149 Perang Bidaan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Persatuan Full Moon?

Separuh daripada ketua persatuan tidak pernah mendengar nama persatuan ini. Mereka hanya mengenali persatuan yang dinaungi oleh kelab profesional, dan hanya persatuan-persatuan ini yang layak digelar pesaing. Memang ada persatuan yang tidak pernah mereka dengar namanya, tetapi mereka sangat pasti yang persatuan ini tidak dinaungi oleh mana-mana kelab profesional. Ia hanyalah persatuan yang dicipta oleh pemain biasa. Bagaimana persatuan seperti ini boleh merampas Lord Grim daripada persatuan-persatuan besar?

Semua ketua persatuan tidak percaya. Mereka saling bertanya untuk mengetahui helah jenis apa yang digunakan oleh persatuan Full Moon.

Tetapi ternyata ini sukar dilakukan kerana mereka tidak menghantar sebarang perisik untuk menyertai Persatuan Full Moon. Persatuan Full Moon bukan saingan buat mereka, jadi tidak ada sesiapa yang mempunyai maklumat dalaman tentang persatuan tersebut.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter