80 Masalah Seorang Ketua Persatuan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya tak pernah dengar," Blue River dan Changing Spring kedua-duanya kebingungan.

"Kalau dia sehebat yang kamu katakan, saya akan datang tak lama lagi untuk melihatnya dengan mata sendiri!" kata Changing Spring.

"Okey. Tunggu dia sampai ke tahap 23 dan saya akan membuat janji temu dengannya untuk mencatatkan rekod baru di Laman Tulang. Kamu patut datang apabila tiba waktu itu," kata Blue River.

"Dia belum sampai tahap 23 pun lagi?" Changing Spring terkejut.

"Baru tahap 21…" Blue River berasa malu bagi pihak Lord Grim. Tak kira apa yang dikatakan, tahap watak di dalam permainan akan sentiasa menjadi sebuah simbol keupayaan pemain tersebut. Dengan status Lord Grim sebagai jaguh paling popular di server kesepuluh, tahap 21 yang dimilikinya membuatkan Blue River yang hampir mencecah tahap 25 tidak terkata-kata.

"Saya memang harus melihatnya dengan mata sendiri jika ada peluang," kata Changing Spring.

"Jadi, saya akan panggil kamu lain kali," kata Blue River.

"Okey," Changing Spring mengangguk. Walaupun dia tidak mengatakannya secara langsung, dia faham tujuan Blue River datang ke mari. Blue River hendak mengetahui keputusan ketua persatuannya tentang apa yang perlu dilakukan dengan jaguh handalan sebegini, sama ada dia perlu menentangnya dengan sepenuh kekuatan ataupun tidak.

Setelah bersembang seketika, Changing Spring beredar. Blue River mengambil sedikit masa untuk melihat dan mengagumi akaun tahap tinggi miliknya ini. Apabila dia baru sahaja hendak log keluar, dia terdengar suara yang dibencinya: "Oh, Blue River tua rupanya? Kenapa kamu datang ke sini?"

Malangnya! Dia baru datang kembali buat seketika tetapi telah terjumpa dengan lelaki ini. Blue River mengeluh dan berpaling. Dia bersemuka dengan Poplar Beach, seorang watak yang mempunyai nama dan kelengkapan senjata yang menunjukkan kemegahan.

"Tak ada apa-apa, saya ada urusan sedikit," jawab Blue River dengan nada tidak berminat.

"Kalau kamu ada banyak masa lapang, apa kata kita beradu tenaga di dalam arena?" Poplar Beach jelas sekali tidak berpuas hati dengan pertarungan mereka yang tidak sempat dihabiskan dahulu.

"Tak ada masa. Saya perlu kembali ke server baru untuk menyelesaikan 'dungeon'," Blue River menolak pelawaannya dengan tegas.

"Bukannya ambil masa yang panjang pun!" Poplar Beach mengawal suaranya supaya ia kedengaran seperti sedang bermegah-megah, seiring dengan nama dan kelengkapan senjatanya. Jelas sekali, dia sedang cuba mengatakan yang dia boleh menewaskan Blue River dengan mudah sekali.

Blue River seseorang yang sangat mementingkan maruahnya, jadi dia serta-merta naik marah. Darahnya mendidih dan dia teringin sekali memberikan pengajaran kepada lelaki itu, tetapi tiba-tiba dia terdengar satu suara lain: "Blue Bridge, kamu patut cepat balik ke server kamu,"

Blue River tidak tahu bilakah Changing Spring datang kembali ke tempatnya.

"Saya nak pergi ni," jawab Blue River dan tidak menghiraukan Poplar Beach. Dia segera log keluar.

Changing Spring telah datang kembali untuk mengelakkan Blue River dari terlibat dengan sebarang masalah. Blue River mengerti tentang perkara ini.

Ramai pemain tahu tentang sikap Poplar Beach yang suka memberikan tekanan kepada pemain lain. Changing Spring telah mengarahkan Blue River untuk menjadi peneraju server kesepuluh kerana niatnya untuk mempersiapkan Poplar Beach untuk memegang jawatan yang lebih tinggi daripada sekarang. Tetapi Blue River mengerti yang tindakan Changing Spring itu juga bertujuan untuk mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah antara dia dan Poplar beach. Jika dia dan Poplar Beach bertarung dan bermusuhan, pihak yang kalah akan berasa sangat malu dan berkemungkinan besar keluar dari persatuan. Ia seolah-olah mereka dipaksa untuk keluar. Ini akan menyebabkan lebih ramai pemain Blue Brook yang putus asa dengan persatuan mereka dan boleh mendatangkan kesan yang buruk. Tambahan pula, Poplar Beach dan Blue River lambang kekuatan seorang pemain baru dan seorang pemain veteran.

Selain itu, tindakan Changing Spring itu membolehkan Blue River mengekalkan posisinya sebagai salah seorang daripada Lima Jaguh Terulung. Walaupun ia kelihatan seperti Blue River sengaja dijauhkan daripada Heavenly Domain, tindakan ini membolehkan dia mengetuai pasukannya sendiri di server kesepuluh. Di server itu, dia boleh mendapatkan khidmat jaguh handalan baru yang berkemungkinan akan menjadi sama handal dengan Changing Springs dan Poplar Beach di kemudian hari.

Blue River seharusnya menganggap tindakan Changing Spring ini sebagai peluang untuk mengembangkan asas kekuatannya, bukannya seperti dia dihalau atau sebagainya. Pemikiran sebegitu terlalu naif.

Bagaimanapun, Blue River jelas memahami niat Changing Spring itu kerana dia telah menerangkan tujuannya dengan tenang dan terbuka. Malah, Changing Springs memberitahu yang dia tidak yakin Blue River akan menang jika dia bertarung dengan Poplar Beach melalui PK. Jika mereka bertarung sebanyak 3 pusingan, peluang untuk Blue River menang hanya sebanyak 30% sahaja.

Blue River tidak boleh berbuat apa-apa. Dia yakin dapat menewaskan Poplar Beach, tetapi dia tidak boleh mengingkari perintah Changing Spring.

Di dalam hatinya, Blue River dapat membayangkan bagaimana Changing Spring sengaja berpatah balik demi mengelakkan dia daripada termakan godaan Poplar Beach. Hatinya tersentuh dengan tindakan itu, jadi dia terus log keluar dan tidak mempedulikan Poplar beach lagi.

Sewaktu dia keluar, Blue River terfikir tentang sesuatu yang aneh. Dia benar-benar ingin melihat wajah Poplar Beach yang ketakutan sewaktu ditewaskan secara menyeluruh oleh Lord Grim.

Tetapi pemikiran sebegini tidak elok… Blue River mengetuk kepalanya sendiri. Tak kira apa yang terjadi, Poplar Beach tetap seorang ahli persatuannya. Walaupun mereka membenci satu sama lain, dia tidak boleh membiarkan orang luar menjatuhkan maruah ahli persatuannya sendiri.

Tetapi… dia benar-benar ingin perkara itu berlaku! Blue River berasakan dia sedang berbohong pada dirinya sendiri. Setelah mengeluh panjang sebanyak 2 kali, dia memasukkan semula kad akaun server kesepuluh dan kembali bermain.

Sebaik sahaja dia masuk, seseorang dari persatuannya mengajak dia ke 'dungeon'. Blue River sedar yang dia akan mencecah tahap 25 sedikit lagi. Hatinya tiba-tiba terhenti; dia telah terlupa akan sesuatu!

Dia mencari Lord Grim di dalam senarai rakannya; "Abang, bila abang nak mencatatkan rekod baru di Hutan Fros bersama kami lagi?"

Rekod penyelesaian Hutan Fros masih boleh diperbaiki lagi. Rakan-rakan Blue River hampir mencecah tahap 25 seperti dirinya juga. Dengan menggunakan kelengkapan senjata tahap 25, mereka boleh mencatatkan rekod yang terbaik untuk Hutan Fros. Walau bagaimanapun, biarpun dengan menggunakan kelengkapan senjata tahap 25, mereka tidak akan dapat meniru strategi 'Penyelesaian Satu Gelombang' yang dilakukan oleh Lord Grim. Mereka semua sudah mencubanya sebelum ini tetapi gagal.

Blue River sibuk memikirkan tentang Laman Tulang dan menantikan Lord Grim untuk mencapai tahap 23 sehingga dia langsung terlupa yang mereka belum benar-benar menyelesaikan rekod Hutan Fros.

"Ini…" Ye Xiu memberikan jawapan yang tidak meyakinkan.

"Ada orang lain yang dah membuat temujanji dengan abang ke?" Blue River hampir pengsan.

"Ya, saya dah buat temujanji," kata Ye Xiu.

"Tyrannical Ambition lagi ke?" tanya Blue River dengan tidak gembira.

"Ya!"

"Abang, saya minta buat temujanji untuk Laman Tulang, tapi abang kata kita bincang kemudian. Kenapa bila mereka minta, abang terus setuju?" pipi Blue River dibasahi air mata.

"Temujanji kamu semuanya perkara yang saya belum boleh buat lagi! Saya boleh masuk ke Hutan Fros malam ini," kata Ye Xiu.

Blue River tidak boleh berbuat apa-apa. Dia hanya mampu memerhatikan tahap Lord Grim dengan teliti. Sebaik sahaja Lord Grim mencecah tahap 23, dia akan serta-merta membuat temujanji dengannya.

Hutan Fros… hati Blue River berkecamuk. Mereka baru sahaja mencatatkan rekod tidak lama dahulu, tetapi ia pasti akan dipecahkan malam ini.

"Atau mungkin tidak?" fikir Blue River tiba-tiba. Walaupun pemain Tyrannical Ambition sudah mencecah tahap 25, mereka mungkin tidak memiliki kelengkapan senjata dengan tahap yang sama. Blue River dan rakan-rakannya sendiri baru sahaja berjaya mengumpulkan keseluruhan set kelengkapan senjata kelas Ungu tahap 20. Itu pun kerana 'dungeon' di Beginner's Village boleh dimasuki berkali-kali tanpa batasan. Sewaktu menyelesaikan 'dungeon' berulang kali sehingga ke tahap 20, mereka memang telah menemui banyak kelengkapan senjata yang kuat. Tapi sekarang? Walaupun kelengkapan tahap 25 boleh ditemui di Hutan Fros dan Laman Tulang, kelengkapan kelas Ungu bukan mudah untuk didapatkan. Tambahan pula, tempoh masa cuma telah berlalu sebanyak 2 hari sahaja dan setiap 'dungeon' hanya boleh diselesaikan sebanyak 4 kali. Bolehkah Tyrannical Ambition mengumpul kelengkapan yang mencukupi untuk setiap ahli kumpulan mereka?

Blue River masih juga muram. Walaupun kelengkapan kelas Ungu tahap 25 tidak sebanyak kelengkapan tahap 20, Tyrannical Ambition masih akan mempunyai kumpulan yang kuat. Jika Persatuan Blue Brook boleh, Tyrannical Ambition juga boleh!

avataravatar
Next chapter