548 Si Cantik yang Tiada Tandingan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kenapa kamu perlukan akaun Knight?"

Wei Chen bertanya melalui QQ. Chen Guo yang duduk di sebelah Ye Xiu turut bertanya.

Ye Xiu ketawa lalu menaip dan mengucapkan jawapan yang sama, "Untuk menjadi 'Tank'!"

"Memanglah!" jawab Wei Chen sambil menghantar emoji 'memutarkan mata'. Chen Guo pula menunjukkan putaran mata yang sebenar sambil mengucapkan kata-kata yang serupa juga.

"Jadi apa kamu rancang nak buat?" tanya Chen Guo lagi.

"Saya akan sertai persatuan dan mainkan peranan 'Tank'," kata Ye Xiu

"Maksudnya kamu nak jadi perisik juga?"

"Lebih kurang!" jawapan Ye Xiu kurang jelas. Nampaknya tugasnya bukan sekadar sebagai perisik sahaja.

Chen Guo tidak faham apakah maksud Ye Xiu tetapi dia tidak bertanya lebih lanjut. Ye Xiu masih mengawal Lord Grim. Dia hampir mencapai tahap 55 dan berjaya mencecah tahap tersebut pada tengahari itu juga. Dia akhirnya melepasi tahap 50-55, tahap yang paling sukar untuk watak Unspecialized.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter