webnovel

Bab 2

Tajuk :Airman

Ditulis :Paradise Kiss

Bab 2

Kesejukan air batu menggigit hingga ke tulang hitam selepas mandi Sintai mencari kayu api seperti yang disuruh mak cik nya. Apabila sudah banyak Sintai mengambil akal untuk mengikat kayu api sebelum balik ke tempat mandian nya tadi.Sampai saja di tempat nya mandi tadi Sintai meninggalkan kayu tersebut dan mengambil labu untuk di isikan air. Setelah semua siap Sintai naik ke darat bersama labu-labu dan raga di tangan.

Dalam perjalanan balik Sintai singgah di pondok ternakkan mak cik nya.Tangan nya terasa lenguh sedikit kerana labu-labu yang berisi air itu agak berat.

"Hmmm,ternyata lenguh juga jari ini. "Kata Sintai bermonolog sendiri tanpa menyedari Sebai datang dari arah belakang nya.

"Oiii,Sintai mana kayu api yang mak aku suruh kamu cari tadi?"labu yang dipegang oleh Sintai hampir jatuh apabila di sergah oleh Sebai dari belakang.Sintai menarik nafas panjang meredakan perasaan terkejut sebentar tadi.

"Ohh 'antu',sudah menjadi anak dara masih lagi tidak beradap. "Tegur Sintai mata nya bulat menahan geram dengan sikap sepupu nya itu.Sebai membuat muka menyampah dan tidak peduli Sintai memarahi nya.

"Apa yang kamu cakap?"Sebai jadi bengang mendengar teguran dari Sintai sepupu nya itu.

"Tu kayu mak kamu di sana ambil cepat.Nanti orang lain yang ambil kayu api tu nanti."Tunjuk Sintai ke arah kayu api yang sudah diikat nya di tebing sungai sebelum melangkah naik ke rumah. Muka Sebai masam mencuka apabila disuruh mengangkat kayu api.

"Mana?"Tanya Sebai dengan rasa menyampah tanpa melihat arah yang ditunjukkan oleh Sintai tadi.

"Kayu api di tebing sungai sana"beritahu Sintai lagi.

"Aduh Sintai ,yang kamu tinggalkan kayu tu disana kenapa? Kalau kamu tidak menyusahkan saya tidak boleh kah?" Sebai merunggut dengan muka nya sedikit merah seperti udang bakar.

"Manusia yang tidak bersyukur. Sudah bagus aku kumpul dan ikat tinggal kau angkat saja pun kau sudah merungut. Nasib baik aku ni anak perempuan kalau aku lelaki susah lama muka kamu tidak seberapa cantik tu kena tangan dari aku."Balas Sintai bengang sebelum berlalu meninggalkan Sebai di situ.

Sebai yang mendengar kata kata yang keluar dari mulut Sintai berasa marah dan terhina.

"Tunggu kamu Sintai! Tunggu kamu akan aku balas apa yang kamu cakap tadi! " Hati nya membara marah sambil berjalan ke tebing sungai untuk mengambil kayu api.

***************************

Di sebuah perkampungan kaum iban di hulu Katibas ada seorang pemuda yang tampan berambut panjang duduk termenung di atas batu. Kelihatan anak sungai yang mengalir tenang itu tidak mampu menenangkan fikiran anak muda itu.Fikiran nya masih lagi kacau memikirkan mimpi nya subuh tadi.Dalam mimpi nya Gawan bertemu dengan leluhur berupa seorang laki laki yang gagah bertopi lanjang bulu burung, 'begagung kirai'(baju yang dibuat dari kulit haiwan).Tangan nya memegang terabai dan di pinggang nya ada sebilah mandau.Lagak laki-laki itu seperti seorang pahlawan yang selalu diceritakan oleh nenek moyang nya dulu.

"Gawan,tidak lama lagi ada bangsa yang berkulit putih datang untuk menghuru harakan kaum kita. Mereka akan membuat onar dan mengupah kaum lain untuk menjadi anjing mereka. Pengaruh mereka sangat kuat siapa yang tidak tunduk akan menjadi mangsa kekejaman mereka."Kata Lelaki yang tidak dikenali nya itu.Gawan diam masih tertanya tanya siapakah lelaki itu.

"Aku Keling Gerasi Nading Bujang Berani Kempang Dari Panggau Libau "lelaki itu memperkenalkan diri nya.Gawan melopong terkejut tidak sangka dia bertemu dengan leluhur yang selalu diceritakan oleh nenek moyang nya dulu.

"Ka...kamu Keling?"Tanya Gawan dengan teruja masih tidak pecaya.

"Ya ini aku.Aku akan mengangkat mu sebagai bujang berani untuk melindungi bangsa kita dari bangsa asing."kata lelaki yang menamakan diri nya Keling.

"Aku!"Tanya Gawan seolah tidak yakin dengan diri nya.

"Ya ,kamu telah ku pilih sebagai pelindung bangsa dan hutan belantara ini"

"Tapi aku tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk mempertahankan diri apa lagi melindung bangsa aku dari orang asing."

"Aku akan melahirkan kamu sebagai pahlawan hebat di mata musuh Gawan.Aku akan menjadikan kamu sekebal besi."Tegas Keling sambil memegang bahu

"Tapi..."Kata Gawan masih lagi ragu ragu dengan diri nya .

"Aku faham maksud kamu. Aku ada bersama kamu. Nanti sebelum purnama penuh aku mahu kau datang ke tempat ini untuk aku persiapan diri kau dengan ilmu kekuatan nanti. Jumpa lagi."Lelaki itu ghaib belum sempat Gawan menyoal nya dengan persoalan

#besambung