni jatuh cinta dengan you pada pandangan pertama. Bukan pelukis je ni, tukang sajak pun boleh."

Di hujung bawah postcard hanya tertulis perkataan 13 July 2010 bersama tandatangannya yang membentuk seekor burung.

avataravatar