webnovel

Beautiful And Bittersweet

Zehra Ivory. Seorang nerd? Mungkin. Pemalu. Kekok. Sudah tentu. Dia ada rahsia yang tiada siapa tahu. Lebam.luka yang tiada siapa pernah nampak dan jeritan yang tiada siapa pernah dengar. At least la itu yang dia fikirkan. Bahawa kewujudan dia ni tiada siapa yang sedar. Lalu muncullah, seorang pensyarah baru yang menggantikan pensyarah lain di kelas kuliah sama Zehra hadiri. Sir Neel Adam, seorang lelaki berpewatakan ceria yang easy going. Menarik minat ramai pelajar. Namun ramai-ramai di situ, dia dapati Zehra tidak seperti gadis yang lain. Perasaan ingin tahu menguasai Neel. Yang membawa dia kepada pendedahan sisi gelap Zehra Ivory. Apa yang akan berlaku? Berjayakah Sir Neel meruntuhkan tembok yang selama ini Zehra cuba pertahankan?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
5 Chs

Miss Diva Cluck Cluck

                     🍁🍁🍁🍁🍁🍁

                           CHAPTER 4

                  🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Sekali lagi, dia missed lunch untuk hari tu. Sempat makan pun roti di bakeri malam semalam. Nanti pukul 3 lepas kelas dia boleh makan di bakeri. Biasanya nak makan dekat kafeteria kena fikir dua tiga kali.

Yalah, dia sedar dirinya macam mana. Takut pulak nanti kalau dia ke kafeteria mati selera orang dekat situ nak makan. Kan kejam namanya....

Lagipun perempuan macam dia ni mana la.layak duduk lepak dekat kafeteria tu.... kalau nak makan ada je mata yang memandang.

So...sebagai penyelesaian, Zehra ambil keputusan untuk gerak ke dewan kuliah kelas terakhirnya terus.

Lengan baju kemeja labuh milik ayahnya itu di sinsing ke atas sedikit tanpa sedar. Baru sahaja dia membelok ke selekoh koridor pandangan mata dia terarah pada sesuatu.

Atau lebih tepat lagi, SESEORANG.

Disitu, berdirinya seorang  perempuan yang selama ini menjadi punca dan sebab kenapa dia tidak suka berada di dalam kolej ini. Golden girl yang mana semua orang dalam kolej ni sukakan. Seorang yang mesra, pemurah hati dan bijak overall baik semuanya.

Alah!Konon je la tu!

Walhal, perempuan ni dia gelar sebagai Miss Diva Burung Belanda. Kenapa?Yalah...perempuan ni pumpang-pumpamg satu fakulti cakap seorang pemurah dan baik hati.

Tapi kalau dekat belakang, perempuan diva ni datang cari Zehra dan buli Zehra dengan mengarahkan Zehra menyiapkan semua tugasannya.

Kenalkan...the one and only miss diva kolej itu.

Octavia Piere Anderson. Berambut emas keperangan pangkal dada, bertubuh langsing dan mempunyai citarasa fesyen high maintenance. Kegilaan ramai lelaki dalam.kolej ini.

A.k.a Bully!

Seperti tahu-tahu diri itu diperhatikan, pandangan mata Octavia tertancap pada susuk Zehra dari jauh. Senyuman terus terukir di bibir bergincu dan lip gloss itu.

Hal tersebut membuatkan mereka yang ada di sekeliling Octavia turut ikut memandang ke arah yang sama.

Meliar mata Zehra ketika itu. Dia masoh bertopeng mulut itu terasa terdedah di balik renungan mereka. Dan ketika itu la pembuli dia ambil keputusan untuk mendekatinya.

Nah-ah!

No.No..no! Takkan la minah diva ni nak buat hal dekat sini!?

Sudahlah sakit malam tadi tidak hilang lagi, kalau Octavia sakiti dia. Makin lama la semua lebam-lebam dekat badannya ini akan hilang.

Zehra pun mula berjalan ke belakang selangkah demi selangkah sampailah Octavia mula mempercepatkan lagi langkah itu. Jadi Zehra lakukan perkara terakhir yang terlintas dalam fikirannya itu.

Iaitu lari!

Tapi tak jauh pun sebabnya masa dia berpusing untuk ke satu arah badannya berlanggar dengan seseorang yang  mungkin kebetulan berada di laluan itu.

Berlanggar sahaja badannya itu, tulang belulang dalam badannya menjerit kesakitan lagi-lagi di bahagian rusuk kanan. Tempat kena tendang oleh ibunya.

Secara automatik, Zehra bawa tangan kanannya melingkar ke sekeliling perutnya. Menahan sakit dalam diam.

             "Maafkan saya!"ucap Zehra serta merta sambil tunduk mengutip begnya yang terjatuh di lantai kerana perlanggaran tadi.

Dia pandang ke depan setelah itu. Nafas ibarat tersekat di kerongkong taktala menyedari siapa yang baru dia langgar sebentar tadi.

Hampir tidak berkedip Zehra dibuatnya. Dia terus undurkan diri ke belakang menjauhkan dirinya kerana takut!

            "Zehra....apa kamu ni?"marah Sir Jacob kepada Zehra dengan kening berkerut. "Minta maaf pada orang yang kamu langgar." bebel lelaki berambut kerinting dan bercermin mata bulat itu saat menunjuk ke lelaki yang dilanggar Zehra tadi.

Lelaki itu mengerling ke tangan Zehra yang sedang memegang perut. Keningnya sedikit berkerut.

Zehra!?

Takkanlah!

            "Awak tak apa-"baru lelaki itu hendak bertanya pada masa yang sama dia nampak seorang penuntut perempuan turut menghampiri Zehra. Mendekati ke arah mereka.

              "Ma-maafkan saya sekali lagi."ucap Zehra terketar aneh. Kenapa pulak dia boleh jumpa customer tempoh hari di sini? Pelajar baru masuk ke?

Perasan akan renungan lelaki dihadapannya ketika itu, Zehra ikut berpaling. Lantas dia nampak Octavia. Terus tersentak dia masa tu. Baru teringat yang dia cuba larikan diri dari pembulinya.

Terus lelaki disebelah Sir Jacob tersenyum mesra. Sikit pun tidak tunjuk reaksi marah atau jengkel.

            "Tak apa..."

            Terus Si Jacob menyampuk. Dia berasa malu kerana ada pelajar seperti Zehra itu. Buat rosak imej kolej je. Boleh pulak langgar pensyarah baru mereka ini. "Neel..?" panggil Sir Jacob. Rakan baiknya ini pun, senang betul kena distract. Geram je menengoknya.

Neel pun mengalihkan perhatian ke Jacob. Awalnya kedatangan dia ke situ adalah tanpa kerelaan dia. Terpaksa sebab kenangkan sahabatnya ini mahukan kehadiran dia untuk mengisi kekosongan pensyarah yang bakal bercuti panjang tidak lama lagi.  Dia mahu menolak tawaran itu.

              "Neel Adam...kau kata nak cepat. Terlepas flight nanti..."gesa Sir Jacob lagi pada rakannya itu.

Nama itu buatkan Zehra beranikan diri untuk pandang ke muka itu. Neel Adam...ringkas namun sedap untuk di sebut bibir.  Mujurla waktu itu empunya nama sedang memandang Sir Jacob. Jika tidak pasti dia akan menggelupur takut di situ.

              "Maaf sekali lagi!"

Zehra yang tidak mahu lama-lama di situ kerana khuatir dirinya di tangkap Octavia, terus beri tundukan kecil meminta diri. Cepat-cepat dia jalan ke tepi Neel dan berlalu naik ke anak tangga.

Pemergian Zehra buatkan Neel terkejut. Dia tergerak mahu memanggil tetapi tidak jadi apabila gadis yang mengekori Zehra tadi turut mahu mendapatkan Zehra. Terus hatinya terlintas akan suatu niat.

Renungan tajamnya terarah pada penuntut perempuan tadi. Lalu senyuman manis pun diberikan. Buatkan penuntut perempuan itu tersentak seketika di situ sebelum membalas senyuman Neel. Mungkin kerana malu, Octavia acah-acah menyelak rambutnya ke belakang telinga dan berpatah balik ke arah dari mana dia datang tadi.

               Neel tahu specs kelayakan dia layak untuk ke universiti dan peringkat yang lebih tinggi. Tapi nampaknya dia boleh tangguhkan kemudian saja niatnya itu. "Hey Jacob.." kepalanya dipalingkan ke kanan. Memandang wajah bingung rakannya itu.

               "Asal!?"

               " Aku rasa aku terima tawaran kau tu...."jawab Neel dengan sengih meleret manisnya.

               "What?Serius la...tadi kau bru cakap masa interview yang kau tak nak..."jelas-jelas wajah Jacob memberitahu lelaki itu begitu terkejut.

Neel pun menjungkit bahu tidak tahu.

               "Well...I change my mind.."

                "Elok la kalau macam tu...tak apa. Kau jangan risau..aku akan uruskan semuanya nanti." dengan senang Jacob menepuk belakang bahu Neel satu kali kerana lega sebab  ada kawan sekerja yang dia rapat di kolej ini. "Aku akan maklumkan pada Madam Evely mengenai pertukaran kau orang berdua nanti. "

               "Okay.."Neel mengangguk kepala satu kali. Dia tak tahu kenapa dia buat semua ni. Apa dia tahu hatinya ingin dia lakukan hal ni.

🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂