Permukaan air tidak pernah kembali tenang semula.
Serangan Windward Formation tidak berhenti. Ia terus memburu Leopold ke dalam air. Air sepatutnya memberikan kesan kepada pemain dan kemahiran mereka. Latihan pertarungan air untuk pemain profesional adalah bertujuan untuk membolehkan mereka membiasakan diri dengan efek-efek ini.
Leopold berharap dia akan mendapat peluang untuk mengubah keadaan apabila jatuh ke dalam air. Dia boleh menggunakan pengalamannya dari segi perlawanan dalam air untuk melepaskan diri dari serangan musuh, tetapi dia kemudian tersedar yang musuhnya adalah lebih mahir dalam pertarungan air berbanding dirinya sendiri.
Jatuh ke dalam air merupakan sesuatu yang malang buat Eevrlasting. Dengan kelajuan pergerakan Leopold sekarang, dia tidak tahu sama ada dia akan mampu melepaskan diri dari jarak serangan Windward Formation.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com