webnovel

Membantu Satu Sama Lain

Editor: EndlessFantasy Translation

Sharpshooter ini hendak menunjukkan kekuatannya di hadapan gadis cantik, tetapi dia dibelasah oleh mereka pula. Dia enggan menyerah kalah dan menjerit, "Tak tahu malu! Kamu bergabung?"

Para penonton ketawa. Pengulas memeriksa peraturan lalu menjelaskan, "Peraturan acara ini tidak menyebut tentang ini. Jadi, nampaknya tak ada masalah?"

Tidak ada sesiapa yang berasa kasihan terhadap Sharpshooter ini. Mereka semua seronok melihatkan dia dibelasah oleh dua orang gadis cantik dan bertepuk tangan 

Namun, pihak penyiaran tidak tahu hendak berbuat apa. Para penonton di stadium boleh melihat segala-galanya yang berlaku, tetapi pihak penyiaran hanya boleh menyiarkan satu adegan sahaja. Para penonton nampaknya hendak menonton adegan pertarungan ini, tetapi ini acara Lompatan Tinggi. Adakah mereka patut menunjukkan pertarungan di antara pemain profesional ataupun pertarungan di kalangan pemain biasa?

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com