2 BAB 2

Waney mula turun dari kereta dengan adiknya Wardya. Dia menelan air liur apabila matanya melihat Fauzan yang berada di tempat meletak motor dengan basikal di pandangnya sekilas sebelum kakinya di laju menuju ke kelasnya. Wardya yang di belakangnya dia meninggalkan adiknya. Wardya senyum sebelum dia jumpa kawannya di belakang kakaknya. Waney masuk ke dalam tandas apabila dia rasaingin mengeluar hadas kecil. Dia keluar dari tandas dan kakinya melangkah ke tangga bangunan di mana kelas tingkatan lima berada.

Sementara Waney hendak jejak anak tangga pertama, dia mendengar suara sekumpulan lelaki dari belakangnya. Dia menoleh ke belakang dia melihat sekumpulan lelaki sekelas dengannya dan setengah bukan dari kelasnya, matanya melihat Fauzan yang turut ada di sekumpulan itu. Langsung kakinya melangkah naik tangga dengan cepat. Sampai sahaja di kelasnya dia berjalan ke mejanya dan duduk sambil menutup wajah dengan lengannya dan letak di atas meja. Selepas kedengaran suara sekumpulan itu hilang dia mula mengangkat wajahnya dan melihat di luar kelas. Selepas dia pastikan tiada bayang Fauzan baru dia mengeluh kecil. Waney bangun semula dari mejanya dan keluar semula dari kelas. Dia turun tangga.. Kakinya melangkah ke kelas kawannya. Dia cari kawannya Dania dengan Damia, dua beradik kembar. Matanya melihat Dua beradik kembar itu lagi borak dengan rakan sekelas mereka. Waney mula mengetuk pintu dan menuju ke arah dua kembar.

"Weh.. Sini kejap." Wanie mula tarik tangan kedua orang kembar keluar dari kelas.

"Apa ni main tarik-tarik." Damia adik kembar Dania menanya Waney yang menarik mereka keluar dari kelas.

"Aku nak minta tolong ni." Waney berdiri di hadapan dua sahabatnya. Dania dan Damia memandang sesama sendiri sebelum memandang wajah kawannya mereka pula.

"Masalah apa lagi yang kau dah buat ni Waney?" tanya Dania apabila melihat wajah Waney yang lagi sembunyikan sesuatu.

Waney menarik nafas dan matanya melihat kiri kanan depan belakang mereka pastikan tiada orang di situ. Dania dan Damia mula curiga dengan tingkah laku kawan mereka. Waney mula keluar sesuatu di poket baju sekolahnya dan menunjukkan wallet di hadapan Dania dan Damia. Terjelas terkejut mereka Waney mengeluar wallet begitu.

"Oii.. Apasal kau keluarkan dompet. Nak orang curi dompet kau ka?" tanya Damia kelam kabut, di suruh Waney meletak semula di dalam poket baju.

"Ish.. Ni bukan dompet aku.. Ni.. Err.." Tergagap pula Waney hendak menyebut nama Fauzan. Dania perhati lama dompet di tangan Waney.

"Ni wallet Fauzan kan?" tanya Dania sambil jari telunjuk ke arah dompet di pegang Waney. Waney mengangguk perlahan. Terkejut wajah dua kembar itu.

'Jangan beritahu Waney mencu.. Ish.. Astaghfirullah.' Bisik hati Dania dengan gelengan kecil.

"Mesti kau orang fikir aku mencuri kan?" tanya Waney. Dua sahabatnya hanya sengeh.

"Mana ada aku curi.. Dia tinggal dompet dekat meja perpustakaan. Pakcik guard ni jumpa lepas tu masa nak bagi dekat dia, dia dengan kawan dia dah mula tekan minyak balik. Lepas tu pakcik tu minta aku serahkan dekat dia. Tapi kau orang tau lah, aku mana pernah cakap dengan lelaki." Terang Waney kepada Dania dan Damia.

"Lepas tu kau nak buat macam mana?" Dania menanya. Waney mula senyum dan dompet di tangannya mula serah kepada Dania. Dania terkejut, matanya memandang Waney sekilas sebelum melihat dompet Fauzan di tangannya.

"Wei apa ni Waney?!" Terjerit kecil dia melihat sikap Waney. Waney sengih sebelum menunjuk jari telunjuk di bibirnya. "Shh.. Nanti orang dengar lah."

"Nanti dia akan turun dengan kawan dia.. Kau serahkan lah wallet ni dekat dia. Kau kan rapat dengan dia, jadi senang lah kau nak serah wallet tu." Balas Waney lagi. Dania menarik nafas lemah, Damia mengangguk faham.

"Tapi.. Mesti dia tanya aku jumpa mana wallet ni." Balas Dania risau. Waney mengeluh.

"Kau cakap lah guard library yang jumpa." Waney bagi idea. Dania masih mengeluh lagi.

"Tapi.." Tak sempat Dania habiskan kata-katanya.

Damia tunjuk kearah Fauzan dengan kawannya yang baru turun dari tangga. Waney lihat sekumpulan lelaki sekilas sebelum menarik Damia masuk ke kelas Damia dan Dania. Dania yang berdiri di luar kelas dan menghalang laluan mereka hanya tersengih di hadapan sekumpulan lelaki di hadapannya. Matanya terarah Fauzan yang mengangkat kening. Fauzan lihat Dania yang berdiri di hadapannya dengan senyuman, matanya melihat Waney yang lagi sibuk berborak dengan adik kembar Dania. Dania yang melihat Fauzan lagi sibuk memandang Waney dan Damia dia mula bersuara. Cemburu juga bila lelaki yang dia suka tengok orang lain.

"Zan.. Ni wallet kau. Kau tertinggal di library kan?" Dania pura-pura menanya dan tangannya menunjukkan dompet Fauzan. Fauzan pandang sekilas dompetnya sebelum melihat Dania dengan kerutan di dahinya.

"Macam mana ada dekat kau?" Tanya Fauzan hairan. Dania hanya senyum manis kepada Fauzan.

'Petang kelmarin, aku pergi jumpa guard tu.. Dia bukan kata bagi dekat budak perempuan yang berdiri di luar pagar library ka?' bisiknya dalam hati.

"Kelmarin kau tertinggal wallet ni lepas tu ada guard ni jumpa wallet kau. Jadi dia serah lah dekat kawan aku, kawan aku suruh aku bagi dekat kau sebab dia mana cakap dengan kau." Jelas Dania panjang lebar. Fauzan yang dengar hanya senyum nipis sebelum matanya melihat semula kepada Waney yang masih berborak dengan Damia. Fauzan kembali pandang Dania semula.

"Aku nak kawan kau sendiri yang serah dekat aku. Aku nak dia yang jumpa aku bukan dari orang lain." Fauzan bersuara setelah seminit lebih dia berdiam.

Fauzan mula berjalan meninggalkan Dania yang terkebil-kebil berdiri di situ. Waney dan Damia melihat kelibat Fauzan dengan rakan dia dari tingkap. Kaki mereka mula melangkah keluar dari kelas dan menuju ke Dania yang diam di luar kelas.

"Macam mana? Dah bagi?" tanya Damia. Wanie melihat dompet Fauzan masih di tangan Dania.

"Eh? Kenapa masih ada dengan kau? Kau tak bagi dekat dia atau dia yang tak mau ambil?" Tanya Waney. Dania mengeluh kecil sebelum mengeleng.

"Iya dia tak nak ambil. Dia nak kau yang bagi sendiri dekat dia." Balas Dania kepada soalan Waney.

"Ha? Depan mata kot, ambil ja lah kenapa nak tunggu aku bagi?" tanya Waney dengan serabut.

'Kenapa nak tunggu aku bagi? Dania bagi dah okey. Aku curi betul-betul baru tau.' Bisiknya.

"Kan guard tu yang minta kau bagi dekat dia, memang lah dia tak nak orang lain yabg serahkan." Balas Dania. Waney juling matanya mendengar kata Dania.

"Kau bagi, aku bagi, orang lain bagi tu dah alhamdullilah daripada tak bagi langsung." Waney mula cebik di terima juga dompet di tangan Dania.

Dia mula simpan semula dompet Fauzan dalam poket baju. Lagi mereka bertiga berborak di luar kelas Dania dengan Damia, bunyi loceng sekolah menandakan waktu belajar. Wanie lambai tangan ke arah Dania dan Damia yang turut lambai tangan mereka kearah Waney yang mula hendak menaiki tangga. Mata Dania dan Damia terpandang Fauzan dan tiga rakannya yang baru nak menuju ke arah tangga. Waney yang perasan kehadiran empat sekawan itu kakinya mula melangkah laju jejak anak tangga. Dania dan Damia yang melihat ketawa kekek melihat telatah sahabat mereka.

avataravatar
Next chapter