420 Saya Bos Dia

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Dalam permainan Glory, apa-apa pun boleh dicipta. Ini bermaksud, ia bukan mustahil untuk meniru efek khas Swordpoint dan menggabungkannya dengan senjata lain. Namun, biarpun selepas kajian selama bertahun-tahun, belum ada sesiapa yang berjaya berbuat demikian.

Efek khas Swordpoint ini membuatkannya senjata pilihan utama bagi pemain kelas Swordsman. Disebabkan kekuatannya ini, ia sukar untuk ditemui. Rasanya Loulan Slash bukannya menemui senjata ini, tetapi membelinya.

"Pedang dia itu bernama Swordpoint. Kamu mesti tahu tentang pedang itu!" Chen Guo tetap memperkenalkan senjata itu kepada Ye Xiu kerana dia tidak tahu yang Ye Xiu sudah lama memerhatikan senjata tersebut.

"Saya tahu, saya dah nampak dari awal lagi."

"Oh." Chen Guo berhenti berbicara kerana Loulan Slash dan empat orang rakannya sudah berada di hadapan mereka.

"Gembira bertemu kamu," kata Loulan Slash.

"Gembira bertemu kamu juga :)" jawab Ye Xiu berserta emoji senyuman.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter