webnovel

Aela Bazea - Trilogi Yang Pertama : Bermulanya Sebuah Kembara

MF_Omar92 · Fantasy
Not enough ratings
8 Chs

Mengubati Hati Dan Diri Yang Terluka

Peralihan malam ke siang hari sangat di tunggu-tunggu oleh sekelian makhluk yang ada di segenap penjuru muka Bumi ini. Baik yang berada tinggi di langit nan biru mahapun yang melata serata arah di atas tanah. Di iringi hembusan manja sang pawana dinihari yang membelai sayu dalam pilu seakan-akan mengatakan sesuatu.

Kerana pagi pada hari ini menjadi saksi, Aela Bazea; Puteri Mahkota Phyttha-Barrada di turunkan dari Takhta Talita di sebabkan oleh desakan para Kepimpinan Tentera dan juga rakyat jelata yang sudah merasa anak gahara Raja Mahkota Tolka itu tidak layak untuk berkuasa di sebabkan ketidakmampuannya menadbir pemerintahan semana layaknya tanggapan mereka.

Dia juga sama sekali tidak menyangka yang Kepimpinan Tentera tega menikam dirinya dari depan di khalayak ramai dengan menyebarkan pelbagai maklumat sulit pemerintah yang di palsukan demi meraih sokongan majoriti rakyat untuk turut serta dalam menyingkirkan dia dari pemerintahan utama. Itu merupakan satu kenyataan yang paling pahit untuk dia telan.

Di sebabkan oleh perkara nista yang telah memalit namanya, Aela dengan hati penuh kesal meninggalkan Kota Kara Kalkea serta Istana Sythe-na tanpa menoleh kebelakang lagi di temani bersama dengan Pendeta Tamota dan juga Bangsawati Walda yang masih mengakui akan ketuanan dirajanya seakan dia masih lagi bersemayam di atas Mahligai Zaniya.

Bukan niat di hati dia mahu memungkiri segala janji dan amanat yang telah dia sumpah setiakan, tetapi Aela berusaha sedaya-upayanya untuk mengubati hati dan diri yang terluka dek kerana dia tidak dapat menerima apa yang telah terjadi ke atas dirinya. Semua ini bagaikan terlalu tiba-tiba untuk dia elak apalagi menghadap.

Aela merenung jauh memikirkan apakah yang harus di lakukan setelah menjadi pemimpin buangan. Dengan dia yang tidak punya apa-apa sekarang; siapa akan mempedulikan segala apa yang dia akan usahakan di waktu mendatang. Kerunsingan yang melanda cuba di kurangkan tanpa anak raja mahkota itu sedari dia datangi oleh salah seorang pengiringnya.

"Kenapa Tuanku Puteri Mahkota berdura sebegini rupa; saya tidak mengizin tuanku baginda berterusan seperti ini... Ini bukan caranya tuanku puteri memperbaikikan segala ketidakbetulan yang telah menimpa diri tuanku..." Keluh Tamota; pendeta itu kelihatan sangat kecewa terhadap Aela. Hatinya hancur lebur melihat keadaan anak gahara Raja Mahkota Tolka itu; airmatanya bergenangan.

"Bukan ini yang kami mahukan daripada tuanku... Sampai bila tuanku nak meratap saja tanpa berbuat apa-apa?" Aela merenung tajam Pendeta Tamota dengan mata berkaca-kaca. "Katakan kepada beta; katakan, apa yang perlu beta lakukan pada waktu yang sangat mendukacitakan beta ini?" Tidak semena-mena; Tamota memeluk erat anak Raja Mahkota Tolka itu.

"Buktikan kepada kami berdua; puteri mahkota, kehebatan tuanku puteri sebagai Pewaris Kesinambungan Raja-Raja Loka!!!" Bangsawati Walda bersuara tegas dan itu membuat Pendeta Tamota segera melepaskan pelukannya dengan serta-merta daripada Aela. "Ingat, wahai Onna-Kanowaku; kami akan senantiasa berada di samping tuanku; sehingga tuanku puteri dapat berdiri kembali!" Airmata Aela mula bercucuran.

"Kalau begitu, baiklah; beta membulatkan tekad; kita bertiga akan mulakan kembara kita untuk mendirikan semula legasi yang telah di amanatkan kepada beta!!" Tamota dan Aela mengesat airmata masing-masing dan sesegera itu juga, Bangsawati Walda memberikan rafak sembah kepada ketuanan mereka itu seakan dia masih lagi di anggap pemerintah yang sah.

Permulaan untuk kembara mereka bertiga mula di renca sebaik sahaja Phyttha-Barrada sudah jauh dari pandangan mata. Hati Aela yang remuk hanya mampu dia sendukan di dalam hiba yang berbuku tebal di ruangan dada. Kesedihan itu jelas memberi kesan yang ketara kepada Walda; kerana perkara yang sama juga pernah dia lalui.

Waktu itu dia merupakan seorang dari teman rapat ibunda Aela, Permaisuri Fhilyphi. Setiap kali jika mereka berdua kelapangan, permaisuri itu akan meminta pertemuan di antara dia dan bonda anak gahara Raja Tolka itu di penuhi dengan bertemu di taman larangan. Banyak juga suka duka dan riang kecewa di kongsi kepadanya.

Sebolehnya, bangsawati yang berasal dari Perbatasan Alphyni itu tidak mahu mengingati atau mengenangi perkaitan dia dan Permaisuri Fhilyphi yang sangat di sayangi. Itu kisah lalu antara bonda Aela dan dirinya. Tanpa banyak bicara, emosi di ketepikan dan dia mengetuai kembara mereka di mana ia menjadi pemula bagi kisah epik Aela.

---

Jika di perhitungkan dari hemat anak raja itu; Aela memperkirakan perjalanan mereka pasti akan mengambil masa semingguan penuh sekiranya waktu rehat mereka di singkatkan dan kadar mereka berkelana di percepatkan. Destinasi pertama yang mereka bertiga akan kunjungi tidak lain dan tidak bukan adalah sebuah negeri lagenda di dalam sebuah negara.

Negeri yang di beri nama Nadja Irmajana-Shannattha itu bukan sebarangan negeri walaupun di bawah naungan Domanayena yang besar mengelilingi sempadannya. Kelihatan agak olok-olok jika nama negeri itu sebut secara terus-menerus. Namun ramai yang tidak tahu; nama itu merupakan salah satu bahasa purba di Benua Pandwa yang bermaksud, 'Tanah Janjian Tuhan'.

Manakan tidak negeri itu di beri gelaran sebegitu rupa; kerana Indikasi Kesejahteraan Rakyat Jelata mengatasi Indeks Kekayaan Perkapita yang menjadi tanda ukur asas kesemakmuran bersama. Hingga ke hari ini, tiada negeri atau mana-mana negara yang ada mampu bersaing dengan pencapaian terulung mereka dalam hal-ehwal kebajikan dan kesamarataan membabitkan pengagihan berkepentingan.

Itu yang Aela di beritahu oleh Pendeta Tamota, sebaik sahaja mereka singgah berehat di rumah inap dalam perjalanan ke sana. Lelaki dalam pertengahan abad itu seringkali kelihatan membawa satu gulungan kertas lama yang di katakan menyimpan pengisahan membabitkan sejarah dan agama yang terkandung dalam Manuskripsi Xili, antara babad-babad dari turun-temurun.

Dalam merehatkan diri sejenak, Bangsawati Walda mendapatkan Aela yang sedang menikmati juadah yang di sediakan oleh pemilik rumah inap yang merupakan beberapa keping Biskut Kering Faluda berserta dengan secangkir Susu Panas Elna sambil menikmati panorama alam yang terbentang luas di depan mata. "Ampun tuanku, beribu ampun; sembah ampun aku harapkan..."

Aela tanpa berlengah segera izinkan pendampingnya itu meneruskan segala kata-katanya. "Jika di beri kenan; aku mahu menziarah ke Kuil Aramaita yang berada tidak jauh dari rumah inap ini... Mohon tuanku sudi mencemar duli tuanku puteri; ke tempat ibadat suci itu..." Anak Raja Mahkota Tolka itu berfikir sejenak. Hatinya membisikkan keputusan.

Alang-alang engkau sudah lama tidak ke sana, pergi sajalah; Aela... Manatahu kedatangan kau tidak di halang; malah di alu-alukan oleh mereka semua yang ada...

"Kalau begitu, baiklah; Walda, kita semua akan berangkat sebaik subuh berlalu pergi dan matahari terbit menjadi ganti..." Walda merafakkan sembah hormat lalu meminta izin membawa diri.

Bersambunng...