174 Cabaran Tidak Dilayan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Kumpulan Lord Grim berpaling dan memasuki 'dungeon' seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Poplar Beach pula masih marah lagi. Sudah terlambat untuk dia menghalang mereka memasuki 'dungeon'.

Changing Spring masih kekal tenang. Selepas melihat kumpulan Lord Grim masuk, dia turut berkata: "Kita akan bermula juga."

"Okey," tiga orang pemain lain menjawab. Tetapi, Poplar Beach masih belum memulihkan diri lagi.

"Poplar, kita nak pecahkan rekod sekarang. Fokus, jangan lupa kenapa kita ada di sini," Changing Spring mengingatkan Poplar Beach.

Mereka berlima masuk ke 'dungeon' dan bertarung seperti yang sudah dilatih. Namun, kemarahan Poplar Beach belum surut lagi. Apabila mereka membereskan kelompok raksasa, tempo dia huru-hara. Ternyata keadaan mindanya tidak stabil.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter