401 Tetamu Sementara

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tak tahu malu!" Ye Qiu menarik kolar baju Ye Xiu. Pada akhirnya, dia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu mengetap gigi dalam kemarahan. Chen Guo tiba-tiba berasa kasihan padanya kerana Ye Xiu sentiasa menyebabkan dia berada dalam situasi ini juga.

"Nampaknya kamu tak diajar betul-betul," ekspresi wajah Ye Xiu tetap sama seperti biasa.

"Balik rumah dengan saya!" Ye Qiu menjerit.

"Tak nak," jawab Ye Xiu.

Pandangan mata Ye Qiu sungguh mendalam. Dia seolah-olah hendak bertindak kasar. Chen Guo terus menonton dan menantikan ia berlaku. Namun, ia terhenti begitu sahaja…

"Kamu tak penat ke? Lepaskan sahajalah. Hormat sikit pada orang yang lebih tua dari kamu," kata Ye Xiu sambil menolak tangan Ye Qiu. Nampaknya Ye Qiu memang tidak menggenggam dengan kuat kerana dia dapat ditolak dengan mudah.

"Cantik baju kot kamu itu," Ye Xiu telah memerhatikan baju kot pada lengan Ye Qiu sepanjang masa.

"Tak boleh!" Ye Qiu menyorokkan baju itu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter