130 Pihak Lawan Sangat Kuat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Ah, Adik Jie, kamu dah sampai juga!" kata pemain di sebelah Gao Yingjie, Liu Fei.

"Ah!" jawab Gao Yingjie. Dia segera mengalihkan pandangan kameranya. Dia pasti Xiao Yun tidak mahu orang lain mengetahui apa yang sedang dialaminya ketika ini.

Malangnya, apabila Xiao Yun mendengar kata-kata Liu Fei, dia memalingkan kepalanya untuk melihat pada semua orang. Matanya bertembung dengan Gao Yingjie. Mereka berdua memalingkan semula kepala, cuba untuk mengelakkan satu sama lain.

Gao Yingjie mula bertindak. Watak Witch miliknya, Weeping Cry, segera terbang menuju ke arah Lord Grim. Sementara itu, walaupun diserang dari semua arah, Ashen Moon milik Qiao Yifan masih bertahan lagi. Sebaliknya, Cloudy Heavens milik Xiao Yun sudah tidak berdaya lagi.

Weeping Crow menembakkan peluru sakti.

Lord Grim bergerak ke tepi untuk mengelaknya. Dia masih lagi terus menggunakan Jejak Menghilang.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter