Melabur untuk satu akaun dan kemudian membeli akaun itu merupakan langkah biasa yang akan diambil oleh mana-mana kelab sewaktu peringkat permulaan kancah profesional Glory. Namun, ia sudah tidak lagi sesuai digunakan sekarang. Ini kerana perbezaan di antara watak profesional dan watak dalam permainan sekarang sudah teramat berbeza. Seorang pemain biasa hanya akan mendapat beberapa kelengkapan kelas Oren, tidak kira sekuat mana pun mereka mencuba. Siapa yang mahu melabur untuk akaun seperti ini apabila watak dalam kancah profesional memiliki senjata buatan sendiri? Ia pasti tidak mungkin.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com