418 Masuk ke Heavenly Domain

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Memasuki Heavenly Domain adalah sesuatu yang begitu menterujakan buat pemain Glory. Bagi Chen Guo, dia memilih hari yang baik, berehat, mandi sebentar dan melafazkan kesyukuran terhadap Tuhan sebelum masuk ke Heavenly Domain tersebut. Tetapi bagi Ye Xiu, dia langsung tidak teruja. Dia masuk dengan selamba sahaja.

Biarpun Ye Xiu kekal tenang, seluruh dunia Glory yang lain tidak begitu. Sistem permainan akan mengumumkan akan ketibaan Lord Grim di Heavenly Domain serta di server kesepuluh juga.

Ini merupakan pengumuman pertama seperti ini di server kesepuluh dan pengumuman kedua tidak akan berlaku dengan cepat. Biarpun para pemain server kesepuluh sudah biasa melihat pengumuman yang melibatkan Lord Grim, mereka tetap memberikan reaksi terkejut apabila Lord Grim diumumkan akan masuk ke Heavenly Domain.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter