423 Kamu Ingat Saya Siapa?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Bom tangan!"

Chen Guo tidak sempat hendak terkejut sewaktu Ye Xiu menjerit. Dia segera mengeluarkan bom tangan. Pada masa yang sama, Ye Xiu menggunakan tangan kirinya untuk mengawal tetikus dan melemparkan bom tangan tersebut.

Chen Guo tidak dapat melihat apa yang berlaku melalui skrinnya, tetapi disebabkan serangan ini dilancarkan oleh watak Chasing Haze miliknya, dia dapat melihat hasilnya dari skrin Ye Xiu.

Lapan misil yang meletup akibat serangan Stinger menghujani musuh. Letupan berlaku di sekeliling Lord Grim. Chen Guo tidak dapat melihat bom tangan itu meletup di mana kerana Ye Xiu tidak melihat ke arah itu melalui skrinnya.

Tangan kiri Ye Xiu kembali ke papan kekunci. Tetikus di tangan kanannya digerakkan sewaktu pertarungan berterusan. Chen Guo hanya mampu memerhati dalam diam. Dia tidak pasti sama ada dia patut meletakkan semula tangan kanannya pada tetikus.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter