15 bab 15

"KAU nak ke mana tu?" Mikael menegur Aisyah apabila melihat gadis itu dengan berpakaian kemas dan juga bertudung.

"Pergi kolej la..." jawab Aisyah.

"Kolej?" Mikael seolah olah terkejut.

"Ya, kolej.  Asal? "

"Buat apa pergi kolej?" soal Mikael, bingung.

Aisyah menepuk dahinya. Sah! Mamat ni blur.

"Belajarlah cik abang oi. Takkan nak repair basikal pula kat sana." balasnya berbaur sindir.

"Tahulah."

Aisyah membuat mimik muka menyampah.  Dia mencapai tas tangannya sebelum menghayun langkah untuk ke bawah.

"Eh, Syah. Tunggu jap!" Mikael menahan Aisyah sebelum sempat gadis itu turun ke bawah.

Aisyah kaku di tepi tangga itu. Seketika kemudian, dia menoleh ke belakang menatap segenap wajah yang makin membuat dirinya menyampah.  Keluhan kecil dilepaskan.

"Apa?" acuh tak acuh saja dia bertanya.

"Syah... Aku lupa nak pesan kat kau."

"Apa dia?"

"Depan mama, papa dan Mellina, kau janganlah bahasakan 'kau' 'aku' bila dengan aku nanti. Nanti diaorang perasan, habislah plan kita." ujar Mikael.

Aisyah hanya mengangguk faham. Dia tahulah. Ingat dia ni bengap sangat ke?

"Ingat tau, Aisyah!"

"Ya, ya tahulah."

Mikael masuk semula ke dalam bilik tidurnya selepas saja Aisyah hilang daripada pandangannya.

AISYAH memandang di sekeliling ruang makan itu. Kosong. Tiada sesiapa di situ kecuali dirinya seorang diri. Tapi, di atas meja kelihatan penuh dengan makanan yang terhidang untuk sarapan.

Aisyah meninjau lagi di sekelilingnya. Sesaat kemudian dia dikejutkan dengan satu suara yang datang dari arah belakang.

"Puan Aisyah!"

"Oh mak kau jatuh!" latah Aisyah secara drastik.

Aisyah menoleh ke belakang. Nafas lega di hela nya.

"Ouh, bibik rupanya. Ingat siapalah sergah saya tadi. Terkejut saya dibuatnya." ujar Aisyah kepada pembantu rumah keluarga Mikael.

"Maaf ya, puan." ucap bibik.

"Eh, tak mengapalah bik."

"Hah, Aisyah!" sapa Datin Yasmin.

Bibik terus berlalu ke dapur ingin mengemas dan membersihkan ruangan itu.

"Mama..." ibu mentuanya itu dipandang bersama senyuman manis yang diukir.

"Aisyah nak ke mana ni? Dengan bersiap cantik macam ni."

Datin Yasmin menarik kerusi meja makan itu lalu melabuhkan punggungnya di atas.

"Ouh, Syah nak pergi kolej. Lagipun Syah tak nak terlepas. Syah nak buat betul-betul untuk tahun akhir ni." jawab Aisyah.

"Kenapa tak cuti je lagi? Kamu dengan Mika pun baru 5 hari kahwin. Honeymoon pun tak pergi lagi. Nanti apa-apa suruh saja si Mellina tu cover. Lagipun korang berdua kan sama jurusan." kata Datin Yasmin. Mangkuk yang berisi nasi goreng dicapainya lalu di senduk ke pinggan.

"Susahkan Mel je..."

"Hm, tak ada yang susahnya... Eh, Aisyah duduklah. Makan sekali dengan mama." ajak Datin Yasmin.

Aisyah tidak membantah. Dengan rasa yang segan silu nya dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Datin Yasmin.

"Aisyahhhhhhhh..."

Suara riang itu siapa saja tidak kenal? Pastilah si Mellina Qaisara anak manja kesayangan Dato' Fadli.

"Hish, Mel! Aisyah tu bukan kawan kamu macam dulu, dulu tu tau. Aisyah sekarang kakak ipar kamu. Jadi, panggil kak Aisyah. Baru sopan." tegur Datin Yasmin kepada anak gadisnya itu.

Aisyah hanya tersenyum hambar. Tidak tahu mahu menunjukkan reaksi apa.

Mellina mencebik mulutnya. Dia menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengan Datin Yasmin.

"Ala, buk--" belum sempat Mellina ingin membalas. Pantas saja satu suara garau mecantas.

"Betul cakap mama tu. Mika sokong."

Isterinya dihampiri. Tanpa rasa segan silu dia memeluk bahu Aisyah dengan selambanya.  Aisyah menahan malu yang teramat sangat. Riak mukanya usah dibilang. Pasti saja sudah berona merah seperti tomato.

"Mellina adikku sayang. Aisyah ni isteri abang. So, dengan tak lain tak bukan Aisyah ni official jadi kakak ipar awak. So, kenalah panggil dengan panggilan 'kak Aisyah'. " sambung Mikael. Pelukan pada bahu Aisyah semakin dieratkan.

Aisyah pula usah dikatakan. Mukanya sudah pucat habis. Pertama,  dia malu kena peluk depan mama dan Mellina. Kedua, dia sakit hati dengan Mikael yang tiba tiba sahaja memeluknya sebegini.

'Nak mesra depan famili pun agak agaklah.' bisiknya dalam hati.

"Ish, abang ni. Sebelum abang kenal Aisyah, Mel dulu kenal Aisyah. So, abang yang rampas Syah dari Mel." ujar Mellina.

"Tapi ingat sikit eh. Aisyah ni sepenuhnya dah jadi milik abang. So, pangkat abang lagi tinggi dari Mel." balas Mikael tak mahu kalah.

Aisyah menggigit hujung bibirnya. Tak akan lah mereka ni nak gaduh pula semata mata sebab dia.

Datin Yasmin hanya mampu melihat sambil mengurut pelipisnya. Dah besar panjang pun masih lagi bergaduh disebabkan hal yang remeh temeh.

"Apa gaduh gaduh depan rezeki ni? Mel?  Mika? Kenapa ni?" tegur Dato' Fadli yang baru saja turun dari tingkat atas.

"Papa..." sapa kedua-dua adik beradik itu serentak.

"Mikael Zafran. Kamu ni duduklah. Dari tadi tak nak lepas bahu si isteri tu. Tahulah awak tu pengantin baru." kata Dato'Fadli bersama gurauannya.

Mikael meleraikan pelukan itu. Dia menyuruh Aisyah berganjak ke kerusi sebelah lalu dia melabuhkan duduk di atas kerusi yang diduduki Aisyah tadi.

"Hah, Aisyah. Macam mana setakat ni selepas berkahwin?" tanya Dato'Fadli.

"Alhamdulillah, okay saja papa." balas Aisyah.

"Ini kamu lawa lawa nak ke mana?"

"Ouh, ni Aisyah nak ke kolej. Lama dah tak ke kolej. Banyak dah Aisyah terlepas."

"Kau nak ke kolej ke, Syah? Pergi dengan aku, ya?" sampuk Mellina tiba-tiba.

Datin Yasmin menampar lengan anak gadisnya itu.

Mellina mencebik sambil menyapu lengannya yang baru saja ditampar oleh mamanya.

"Hah, Mika!  Awal  nak masuk ofis semula?  Tak nak pergi honeymoon dulu ke?" soal Datin Yasmin.

"Bawa lah Aisyah ni jalan jalan makan angin kejap. Dia mesti teringin nak bercuti dengan kamu." sambung Datin Yasmin.

Aisyah hanya menyimpul senyum malu. Manakala Mikael dengan tenangnya menjawab...

"Ma, bukan Mika tak nak pergi honeymoon. Lagipun ada banyak lagi kerja kat ofis tu. Selesai je nanti Mika bawa lah isteri Mika ni jalan jalan bercuti."

"Sayang minta je nak ke mana. Abang akan bawa." bisik Mikael di telinga Aisyah.

Aisyah kaku seketika. Sayang?  Abang?  Euwww...

Mikael menyimpul senyum saat melihat Aisyah kaku membisu. Makanan yang terhidang di depan mata terus di santap.

Penghuni di meja makan itu semuanya senyap menikmati hidangan masing masing sebelum bergerak untuk memulakan aktiviti di pagi hari ini.

(966 words)

Tak best?  Suka hatilah... Huhuhu gurauuuu

avataravatar
Next chapter