Papan kekunci Liu Hao pecah! Dia memukulnya dengan kuat sehinggakan senget papan kekunci tersebut dibuatnya. Liu Hao gagal mengawal kesabarannya. Sambil membetulkan semula papan kekunci itu, dia mengetap gigi sambil membalas: "Saya tanya, kita nak berlawan menggunakan tahap yang sama, ataupun gunakan tahap bebas!"

"Oh! Begitu! Cakaplah terang-terang. Perlawanan tahap bebas," kata Steamed Bun.

"Bilik nombor berapa?" Liu Hao memasuki 'Free Field' dan cukup marah sehingga hendak menjerit.

"Kamu tolong ciptakan bilik. Saya cari kamu sekejap lagi," Steamed Bun sedang bertarung dengan orang lain.

Liu Hao mencipta bilik baru. Setelah menetapkan kata kunci, dia menghantar nombor bilik dan kata kunci itu pada Steamed Bun. Seketika kemudian, Steamed Bun muncul.

"Cepat bersedia!" Liu Hao mengarahkan dengan marah.

Sebaik sahaja Steamed Bun mengetik butang 'sedia', dia memasuki medan pertarungan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter