Masa berlalu dengan lancar sehingga pukul 9 malam tiba. Ini adalah waktu yang dipersetujui oleh Tyrannical Ambition untuk perlawanan kedua. Ye Xiu sedang duduk bermain di kawasan merokok seperti kebiasaannya.

"Kamu dah kumpulkan semua bahan ke belum?" Ye Xiu menghantar mesej kepada Cold Night. Dia mengawal Lord Grim untuk menuju ke Pekan Bulls.

Cold Night hampir menjawab "Sedia", apabila dia tiba-tiba tersedar, kenapa dia bersopan sangat?!

"Kamu cepat sikit!" Cold Night menjawab dengan kasar.

Tepat pukul 9 malam, Lord Grim tiba di pintu masuk Arena. Dia masuk, mencipta bilik dan memberitahu Cold Night nombor biliknya.

Selepas beberapa detik, pihak lawan pun masuk. Ia merupakan 5 watak yang sama seperti sebelumnya, tetapi pemain yang mengawal watak ini sangat berbeza. Striker sudah menjadi ketua pasukan, diikuti oleh Cleric. Kemudian, Elementalist berada di kedudkan ketiga, Blade Master keempat dan akhirnya Sharpshooter.

Ye Xiu tersenyum.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter