Zhao Yuzhe sukar untuk menerima hakikat yang dia telah mati di dalam permainan, tetapi dia pasti boleh memulihkan diri. Dia bertanya tentang Tang Rou dan Steamed Bun kerana dia tahu kedua-dua mereka bukannya pemain biasa. Tindakannya menyimpan kad akaun juga menandakan yang dia tidak akan menyerah kalah.
Apabila sedar yang Zhao Yuzhe masih belum berputus asa, West Riding Wind bersyukur. Namun, dia tidak pasti sama ada dia patut membenarkan Zhao Yuzhe untuk terus memburu bos liar bersama mereka. Bantuan dari pemain profesional sememangnya memperkuatkan mereka, tetapi Zhao Yuzhe seorang tidak mencukupi untuk menguruskan Dewa Ye Qiu dan pakatan empat persatuan. Malah, konfrontasi di antara mereka menyebabkan keyakinan bintang masa hadapan pasukan Wind Howl goyah. Ia adalah satu keputusan yang sukar untuk dilakukan. Selepas meninggalkan bilik Zhao Yuzhe dan kembali ke biliknya sendiri, dia dapat merasakan kepalanya pening.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com