692 Saya Buat Kamu Takut Ke?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pasukan Lord Grim kelihatan seperti mereka hendak melarikan diri, ini membuatkan Blue Brook bertenang. Blue Brook bukannya bertekad hendak membunuh mereka, jadi jika mereka dipaksa untuk berundur, ia sudah cukup baik.

Siapa sangka ketenangan mereka tidak akan bertahan selama 5 saat pun. Selepas berlari seketika, Soft Mist dan Steamed Bun tiba-tiba berpaling dan menyerbu mereka. Bagi Lord Grim, dia hanya menjeling mereka untuk satu saat. Kemudian, dia berpaling dan berlari. Dia kelihatan seperti langsung tidak peduli akan keadaan ini.

'Adakah kita akan mati?' Blue Brook mula panik sekali lagi…

Pada akhirnya, Soft Mist dan Steamed Bun telah mati. Memang mustahil bagi 2 pemain untuk menewaskan 200 orang. Ini terutama sekali apabila musuh memang hendak membunuh manakala salah seorang daripada ahli pasukan Ye Xiu hendak 'melindungi senior'. Mereka meluru tanpa sebarang taktik. Akhirnya, mereka ditenggelamkan oleh lautan pemain Blue Brook.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter