KAU BIDADARI SYURGAKU
Perkenalan Shadrina dengan majikannya, Shafiz telah memutikan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Hari demi hari, hubungannya dengan Shafiz semakin erat dan telah mengundang sekeping hati milik seseorang kehancuran!
Tanpa sedar, Zenia, juru akaun merangkap kawan baik Shafiz di pejabat itu telah berdendam pada Shadrina. Sejak wanita itu bekerja di Shaf Engineering Sdn Bhd, perhatian Shafiz terus terarah pada wanita itu sahaja. Dia yang selama ini sudah memendam perasaan pada Shafiz terasa telah diabaikan.
Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana. Segala rancangan Puan Hanifah untuk memisahkan Shafiz dan Shadrina tidak berjaya. Sudahnya, dia terpaksa mengunakan cara kotor untuk menyatukan anaknya, Zenia dengan Shafiz.
Bagai cacing kepanasan Puan Hanifah bila mendapat tahu yang Shadrina sudah mengandung. Pelabagai cara dia gunakan untuk mengugurkan kandungan Shadrina. Walau pun sudah bekerjasama dengan besannya sendiri, Puan Zainab, namun rancangannya tetap tidak berjaya. Seolah, ada takdir indah yang selalu menyebelahi Shadrina dan Shafiz.
Adakah hubungan tanpa restu Shadrina dan Shafiz akan terus berpanjangan sehingga ke syurga? Atau hubungan mereka sekadar terputus di tengah jalan? Mampukah Zenia memiliki cinta Shafiz sepenuhnya?
Cik_Bintang · Urban