webnovel

Untuk Apa Kita Datang ke Sini?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Chen Guo terbayang akan kemungkinan yang tidak realistik kemudian meihat semula pada statistik Payung Seribu Manifestasi. Dia sedar statistiknya agak biasa-biasa sahaja. Tidak kira apa pun, Payung Seribu Manifestasi tetap senjata tahap 50 sahaja. Ia tidak akan mengejutkan pemain yang mempunyai senjata tahap 70. Namun, kehebatannya bukan berdasarkan statistik, tetapi pada sifatnya yang tidak dapat diramalkan. Chen Guo sangat tahu akan perkara ini.

"Okey, mari kita cepat-cepat naikkan tahap sekarang!" kata Ye Xiu.

Lord Grim berada pada tahap 54 sekarang. Apabila dia mencecah tahap 55, dungeon akan terbuka untuknya. Ada banyak dungeon tahap 55 di Heavenly Domain. Selain itu, dungeon ini juga memberikan lebih banyak experience points berbanding dungeon di server biasa. Setelah dia mencecah tahap 55 dan mula bermain di dungeon, tahapnya pasti meningkat naik dengan cepat.

"Okey, cepat!" kata Chen Guo dan kembali menguruskan hal Persatuan Happy di server kesepuluh.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com