457 Pengutip Sisa Profesional

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ye Xiu tidak faham mengapa mereka begitu gembira tentang sebuah lubang, biarpun dia tidak tahu tentang kewujudan lubang ini. Sebelum ini, dia menyangka kesemua pengutip sisa di sini adalah pesaing, tetapi nampaknya mereka memang saling mengenali. Mereka telah berpakat untuk mengutip sisa bersama-sama, jika tidak mana mungkin mereka boleh sampai ke tempat ini melalui lubang tersebut.

Pada zaman ini, para pemain sudah tahu bagaimana hendak mengendalikan pengutip sisa. Bagi aktiviti seperti menentang bos liar, ada pemain yang akan ditugaskan untuk memerhatikan kedatangan para pengutip sisa ini. Tujuan pertama adalah untuk menghalang para pengutip sisa daripada mencetuskan masalah, tujuan kedua bagi menghalang mereka berpura-pura menjadi sebahagian daripada pasukan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter