361 Kekurangan Pemain

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Para pemain persatuan meraikan kejayaan memperoleh restu Guardian tahap 2.

Blue River adalah salah seorang pemain yang terlibat dengan cabaran Guardian itu. Sewaktu dia melihat perayaan yang berlaku di laman sembang Happy, dia berasakan seperti telah mengecapi kejayaan besar. Dia sudah lama tidak berasakan perasaan seperti ini bersama Blue Brook. Di sana, dia berasakan seperti seorang pekerja biasa sahaja. Jumlah pemain baru serta kepuasan hati pemain dirasakan seperti laporan persembahan semata-mata. Dia sudah lama tidak berkongsi perasaan gembira atas kejayaan kecil bersama pemain baru. Dia sentiasa bersaing dengan pemain terhebat serta berebut rekod dungeon bersama pemain veteran setiap hari. Bagi pemain lama seperti dia, keseronokan bermain sudah bertukar menjadi kebosanan.

"Kerja yang bagus, semua orang," kata Lord Grim kepada semua yang terlibat.

Semua orang membalas dengan sopan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter