Perkenalan Shadrina dengan majikannya, Shafiz telah memutikan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Hari demi hari, hubungannya dengan Shafiz semakin erat dan telah mengundang sekeping hati milik seseorang kehancuran! Tanpa sedar, Zenia, juru akaun merangkap kawan baik Shafiz di pejabat itu telah berdendam pada Shadrina. Sejak wanita itu bekerja di Shaf Engineering Sdn Bhd, perhatian Shafiz terus terarah pada wanita itu sahaja. Dia yang selama ini sudah memendam perasaan pada Shafiz terasa telah diabaikan. Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana. Segala rancangan Puan Hanifah untuk memisahkan Shafiz dan Shadrina tidak berjaya. Sudahnya, dia terpaksa mengunakan cara kotor untuk menyatukan anaknya, Zenia dengan Shafiz. Bagai cacing kepanasan Puan Hanifah bila mendapat tahu yang Shadrina sudah mengandung. Pelabagai cara dia gunakan untuk mengugurkan kandungan Shadrina. Walau pun sudah bekerjasama dengan besannya sendiri, Puan Zainab, namun rancangannya tetap tidak berjaya. Seolah, ada takdir indah yang selalu menyebelahi Shadrina dan Shafiz. Adakah hubungan tanpa restu Shadrina dan Shafiz akan terus berpanjangan sehingga ke syurga? Atau hubungan mereka sekadar terputus di tengah jalan? Mampukah Zenia memiliki cinta Shafiz sepenuhnya?
"KALAU abang boleh terima kehilangan Rin selama lima tahun, tak mustahil abang boleh terima kehilangan Rin untuk selama-lamanya, kan? Dah lah abang, tak elok bicarakan hal dunia dekat kawasan perkuburan ni. Rin harap, abang boleh lepaskan Rin," ujar Shadrina, nampak lebih bersemangat dari sebelum ini. Mungkin dia sudah sedar, dia juga punya harga diri yang perlu dihargai.
Shafiz terkejut.
Dengan perlahan Shadrina menarik kedua kakinya dari terus dipeluk Shadfiz. Bukan dia membenci, cuma dia perlukan masa untuk menerima kemaafan suaminya itu. Dia mula menyusun langkah meninggalkan Shafiz.
"Awak tak sayang Iman lagi ke? Dia perlukan awak sebagai mama dia. Saya janji tak akan pisahkan awak dengan dia lagi sampai bila-bila," ujar Shafiz, memberi jaminan pasti sebelum Shadrina melangkah jauh.
Terhenti langkah Shadrina saat nama Iman disebut. Buat seketika dia berbelah bahagi. Perlukah dia terus mementingkan diri sendiri dari menegakan sisa cintanya pada lelaki itu yang masih ada?