104 Kemahiran Tahap Dewa Delivery Gun

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Soft Mist mengawal 10 ekor Goblin. Steamed Bun Invasion mengawal 8 ekor. Lord Grim mengawal 16. Semuanya sekali 34 ekor. Jumlahnya tidak akan meningkat lagi selepas ini. Koordinasi pasukan mereka sudah boleh dianggap lengkap. Su Mucheng tidak berhenti-henti menarik raksasa, tetapi mereka akan memastikan yang jumlah Goblin tidak melebihi 34 ekor. Ini kerana setiap kali 2 ekor Goblin ditarik, 2 ekor akan selesai dibunuh.

Dalam koordinasi pengumpulan raksasa seperti ini, ada cara tertentu untuk melakukan 'damage'. Setiap orang memainkan peranan tersendiri. Setiap kali mereka melakukan 'damage', ada tempo tertentu yang harus dipatuhi.

Permainan tahap kemuncak, koordinasi tahap kemuncak .

Ini boleh dianggap sebagai kombinasi kelas terbaik bagi menyelesaikan 'dungeon' Hutan Fros ini. Asalkan mereka tidak melakukan kesilapan…

Steamed Bun Invasion, pemain yang paling dirisaukan oleh Ye Xiu pada awalnya, terus kekal stabil dan membuatkan Ye Xiu bersyukur.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter