webnovel

Aisyahazira [Remastered 2020] - Trilogi Pertama : Puteri Zion

MF_Omar92 · Fantasy
Not enough ratings
8 Chs

Mengorak Langkah Kanan Dan Pertemuan Antara Dua Jiwa

Aisyahazira kembali dari Pemakaman Diraja ke Istana Besar Zion menggunakan Kasut Reroda Awrova merentasi beberapa permukiman dan desa-desa, meredah awan biru selaju Beburung Dagora. Setelah Istana Besar Zion kelihatan, kasut itu mula mengurangkan kelajuannya seperti yang di hendaki puteri itu. Dia di benarkan masuk oleh pengawal sesegera tiba di situ.

Orang-orang kanan pentadbir kelihatan sudah lama menunggu kepulangan pemegang Takhta Zionya di singgahsana istana. Tanpa berbicara banyak, Aisyahazira segera memulakan titah diraja sebaik dia bersemayam di mahligai kerajaan. "Bagaimana dengan tanah air beta semenjak ketidakberadaan beta di sini???"

"Semuanya baik-baik saja... Seperti yang tuanku puteri lihat..." Balas seorang dari mereka. "Bagaimana pula dengan Djohann???" Mereka semua terbungkam apabila Aisyahazira mengutarakan pertanyaan itu. "Adakah dia makin menggila atau masih dengan khayalannya???"

"Ampun tuanku, pada hemat hamba; perkara itu membabitkan hal keluarga diraja... Kami semua tidak berhak untuk campur tangan. Ampun tuanku..." Aisyahazira terdiam bila di hujat sebegitu oleh seorang dari mereka.

"Kalau begitu; bersurai kita..." Semua orang di situ memberikan tunduk hormat kepadanya dan bergegas pergi meninggalkan dia sendiri. Entah kenapa, dia merasakan ada seseorang sedang menyeru namanya dari benak fikiran paling dalam. Aisyahazira pejamkan mata dan Esterna Zalyani menjelma di depan mata.

"Maafkan patik, tuanku; patik gagal dalam misi patik..."

Dengan linang airmata, Esterna bersuara. "Djohann bersiap untuk menurunkan tuanku Baginda Puteri dari takhta... Dia berkata kepada patik yang dia tidak akan melepaskan tuanku begitu saja... Pada hemat patik; tuanku harus berhati-hati..."

Zalyani kembali senyum sambil mengesat airmata yang bercucuran. "Tentang keadaan patik; tuanku jangan bimbang... Jaga diri tuanku, baik-baik..."

Aisyahazira membuka semula matanya. Airmatanya berlinangan. Kali ini memang benar bapa saudaranya tidak main-main. Mangsa pertama adalah teman baiknya sendiri dan kali ini; dirinya. Tambahan pula Takhta Zionya dalam bahaya. Dia tiada masa, Istana Besar Zion harus di tinggalkan untuk seketika. Dia harus menghilangkan diri dari buruan Syahami atau mati.

---

Perjalanan aku di antara dimensi ke dimensi mengambil masa yang agak lama. Aku tidak tahu berapa lama lagi untuk aku sampai ke Planet Zion. Aku hanya mampu bersabar dan berharap bahawa Aisyahazira sudah bersiap sedia untuk berdepan denganku sebaik semua ini berakhir. Aisyahazira saja yang dapat aku fikirkan ketika ini.

Apakah reaksi yang akan di berikan Aisyahazira bila dia mengetahui yang aku sudah tiba ke Planet Zion tanpa pengetahuannya??? Pasti ianya sangat memeranjatkan anak gahara itu. Bagaikan satu kejutan yang sangat besar baginya, bukan??? Sepanjang perjalanan di antara dimensi ke dimensi, aku merasakan aku makin hampir ke Zion, planet Aisyahazira.

Barangkali aku sudah di hujung perjalanan yang agak jauh itu. Aku dapat melihat yang tempat aku tuju merupakan sebuah hutan belantara di balik saujana mata memandang. Tersenyum aku keriangan bila aku dapat memastikan yang aku tiba di tempat yang sebenarnya. Airmata gembira aku berderu seakan meminta Aisyahazira untuk bertemu denganku.

Aisyahazira, jika aku berkesempatan akan aku luahkan betapa aku cintakan kau... Tiada sesiapa pun baik di planet Bumi mahupun di Zion dapat menggantikan tempatmu... Sudah lama aku menyimpan perasaan ini dan aku tidak berdaya untuk menahan dengan lebih lama lagi... Oh, Aisyahazira; aku sungguh cinta padamu!!! Hanya padamu!!! Aisyahaziraku sayang!!!

---

Aisyahazira kini berada di hutan belantara yang sama dengan di mana keberadaan Farhan berada. Mereka berdua tidak tahu yang mereka berdua akan bertemu di satu tempat yang sama di dalam hutan itu. Aisyahazira kelihatan sangat berhati dengan setiap langkah yang dia aturi. Pada masa yang sama, Farhan mencari jalan keluar.

Anak raja Zion itu tidak perasan yang Farhan sudah mendekati dengan dirinya dari selangkah ke selangkah jalan mereka melangkah. Dia mendengar bunyi kayu-kayau patah di pijak. Pada waktu genting ini, dia mengeluarkan pisau belati yang tersembunyi di sebalik pin sanggul yang di pakai di rambut. Aisyahazira bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Hampir sahaja Farhan menegur, pisau belati itu di acu tepat ke leher Farhan oleh Aisyahazira. "F-Fa-Farhan?!"

"Bertenang, Aisyah... Bertenang... Ini saya; Farhan awak..." Aisyahazira kembali bertenang dan pisau belati segera di simpan kembali cermat ke dalam pin sanggulnya. "Bagaimana kamu kemari, Farhan???"

Farhan menudingkan tangannya ke kepala sebelum di mengerti.

"Hanya Allah dan Rasul saja yang tahu betapa aku rindukan kau, Aisyah... Terasa masa cepat berlalu semenjak kau pergi dari planet Bumi..." Aisyahazira bergenang dengan airmata. Dia hanya mampu tersenyum. "Sepanjang keberadaan bola kristal pemberian kau tempoh hari, aku dapat merasakan kau dalam masalah... Itu sebabnya aku kemari...," ujar Farhan.

"Terima kasih kerana risaukan saya, Farhan... Awak memang baik... Beruntung saya dapat berkawan dengan awak..." Farhan memberikan senyuman manis sebelum Aisyahazira mengesat kesemua airmatanya menggunakan tangannya. "Jika perlu, beritahu aku; apa yang mampu, aku akan bantu..." Senyuman manis Farhan di balas kembali Aisyahazira. "Baiklah, Farhan; saya sudi di tolongi awak..."

Farhan bergembira untuk seketika lalu dia mengutarakan bicara. "Kenapa kau berada di sini??? Atas sebab apa???" Aisyahazira merenung Farhan, lalu membalas semula. "Sama seperti di Bumi dulu; saya dalam pelarian dari di buru orang..." Farhan mengaru dagunya yang tidak gatal. "Kenapa nasib kau begini, Aisyah... Apa salah kau???" Soal Farhan.

Aisyahazira menundukkan kepalanya ke lantai hutan. Suaranya berkedengaran lain dari kebiasaan. Entah menangis, entah beresak-esak. "Biarlah saya jujur pada awak, Farhan... Yang selama ini saya di buru oleh bapa saudara saya sendiri... Dia memang seorang yang gila kuasa, dia sanggup membelakangi amanat dan wasiat ayah dan bonda saya..." Farhan bersimpati.

Anak raja itu menekup mukanya erat-erat dengan kedua-dua belah tangannya yang gebu. "Saya memang tidak berguna, bukan??? Hanya menjadi beban di sepanjang keberadaan saya dengan sesiapa yang ada di samping saya..." Farhan mendapati yang Aisyahazira kembali untuk merembeskan airmata kecewa. Dia segera memeluk anak raja itu dengan erat seerat mungkin.

"Sudah-sudahlah tu, Aisyah... Aku kan ada... Luahkan segala-galanya kepada aku... Aku sudi menjadi pendengar yang setia..." Pujuk Farhan sambil mengusap-usap kepala Aisyahazira. Usapan manja itu membuat anak raja Zion kembali tenang dan tenteram di sisi Farhan. Tangisannya sudah kelihatan semakin reda dari sebelum ini. Dia cuba untuk tersenyum. "Baiklah, Farhan..."

Farhan bersenang hati melihat yang Aisyahazira kembali pada keadaan biasa. "Oh, Aisyah; kalaulah kau jujurkan saja pada aku sejak dari awal lagi kan bagus..." Aisyahazira membenam mukanya di dada Farhan. "Saya takut kehilangan awak, Farhan... Maafkanlah saya... Kerana tidak jujur pada awak..." Farhan meleraikan pelukannya lalu tersenyum.

"Kuterima kemaafanmu, Aisyah..."

Bersambung...