webnovel

Aramin The Phantom Of Darkcurse

Mengisahkan tentang seorang penyelamat dunia diambang kegelapan dimasa hadapan yang telah diramal oleh Penyihir Tua sebelum dia lahir telah menjadi korban nafsu manusia untuk mencapai impian mereka dengan mengorbankan Jiwa Suci dan berdarah Immortal seorang Kerabat Diraja Kingsten sehingga menyebabkan dia terkorban dan dari memiliki jiwa yang suci tidak ternoda menjadi pemusnah dan musuh semua kehidupan. Ia kembali dengan dendam yang membuak-buak, kemarahan yang membara dan segala perasaan yang bercampur aduk membuatkan dia tidak tahu untuk siapa perasaan itu harus ditujukan. Baginya semua ialah musuhnya dan harus dimusnahkan!!!.

Ghost_Sinker · Horror
Not enough ratings
17 Chs

Volume 1-02

"Argghhh!!! Kenapa dia tak mati!! kenapa!"

Prannngg!!!!

Bunyi pasu dan barang dihempas kedengaran di bilik utama Mansion Ariastle.

Semua maid berdiri diluar pintu bilik utama dengan muka pucat. Semua risau akan kesihatan Duchess Ariastle yang sedang sarat mengandung dan masih mengamuk di dalam bilik. Namun semua tidak tahu kenapa Duchess Ariastle yang lemah lembut itu tiba-tiba selalu mengamuk sejak mengandung. Terutama sekali ketika Duke Ariastle, Tuan Muda Carl dan Cik Muda Cathrine tiada di Mansion.

Prang!!!

Bamm!!!

Bunyi pasu pecah kedengaran lagi.

"Patutkah kita maklumkan kepada Duke Ariastle mengenai keadaan Duchess Ariastle?"

Soal salah seorang maid yang berdiri di depan luar pintu bilik utama.

"Jangan!. Duchess Ariastle sudah memberi arahan kepada kita semua untuk tetap diam dengan setiapa apa yang dia lakukan!"

Kata maid yang lain pula.

Di dalam bilik utama itu pula yang terlindung dari pandangan mata semua orang kelihatan seorang wanita yang sarat mengandung sedang memukul perutnya dengan kuat.

"Mati!!! Mati!!! Kenapa kau tak mati!!!"

Buk!!

Buk!!

Dia menumbuk dan memicit perutnya dengan kuat agar bayi di dalamnya akan tercedera dan mati.

Dia sudah seperti wanita gila sejak mengandung in. Semuanya berpunca sejak mengandung 2 minggu dia telah mencuba banyak cara untuk menggugurkan bayi diperutnya ini namun tidak berjaya.

Sehinggakan dia sanggup meminum racun setelah sedar ada yang tidak kena dengan bayi yang dikandungnya buat dia takut dan bertambah tekad untuk membunuhnya sebelum ia lahir. Namun walau berpuluh jenis racun yang kuat dan tidak pernah didengar oleh orang pun yang telah diminumnya namun tidak berjaya untuk menghilangkan bayi ini. Malah sebaliknya pula berlaku dimana ia semakin sihat dan membesar dengan cepat!.

Walaupun baru 5 bulan namun perutnya sudah membesar seperti 9 bulan!.

Baam!!!

Baaam!!!

Dia menghentak perutnya ke dinding dan bucu meja.

"Arrhhhh.....!"

Kesannya dia pula yang merasa sakit yang teramat. Perutnya lebam namun tidak memberi impak kepada bayi di dalam selain dirinya yang menanggung sakit.

"Benci!!! Mati!!"

Baam!!

Baaam!!!

Tidak memghiraukan lagi akan kesihatan dirinya dan tubuhnya dia tidak berhenti menghentukkan perutnya yang besar ke dinding dan bucu meja. Dia benar-benar menyerupai seperti seorang wanita gila kerana dia tahu hanya sekarang peluang dia menggugurkan bayi ini sebelum suaminya pulang bersama anak-anaknya. Ketika itu dia tidak akan mempunyai peluang untuk mencuba membunuh bayi ini!.

"Devil! Matilah kamu!!! Jangan lahir di dunia ini!!!"

Dia menjerit lagi dengan kuat dan menghentukkan perutnya dimeja sebelum dia rebah akhirnya.

"Hahaha...akhirnya! berjaya juga....!"

Dia ketawa puas ketika melihat darah mulai mengalir dipahanya.

Namun beberapa minit kemudian ketika dalam usaha mengeluarkan bayi itu dia tiba-tiba merasa suhu dibilik itu amat sejuk.

"Maid!! Maid!!"

Jeritnya panik memanggil pembantu rumah yang berdiri menanti diluar bilik.

Dia menggigil tidak pasti sama ada sebab kesejukan atau takut.

"Ya Tuhan! Apa yang terjadi Duchess! Panggil doktor cepat!"

Jerit Ketua Maid yang masuk bersama maid yang lain ketika melihat darah banyak mengalir dipaha Duchess Ariastle yang terbaring di atas lantai.

"Jangan! Tidak perlu panggil doktor! Bayi ini sudah mati!"

Jerit Duchess Ariastle dengan mata tajam buat semua maid itu berasa gerun dan tidak berani memanggil doktor.

Mereka membantu Duchess Ariastle baring ke atas katil. Mujur ada di antara mereka berpengalaman mmenjadi bidan dan membantu Duchess Ariastle melahirkan bayi yang kononnya sudah mati dalam kandungan itu.

"Sejuknya..."

Bisik maid yang lain. Mereka merasa bulu roma mereka meremang.

Namun tumpuan mereka terganggu dari terus memikirkan kenapa bilik ini sejuk sangat apabila terdengar bunyi tangisan bayi.

"Arrggggghh!!!! Buang! Buang bayi jahat itu!! Dia sudah mati! Itu ialah devil!!"

Jeritan histeria Duchess Ariastle kedengaran lagi walaupun dalam keadaan lemah setelah mendengar bayi yang dilahirkan olehnya yang sepatutnya sudah meninggal dunia menangis setelah lahir!.

Bayi Abnormal! Bayi Iblis! Bayi Devil!

Dia menjerit dalam hati dan memandang bayi itu yang masih berlumuran darah dengan pandangan seperti mahu membunub bayi itu!.

"Buang bayi itu sekarang! Atau bunuh dia! Jika tidak kamu semua yang aku akan bunuh dan seluruh ahli keluarga kamu!!"

Sebelum tidak sedarkan diri sempat Duchess Ariastle memberi ugutan kepada semua maid yang menjadi saksi dia melahirkan bayi itu.

Ketakutan terus semua maid itu. Wajah mereka pucat.

"Baik Duchess!!"

Jawab mereka sebelum bayi itu dibalut dengan kain tanpa dimandikan dan salah seorang dari mereka membawa bayi itu keluar dari kawasan Mansion Ariastle dan hilang entah ke mana bersama tangisan bayi yang baru lahir...