"Celaka, kenapa kamu ni menyusahkan sangat! Cepat mati supaya saya boleh dapat 500!". Warlock yang dipanggil Wei tua oleh Ye Xiu membalas dengan suara yang sangat kuat. Bahkan Chen Guo turut dapat mendengar suaranya melalui fon kepala Ye Xiu.

Tangannya tidak berhenti bergerak juga. Warlock melompat ke belakang. Dia telah meramalkan Ye Xiu akan menggunakan Back Throw dan mengelakkannya.

"Kamu masih nak dapatkan 500 yuan itu? Kamu tak nampak kenyataan kelab ke?" kata Ye Xiu sambil terus menyerang. Lord Grim menggoncangkan Payung Seribu Manifestasi dan menukarkannya menjadi bentuk tombak yang menikam ke arah Warlock.

"Hm? Kenyataan? Kenyataan apa?" tanya Warlock.

"Ganjaran sudah dibatalkan," Ye Xiu memberitahunya.

"Celaka, ya ke? Habis semua usaha yang orang tua macam saya lakukan sia-sia sahaja? Melatih koordinasi pasukan dan mengkaji jadual kerja dan rehat kamu?" Warlock menjerit.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter