webnovel

Chapter 7

Suasana yang aman tiba-tiba menjadi huru hara, setelah diri Min yang mengunakan baju namja tak sengaja terlihatkan dalam biliknya,

"Aaaaa, penceroboh!!!!" Jerit Hyekyo yang datang ke bilik Min pada pagi tersebut untuk menghantar sarapan, namun Min lupa untuk mengunci pintunya semasa bersiap mengunakan pakaian namjanya,

"Yah! paboya, ni aku lah Haemin!" Min cuba untuk menenangkan Hyekyo,

Namun Hyekyo menjerit sepanjang hallway Daisy palace membuat Min terpaksa melompat dari tingkap dan melarikan diri,

Ketika itu, Pengawal istana sudah mengejarnya mana lagi dia terserempak dengan Ketua dayang Kim dan para dayang yang berteriakan histeria setelah melihat wajah Min ketika itu, ya typical wajah yang susah nak dilupakan, kacak bergaya bibirnya manis bagaikan cherry,

Aura yang terlihatkan sangat berbeza, sepertinya Min menciptakan watak penyamaran yang baik,

"Adios, Senorita" ujar Min perlahan sampil membuka hatnya dan menunduk sebelum melayang melompat tembok pagar dengan bergayanya, melihat diri Min yang melambai dan memberi flying kiss membuat para Dayang makin histeria, sehinggakan Ketua Dayang pun pengsan,

Ketika dia melompat dari tembok tersebut, kebetulan ada seseorang Cendiakawan dengan kipas di tangannya berjalan anggun di kawasan tersebut tanpa perasan bahawa Min akan melanggarnya,

Namja tersebut kelihatan terkejut dan hampir terjatuh ke dalam tasik, atas tindakan refeleks Min, entah bagaimana dia mampu menahan namja tadi dalam dakapannya, dan mendarat di atas perahu berdekatan di pinggir tasik,

Namja tersebut kelihatan tak berkedip memandang wajah ketampanan milik diri Min yang menyamar jadi namja, berkat bakatnya dalam seni lukis mampu melakukan make up yang agak halus dan susah untuk mengesan dimana letaknya cacat celanya,

'Wahh, hebatnya namja ni, macam mana dia boleh kelihatan sangat kacak ketika tarik tangan aku, ahhh tak boleh jadi ni Hwanwoong, kau tu namja, mana boleh suka namja, tapi namja di hadapan aku ni lagi kacak dari Youngjo hyung, '

"Neo Gwenchana?" Min turut berlatih untuk mengubah suaranya, agar tidak kedengaran seperti perempuan,

"aku.., okay, tapi sepertinya ini kali pertama kita jumpa kan?" Hwanwoong seperti orang mabuk cinta talkala itu, sepertinya ada bintang-bintang, bunga bunga dan rama rama di matanya ketika bertentangan mata dengan Min.

"Tidak lah," Min tersenyum dan sepertinya ada spotlight dan bunga-bunga menghiasi layarnya,

"Sepertinya, Tuan patut berhati-hati ketika lalu kawasan tembok belakang istana, takut-takut ada bidadari jatuh dari langit" ujar Min hanya sekadar gurauan namun Hwanwoong tergelak kecil mendengarnya

"Baik lah Tuan, Ahh maaf tapi boleh saya tahu nama Tuan?" Hwanwoong tersipu-sipu malu,

"Mujin" Min hanya menunduk sebelum melompat kembali ke pinggir tasik dan naik ke darat.

"Til we meet again soon" Min melambaikan tangannya tanpa menoleh ke arah Hwanwoong yang masih terduduk di atas perahu,

"Jakamanyeo, Mujin ahh, Tuan Mujin! , aaaa Mujin ahhh!!" Hwanwoong ditinggalkan di atas perahu yang sepertinya sudah di bawa angin hanyut ke tangah tasik,

"Ahh aku tak sempat bagi tahu pun nama aku, dia nampak tinggi dan bergaya tadi, ahh, seronoknya kalau dapat jumpa dia lagi, kejap? dia dari istana kan? Mujin? kejap baju dia pun macam kerajaan jiran, tak kan lah! Puteri Haemin punya tunang!" Hwanwoong shocked dengan wajahnya yang ternganga , mata terbeliak, sampai tak sedar dia sudah berada di tengah-tengah tasik.

"Tak! ni tak boleh jadi kan! Youngjo hyung tak boleh tahu tentang ni"

"Tentang apa?"

"Ahh! haish hyung ni, boleh tak muncul macam biasa?!" Hwanwoong hampir terjatuh dalam tasik terkejut dengan kemunculan Youngjo dengan tiba-tiba,

"bukan ke aku selalu muncul macam ni, kau nak aku muncul macam mana? dari air?" Youngjo memberi pandangan yang membuat Hwanwoong menunduk, dan tak mahu meneruskan membahaskan soal tersebut,

'aduhhh, hwanwoong ahh, haish macam kau tak kenal Youngjo, baik aku jaga sikit mulut aku ni'

"Kau membebel tentang apa? aku dengar kau cakap pasal Haemin?"

'alamak, habis lah aku'

"Kau mengintip dia eh? yah! kan aku dah cakap tak yah intip dia, aku tak suka dia, lagipun dia bukan Puteri Haemin yang sebenar"

Sekali lagi Hwanwoong shocked, dengan kedua tangannya di pipi, sudah seperti karya The Scream milik Edvard Munch,

"Kau ni dah kenapa, malam ni jangan lupa kita ada perjumpaan, aku ada benda nak bincang"

"Jap bukan malam tadi kita dah jumpa kah!? Yah! Youngjo Hyung! Hyung!!!!!" belum habis Hwanwoong bercakap Youngjo telah pun teleport ke seberang,

"Haish Hyung ni!, hari ni patutnya cuti, huhuhu, dah lah malam tadi Keonhee, macam tak da mood, haish, agaknya apa lah yang kawan baik aku tu buat, oh ya, lama dah tak nampak Dongju kat kem latihan, Gunhak Hyung tak da pula cakap apa-apa," Hwanwoong akhirnya menghilangkan diri dengan teknik tenga chi mereka,

Min yang memerhati dari jauh mula menyorokan diri ketika melihat kelibat Youngjo di pasar ketika itu.

'Apa dia buat kat sini? '

'Dia nak cari aku ke? ahhh no no no, tapi kenapa aku menyorok!?'

'Namja tadi kenal Youngjo ke? dia pun member Night Raven ke? jap, betul juga Night Raven ada 6 member atasan, kalau tak silap aku ada dengar before Hyekyo cakap, yang Tuan Muda Yeo dirumorkan adalah salah sorang member dalam Night Raven? Eh, takkan lah Tuan Muda adalah member atasan Night Raven, ehh, susah lah kalau rahsia dia terbocor kan?'

'Tuan Muda Yeo? Yeo Clan? Mwo!? Yeo Clan yang sekarang bertahta di kerajaan seberang? Jauh nya dia sampai sini?'

'Jauh? ala seberang jambatan je kan? pabo betul lah kau ni Min, sejak bila jadi pabo? haish.'

"Ehem"

"Oh mak kau hijau!" Min terlatah setelah diserkah dari belakang ketika dia menyorok dan mengendap di belakang kedai,

"Orenmanhi, kau ingat aku tak? kita terserempak di istana, kelmarin"

"Ahh penceroboh tu? haha, terkejut aku dibuatnya" Keonhee muncul dengan tanpa lace masknya ketika itu,

"Kita belum smpat berkenal pula kelmarin, tapi macam mana kau cam wajah aku?" Min hairan bagaimana si penceroboh itu mengenalnya,

"Kau ada wajah yang tak mudah untuk dilupakan, Kacak, tinggi, bergaya macam first time aku jumpa kau?"

Min agak shocked, namja yang difikirnya penceroboh turut mengunakan english dalam percakapannya,

'Jap dia cakap english? aik? penceroboh ni siapa sebenarnya? takkan lah Keonhee? eh seolma..tapi suara cam sama? hurm??'

Min meletakkan kedua tangannya untuk membuat seperti Si penceroboh itu mengunakan mask

"Wae?"

'Mwoya!? takkan lah Penceroboh tu Keonhee? ehh, tak mungkin lah...baik aku tanya nama dia, ahh macam pelik kalau pompuan tanya nama namja,'

'eh jap aku kan sekarang jadi namja..ha..ha..ha'

"Gwenchana? kau nampak macam tak sihat?"

"Aku okay"

"Ohh! Keonhee-ahh!" Hwanwoong tiba-tiba datang melambai ke arah mereka, Min seketika seperti terlalu shocked. Matanya terbuka luas, mulutnya ternganga, silap-silap lalat hinggap pun dia tak perasan,

"Keonhee?" bisik Min perlahan

"Ahh, mian-mian, aku Lee Keonhee, ahh tu pula Yeo Hwanwoong, kawan baik aku"

"Mujin-ahh, ingatkan dah tak jumpa tadi, lupa pula nak cakap terima kasih, Gomawo" Hwanwoong menunduk perlahan dan memberi Min sebuah senyuman yang menyilaukan matanya,

Min berdiri kaku,

'Apa kena dengan aku, penceroboh yang aku jumpa kelmarin adalah Keonhee, dan yang aku selamatkan daripada terjatuh ke dalam tasik adalah kawan Keonhee, Hwanwoong, dan both dorang ni adalah Night Raven member, aku dah agak dah bila ternampak kipas dia, haish..'

'andaeee, aku ingatkan aku boleh aman, jadi namja, huhuhu, malah seperti orang gay pula aku...'

"Ahh jadi nama kau Mujin?"

Min tersedar kembali dari lamunanya dan tersenyum kelat memandang 2 namja di hadapannya,

"Ne, Mujin, Shin Mujin" Min Bow dan perlahan mengetap bibirnya, kalau boleh dia pun nak melarikan diri.

"Eh ada unicorn!!!" jerit Min dan menunjuk ke arah sebuah kedai

Sepertinya both Keonhee dan Hwanwoong menoleh ke arah yang Min tunjukkan

"Mana-mana?"

"Tak da pun, Mujin ahh tak baik menipu"

"Jap unicorn tu apa?"

Min telah melarikan diri tanpa menoleh kebelakang meninggalkan Hwanwoong dan Keonhee yang terpinga-pinga,

"Fuh, tak sangka mereka berdua tertipu, fuh" Min mula memperlahankan langkahnya, sepertinya dirinya dijadikan tumpuan pada hari tu,

"Tuan, beli lah hanbok kami"

"Tuan cuba lah makanan di kedai kami"

"Tuan dah berkahwin ke? datang lah ke rumah kami"

"Tuan mari lah singgah ke Moon Palace"

Min memberhentikan langkahnya, dan memandang ke arah gadis yang mengedarkan kertas promosi untuk rumah singah Moon Palace,

"Moon Palace?"

"Tuan, datang lah ke Moon Palace, kami buka jam 7 malam" ujar gadis tersebut,

"Baik lah cik manis, malam nanti kalau tak keberatan sya akan singgah"

"Aww, tuan muda ni, kacak lah, nak tengok ke persembahan dari si cantik manis kami semasa malam pesta nanti, lama dah dia berlatih tau" sepertinya ada seorang ajuhma sexy dengan hanbok yang seperti geisha itu datang dengan payung berbunganya, lipstick merah mengoda dengan rambut diselitkan bunga-bunga merah,

"Pesta tanglung ke?" tanya Min, dia sepertinya tertarik untuk melihat persembahan tersebut.

"Ye, 2 hari lagi kan pesta tanglung, Tuan muda, boleh lah datang singgah, dan cik manis ni boleh lah, menghidangkan minuman kepada tuan muda" lengan Min disentuh dan dipaut lembut, Min hanya mampu bersabar,

"Err, baik lah, Si cantik manis, sya minta diri dulu" Min melarikan diri dengan jantung yang berdebar, hampir-hampir rahsianya terbocor oleh puan kedai tu tadi.

'Haish, aku ingatkan dia macam rumah tumpangan or singgah tapi ternyata macam rumah minum-minum dengan kata lain macam kelab malam atau kelab yang khas untuk lelaki,'

'ugh, tengok lah ajuhshi yang tak sedar diri tu, euww, gemuk lepas tu muka pecah, perut boroi, ada hati nak peluk-peluk cik manis tu tadi, Haish,'

"Lepas kan dia!" Min patah balik setelah melihat pakcik tua tu sepertinya melampaui batas pergaulan antara pelanggan dan pekedai.

"Kau ni siapa hah! anak raja! hah! kau hanya orang asing! aku ni...aku ni 'bapa' dalam kawasan ni...suka..suka hati aku lah mahu buat apa!"

"Kau ni, pagi-pagi dah buat hal, semak ah" Min memberikan pandangan bersahaja kepada pakcik yang mabuk di hadapannya,

"Kau nak cari pasal dengan aku eh budak!" pakcik tersebut meluru untuk menolak dan menumbuk Min, Namun Min tangkas mengelak dan memaut lengan pakcik tersebut dan menjatuhkannya ke tanah.

"Ingat eh, jangan pandang orang hanya dari luaran, kau tak tahu, kau berdepan dengan siapa, adakah mangsa ataupun pemangsa" ujar Min perlahan dan membiarkan pakcik tersebut pengsan di tanah, orang kampung yang melihat sepertinya terkejut dan pada masa yang sama bersorak.

"Cik tak apa-apa" Min menoleh ke arah puan kedai tadi kelihatannya ada sedikit kotoran di bibir dan pipinya, Min mengambil sapu tangan birunya dan mengesat perlahan sisa kotoran tersebut dan memberi sapu tangannya sebagai hadiah,

"Cik jaga diri, jangan suka dedahkan badan cik kalau bukan dalam masa kerja, kita tak tahu apa yang akan berlaku" Min menunduk perlahan dan berlalu pergi meninggalkan haruman pepermint yang menyergarkan dan membuatkan sesiapa terasa tenang,

"Wah, siapa dia tu, bukan calang-calang orang, tapi sepertinya tipu helahnya tak mampu menipu ku" Youngjo memerhati dari atas bumbung berdekatan dengan tempat kejadian, dengan senyuman yang puas menyaksikan apa yang berlaku sebentar tadi,

Niatnya hendak turun untuk menolong Puan kedai tu.. namun, terlihat seorang namja yang mengunakan hanbok kerajaan jiran datang menolong puan tersebut, membuatkan Youngjo hanya duduk memerhati dari atas bumbung,

Pada masa yang sama

"Omo! Keonhee kau nampak tak tu tadi, kawan kita hebat lah" Hwanwoong mula meniru gaya Min aka Mujin yang terlihat cool ketika berdepan dengan pakcik yang mabuk tadi.

"Kawan? yah! kawan aku je okay!" Keonhee sepertinya hanya ingin Mujin menjadi kawannya, padahal dia tak mengetahui bahawa Mujin dan Min adalah orang yang sama.

"Kawan kau...kawan aku juga" Hwanwoong membuka kipas lipatnya dan berlalu pergi,

"Yah! Hwanwoong ahh, Yeo Hwanwoong!!!" Keonhee tak puas hati lalu pergi dari situ.

Min yang berada di belakang kedai mendengar perbualan mereka.

"Yeo Hwanwoong huh? agaknya dia lah kot Tuan Muda Yeo tersebut? tapi apa yang Hyekyo cakap dia tinggi, handsem kacak bergaya, cool berkarisma lah segala, tapi aku tengok Hwanwoong yang aku jumpa tadi sepertinnya agak clumsy dan kebudakkan? padahal dia tua dari aku kan? dan, Shortie.."

Min pun melalui kedai-kedai makan dan akhirnya dia terserempak dengan seseorang, dengan pakaian serba hitam dengan topi jerami, sepertinya ada parut di kening kirinya,

"Kau..kenal Moon Haemin?"

"apa kau nak dengan Haemin?" Min tak teragak-agak berdepan dengan lelaki misterius dihadapannya,

"Kau mesti tahu dia kat mana, kau tengah cari dia juga kan? elok lah kalau kita bekerjasama untuk cari dia, aku yakin dia tahu dimana kawasan persembunyian Night Raven"

Siapa dia ni? macam mana dia kenal puteri dan night raven, jangan-jangan dia ni kumpulan assasin milik Kim Clan

" apa yang kau nak dari mereka?"

"Ahh kau nak uji aku? Tuan Kim dah arahkan untuk bunuh mereka, kita sebagai assassin dari kerajaan lain, kena jalan kan tugas, kau kan Mujin dari Kerajaan Shin kan?"

Fucek

'rupanya Mujin ada in real life, andae, macam mana kalau aku tersalah lukis penyamaran aku tak sama macam real Mujin, mati aku kena penggal kepala sebab menyamar dan menipu,'

"Macam mana kau kenal aku?"

"Ahh sebab Tuan Kim ada bagi lukisan gambaran kau" Assassin di hadapannya membaling scroller lukisan bergulung dan kelihatan wajah Mujin dari Kerajaan Shin tersebut.

Oh My Godness muka sama cam muka yang aku lukis siak, tengok lah kening sebijik, bibir halus mengoda, pergh...betul-betul ni kalau jadi idol, comfirm chef kiss,

" boleh aku simpan lukisan ni?"

"Kau nak simpan? simpan lah, ahh lupa Nama Aku, Choi Soobin, jumpa kau lagi Mujin, aku tak sangka kau dedahkan diri kau macam ni tanpa lace mask, ahh mungkin sebab kau memang tak dikenali sebagai Assassin terhandal." Soobin menunduk dan menghilangkan diri didalam keramaian orang awam yang tiba-tiba banyak di kawasan kedai makanan tersebut.

"Shin Mujin betul-betul wujud?, aku terpaksa tukar penyamaran, nooo, haish..." Min berlari balik ke kawasan istana, setelah betul-betul clear, Min pun melompat masuk mengunakan tembok belakang istana dan dengan berhati-hati menukar penyamarannya dan mengunakan baju yeoja kembali, sekelip mata dia membersihkan sisa makeup dan menukar pakaiannya sekelip mata dalam kegelapan bilik persalinan berdekatan.

"Fuh, aku rasa aku patut hentikan penyamaran ni," Min melompat masuk dalam kediaman daisy melalui tingkap biliknya yang masih dalam kegelapan tanpa sedikit pun lilin dihidupkan.

"Dah agak dah"

"Arghhh.....!!!!" Min menjerit dan pengsan di hadapan almarinya kerana terekejut dengan kehadiran seseorang dalam biliknya, mana taknya, dah lah kilat menyambar, tetiba ada orang baring di katilnya, sesiapa pun akan menjerit dan pengsan.

"Lah, pengsan pula?"

Seketika kemudian...

"Kau dah sedar?"

"Hwanwoong? ottokae?"

"Masa kitaorg selamatkan kau dekat tepi tasik bunga ros tu, aku tak nampak sangat muka kau, jadi aku nak sangat jumpa kau" jari jemari Min digengam perlahan.

"Awalnya aku tak percaya apa yang orang cakap tentang kau, ye lah kasar, garang, hodoh," bagaikan ditusuk pedang di dadanya mendengar apa yang orang rasakan tentang puteri haemin.

"Bila dah jumpa kau depan-depan, kau cantik, lepas tu mengoda, mengancam...jiwa dan raga ku, ughh...andainya..."

"Dah dah dah aku tak nak dengar apa-apa" Min menutup mulut Hwanwoong yang banyak cakap pula.

"Sekarang ni, kau kenapa ikut aku?"

"Mana da ikut?"

"Yah! kau sendiri tadi cakap kau ikut aku?"

"Aniya...mana da"

Sepertinya Hwanwoong tak nak mengaku yang dirinya senyap-senyap mengikuti Min dari tadi.

"Tapi kan, Siapa Mujin?"

Ehh... jap kenapa dia tanya aku siapa Mujin, kan penyamaran aku terbongkar?

" tadi aku ikut Mujin tapi cam aku tersalah laluan dan termasuk dalam Daisy palace, then aku nampak dari tingkap bilik dari jauh sepertinya, Mujin masuk ke bilik persalinan, then agak lama juga , tengok-tengok Kau pula keluar dari situ, Mujin tu tunang kau ke? kenapa korang sorok-sorok kat situ? korang buat ape? aaaaaa, ish kau ni, tak sabar lah tu"

Min memberi Hwanwoong pandangan maut, ingin saja dia mengetuk kepala namja di hadapannya tu.

"Baik..kau...keluar sekarang dari bilik aku, "

"Yah cakap lah siapa Mujin!"

"Kau sibuk kenapa!? dah lah bersembunyi di bilik aku, yah baik kau balik, sebelum kau kena cop Penceroboh jap lagi."

Kedengaran suara tapak kaki semakin menghampiri bilik Min.

Ketukan diberikan dan Hyekyo dan team dayangnya hampir terkejut dengan apa yang mereka nampak ketika itu.

Min dan Hwanwoong saling menarik baju dan rambut masing-masing mana lagi dengan keadaan bilik yang berselerak, dengan bantal di lantai selimut tak berlipat, seperti dilanda rinbut taufan,

Disebabkan Hwanwoong tak nak keluar dari tingkap biliknya, Min terpaksa memaksanya, namun mereka bermain kejar-kejaran seketika dan membaling bantal dan selimut ke arah masing-masing, bayangkan mereka hanya berbalas pandangan sehingga lah Min melompat dan menyerang Hwanwoong dah seperti kucing dan anjing,

"ahh, maaf ganggu" Hyekyo kelihatan seperti tomato kerana melihat adegan yang sepatutnya tak terlihatakan dan yang lain mula perlahan keluar dan menutup pintu semula

"Andae!!! its not what you see! Hyekyo ahh! i can explain..jeball..." Min sudah seperti orang kehilangan darjatnya dan kepercayaannya merangkak ke arah pintu.

"ni semua salah kau!" marah Min

"Aku pula! kau yang serang aku dulu!"

"Yah! kalau kau tadi keluar ikut tingkap, kan tak da jadi salah faham macam ni!"

Min mengejar Hyekyo yang mula berlari keluar dari kawasan kediaman daisy,

"Yah! Haemin ahh tunggu!" Hwanwoong pula mengejar Min dari belakang

"Yah! kau ikut aku kah!"

"Mana ada aku ikut, aku pun nak balik lah!"

"Hey! kau jangan nak menipu ! kau ikut aku kan!" Min dan Hwanwoong saling mengejar dari belakang dan sehingga mereka terserempak dengan Bendahara Kim dan Ketua dayang Kim yang sedang minum berduaan di tengah taman istana bermain chess.

"Tuanku?"

"Tuan muda Yeo!?"

"Mwo!" Min dan Hyekyo dua-dua terkedu seketika

"My lady, sejak bila My Lady berasmara dengan Tuan besar Yeo" Hyekyo menutup kedua mulutnya,

"Mwo!" kali ni Bendahara Kim dan Ketua Dayang Kim pula yang terkedu

"Yah! mana da!?" Min menandakan pangkah kedua tangannya,

"Betul tu, dia telah, meragut teruna sya" Hwanwoong mula berlakon, Min menahan penumbuknya, hanya tunggu untuk dilepaskan dan mengetap perlahan bibirnya

"Aigoo," Ketua dayang Kim mengeluh dan terduduk memegang kepalanya, sepertinya ketua dayang akan pengsan lagi,

"Hah! berasmara! kamu berdua ni sudah berbuat perbuatan terkutuk!" ujar Bendahara Kim dengan tegas hampir diserang sakit jantung orang tua tu,

"Yeo..Hwan..Woong!" Kelihatannya Min sangat marah ketika itu dan melepaskan telucuk sanggulnya dan hampir menghunuskan di leher hwanwoong namun perbuatan Min dihentikan dengan kipas milik Hwanwoong,

"Kau betul-betul macam apa yang aku rasakan, kau tunjuk lagak baik depan semua orang, semua orang sukakan kau, sebab kau baik dan perihatin, namun aku yakin kau ada sisi lain yang sangat berbeza,"

"Kau tak macam apa yang orang katakan, gaya kau, diri kau, aura kau, betul ke kau ni puteri Haemin? atau sebenarnya kau penyamar? kenapa kau ada skill reflek yang hebat? Siapa kau sebenarnya"

Kenyataan yang Hwanwoong berikan ketika itu agak membuatkan Min sakit kepala, apa yang berlaku sebenarnya, adakah Hwanwoong tahu yang Min bukan lah puteri Haemin tapi Min Aira, atau dari awal Moon Haemin adalah orang lain bukannya puteri?

Kepala Min sakit dan terus rebah dalam pelukan Hwanwoong,

"Kau, bukan Moon Haemin kan?" itu lah apa yang Hwanwoong bisikan ke telinga Min sebelum pengsan.

Mereka yang lain sepertinya tak mampu mendengar apa yang Hwanwoong cakapkan kepada Min,

Hwanwoong mendukung Min di pelukkannya,

"Kamu semua, tak akan ingat kemunculan aku lepas ni" Seolah-olah mereka terpukau dan pengsan di situ. Mungkin itu adalah skill istimewa Hwanwoong,

"Tsk menyusahkan" Hwanwoong memandang wajah Min in the deep sleep, sesekali Hwanwoong mengusap perlahan wajah mulus tersebut.

"Aku tak faham, kenapa Youngjo nak sorokkan kau, kau terlalu banyak rahsia, Kau mesti tak ingat apa yang berlaku seketika dahulu kan, Kau dan Keonhee..Aku harap kau pilih laluan lain.." Hwanwoong pergi dari situ dan meninggalkan tingkap bilik Min yang terbuka,

Min membuka matanya perlahan, jari jemarinya digengam perlahan,

'Untuk pertama kalinya....aku menyesal...'

'Seumur hidup aku, aku tak pernah menyesal dengan keputusan aku, dalam aku jumpa orang ke, berkawan ke, and so on, only for this time, i really regret to meet him!..'

'Yeo Hwanwoong, Apa maksud kau sebenarnya!?'

"haish.." Min mengeluh dan perlahan-lahan keluar dari biliknya dan berjalan ambil angin di luar walaupun sepertinya hujan akan turun tidak lama lagi,

'Agaknya apa lah salah aku sehingga kan aku terpaksa menjalani kehidupan macam ni, kenapa mesti puteri? tak boleh ke aku hanya jadi rakyat biasa jual makanan ke? kenapa mesti aku jadi puteri? mungkin ayat dia patutnya .. kenapa aku mesti dilahirkan ke dunia ini?'

'Kadang, aku benci tau berdepan dengan namja,'

'macam apa yang berlaku hari ni, aku sangat benci bila kaum lelaki merendahkan martabat seorang wanita, memang lah cik puan tu tadi kerja di kelab, tak semestinya kerja dia melayan lelaki kan? dia boleh sekadar hanya menguruskan performance? dia boleh jadi yang urus bar minuman?'

'Kenapa lelaki suka nak sentuh-sentuh macam tu, aku tak suka tengok mereka suka-suka rendahkan perempuan macam tu, kalau dia gentleman macam...hah macam Keonhee, tinggi, berbudi bahasa, bergaya..handsem, baru kaum pompuan macam tertarik sikit,'

'Lelaki bukan ke... dicipta untuk melindungi kaum wanita? bukan.. untuk menyakiti wanita atau sesuka hati buat mereka sakit atau nangis, ingat kaum wanita ni apa? permainan? haiwan? fikir lah sikit perasaan ibu kau yang mengandungkan kau selama 9 bulan, dia pun wanita,'

" kenapa pula aku bahas tentang ni? tak da kaitan dengan hidup aku pun...haish, kenapa aku terfikirkan Keonhee pula!?"

"Tapi.."

"kenapa...aku rasa sakit hati sangat dengan apa yang Hwanwoong cakap kat aku, dia sangat berbeza bila aku jadi Mujin, dia...dia tak suka perempuan kah!?" Seolah-olah Min merasakan masa telah terhenti seketika ketika dia tersedar sesuatu,

"Omo, kenapa aku baru perasan!? dia ikut Mujin sampai ke istana? then dia tanya mana Mujin!? omoya...heh..seolma, zaman joseon mana ada orang gay kan? ehh...aku tengok member Night Raven lain okay je straight?"

Min masih berfikir ditengah-tengah jalan sunyi tiada sesiapa,dibawah bulan yang ditutupi dengan awan nano yang mula menuruni hujan ke bumi..

"Arghhh asal aku terfikir macam tu!!!" Min melutut ke tanah seperti orang pasrah pun ada,

"Huhuhu, andaeyooo...." Min mula menangisi kenyataannya, dan membenci fikirannya yang mula memikirkan pekara yang tak sepatutnya,

"Aku mesti mabuk ketum lah agaknya, tapi mana ada ketum zaman lama ni, ya ampun, aku yakin ni hanya firasat aku je, tak mungkin kan dia gay..."

"animyeon, tapi...dia pakai baju peach pink gitew, oh my god, ughh, Lelaki guna Pink!? kalau purple aku still leh terima kalau peach cam orange aku still leh terima but soft pink hell noooo"

Min lagi sekali terlutut ke tanah dengan menyentuh dadanya yang sakit, dan mula menangisi nasibnya di tengah hujan yang semakin lebat itu,

"It's so hurt, oh my god.."

"This is not true!!!!!" Min menjerit kerana dirinya tak percaya mengenai kenyataan yang diulasnya sendiri,

Di suatu tempat nun jauh di sana....

Malam itu, seperti biasa Night Raven pergi melakukan rondaan, mereka lakukan latihan escape dan latihan pedang,

"Keonhee-ahh, kau pergi mana seharian ni, tahu tak Hyung tak tahu nak jawab apa dengan Youngjo tu tadi," Keonhee dan Seoho dalam perjalanan ke tempat latihan,

"Tak kemana-mana pun..."

"Ye lah tu, tapi kan... " Seoho masih mencurigai adiknya itu,

'Praakk' bunyi Kipas lipat milik seorang namja yang kebetulan duduk di atas pokok berdekatan dengan laluan masuk ke kem latihan mereka.

"Oneul dari johguna" bisiknya perlahan memandang ke arah bulan yang nampak sangat cantik ketika itu,

"Hwanwoong-ahh kau buat apa atas tu?"

"Hyung ni, tengok bulan lah, kan bulan sentiasa cantik" Hwanwoong menutup kipas lipatnya dan melompat turun dari pokok,

"Keonhee, sahabat baik ku lambatnya kau pergi latihan padahal tadi kita kan berjumpa? kenapa kau tak nak pergi bersama?"

"Kau pun dah busy-body mcm abang aku?" Keonhee menepis perlahan tangan Hwanwoong yang memaut lengannya.

"Lah, kau dah kenapa?" Hwanwoong berasa sedikit sedih dengan respon Keonhee terhadapnya,

"Jap, Aira tu siapa eh? dari kelmarin nak tanya kau"

"Hyung, dah dah lah tu, jangan sibuk boleh tak," Keonhee secara tiba-tiba tidak ada mood untuk membahaskan apa yang berlaku sebenarnya,

Dalam perjalanan balik tadi, Keonhee pergi ke istana dan di situ, dia melihat Min dengan Hwanwoong, mereka nampak seperti rapat dan sepertinya Min nampak selesa berkawan dengan Hwanwoong,

"Kenapa dengan Keonhee tu," Hwanwoong kelihatan agak tak selesa dengan Keonhee yang seperti menjauhkan dirinya dari semua orang,

"Yo What's up guys" Youngjo muncul bersama Leedo di belakangnya,

"Kau belajar dari mana style macam tu?"

"ahh aku terbaca di kamus yang Haemin tulis tu, ada banyak bahasa-bahasa yang unik, maybe itu lah kot yang guru kata, tentang peradapan zaman" Keonhee yang mendengar tergelak kecik,

"Itu gunanya pergi belajar, ma friend" Keonhee memberi pandangan yang agak dingin ketika itu.

"Keonhee ahh kau dah kenapa?" Hwanwoong yang berlatih bersama Keonhee ketika itu, hampir sahaja tertusuk pedang,

"Keonhee! kalau kau tak boleh nak fokus ! lebih baik jangan datang latihan!" dari jauh kedengaran suara Youngjo yang memberhentikan sesi latihan malam tu,

Kelihatan Youngjo memeriksa keadaan Hwanwoong, kot-kot Hwanwoong cedera ke tak, Youngjo sememangnya caring dengan semua member Night raven, terutamanya Hwanwoong,

"Aku pun dah tak ingin lah nak tengok muka korang" Keonhee membuang pedangnya ke tanah.

"Keonhee ahh tunggu!" Hwanwoong ingin menghentikan Keonhee namun Keonhee telah pun menaiki kudanya dan berlalu pergi.

"Hyung! kenapa marah keonhee macam tu!" Hwanwoong menolak Youngjo ketepi dan mengejar Keonhee dari belakang,

'Keonhee kau dah kenapa? aku ada buat salah ke? aku buat apa!?' Hwanwoong mula menaiki kudanya dan mengejar Keonhee dari belakang.

Dalam hujan-hujan lebat tu , dengan basah kuyup Hwanwoong mencari Keonhee di kawasan yang selalunya Keonhee pergi, di tasik, di kawasan larangan bunga ros malam, di kedai-kedai, namun dia tak menjumpai Keonhee di mana-mana

Ketika itu...

"Keonhee?" Min yang terduduk di tengah hujan melihat keonhee dengan tangannya yang berdarah datang ke arahnya dengan langkah yang lemah,

"Aira-ahh...waeyo..." Keonhee rebah dalam pangkuan Min, Min yang panik tak tahu nak buat apa mula melihat di jarinya darah yang mengalir dengan air hujan yang menitis ketika itu,

Sepertinya Keonhee cedera, namun Min hanya mampu membalut luka tersebut dengan sapu tangannya, untuk menghentikan pendarahan sementara bantuan tiba,

"Keonhee-ahh...ireonaa...keonhee-ahh..kau dengar aku tak!?" Min menepuk perlahan wajah Keonhee..ketika itu Min merasakan satu perasaan yang agak lama tak dirasakan,

Takut kehilangan...itu apa yang Min rasakan ketika itu, dia tak mampu nak menyorokkan air matanya yang mengalir deras walaupun ketika itu, hujan mula turun semakin lebat,

Nasibnya baik Chef choi melalui kawasan tersebut dan menolongnya untuk memapah Keonhee ke biliknya,

"Tuanku betul ke nak ubat sendiri tuan muda ni?"

"Ye, jangan risau dia pasti okay," Min memberi senyuman kepada Chef choi,

"Ahh kalau macam tu, sya pergi dulu, kalau perlukan apa-apa tuanku panggil je sya" Chef Choi menutup pintu bilik Min dengan rapat.

Min mengeluh perlahan dan memandang Keonhee di katilnya, wajah pucat dan lesu,

"Aku tak tahu apa masalah korang, tapi aku dapat agak yang korang dua bertengkar kan?" Min seolah-olah ada instict yang kuat menyangkakan Hwanwoong telah tiba di hadapan pintunya.

"Masuk lah, aku hidangkan minuman, kau mesti kesejukan mandi hujan aku sediakan pakaian untuk kau tukar,"

Hwanwoong masuk dengan pakaiannya yang basah kuyup,

"Jap, kau tukarkan baju dia!?" itu lah soalan pertama yang hwanwoong berikan setelah menukar pakaiannya,

"Kenapa? ada masalah ke dengan tu, dalam istilah kesihatan tiada istilah untuk memilih jantina, namja ke yeoja, asalkan dinamakan pesakit, bagi doktor semua tu sama je" ujar Min dengan nada sepertinya benda tu pekara biasa..

"Andae! kau!"

"Hey, fikir lah, takkan lah aku nak buka baju dia, of course lah Chef choi dan orang kanan dia yang tukar kan baju dia, haish kau ni, ada otak tapi letak kat bontot" Min menjetik dahi Hwanwoong.

"Ahh, aku ingatkan kau.."

"Tsk, kau ni, suka fikir negatif, mungkin sebab tu lah tak ada orang nak kat kau" ujar Min perlahan dan Hwanwoong menjelingnya,

"Kau gaduh dengan Keonhee? bukan korang kawan baik ke?"

"Macam mana kau tahu!?" Min teringat yang dia jumpa dengan mereka dua tadi as Mujin bukannya Min.

"Aaa...aku...aa...ha..ha..wei hujan dah berhenti lah..." sengaja Min menukar topik,

"Kau jangan nak mengelak eh" suddenly Min yang ingin pergi ke tingkap tak sengaja terpijak kainnya dan nak tersungkur namun, Hwanwoong menarik lengannya dan menarik Min ke arahnya,

Position mereka kelihatan agak janggal disebabkan Min duduk di paha Hwanwoong dalam dakapan Hwanwoong ketika itu, wajah Hwanwoong kelihatan memerah dan segera menolak Min ketepi, Min mengadu kesakitan di sebabkan dahinya terhantuk di kaki meja,

"Ahh esok..aku akan datang jemput Keonhee, tolong rawat dia dengan baik!" Hwanwoong terus keluar dari bilik Min dengan menutup kedua wajahnya. Belari dengan menjerit seperti

"aaaaa" (bayangkan dengan suara seperti pondan/Namyeo menjerit)

"Yah! kau lupa kuda kau!" Min kebingungan memandang Hwanwoong yang berlari sambil menutup kedua wajahnya dan sesekali memandang belakang lalu memberinya sebuah pandangan yang Min sendiri tak faham

"Eh, dia tu dah kenapa? ada-ada je perangai dorang ni, haish, ni kalau aku jumpa perangai sebijik ni di dunia modern memang aku tinggal mentah-mentah tepi jalan.." Min masuk ke dalam biliknya semula

Sebelum meniup lilin, Min memeriksa kondisi Keonhee dan mengengam tangannya perlahan, Min rasakan ada yang berlaku, Keonhee mungkin jadi sasaran Assassin, melihat luka-luka di badan dia kelihatannya dia larikan diri dari para assassin, luka di bahunya kelihatan agak parah juga ketika Min memeriksa kondisinya semasa bersama Chef Choi tadi,

Apa yang berlaku sebenarnya? semasa Keonhee larikan diri dari kem latihan, Keonhee berdepan dengan sesuatu yang bahaya..

Min mensyaki bahawa ada sesuatu yang terjadi, kerana luka di tapak tangan Keonhee kelihatan sepertinya dia sedang bergelut dengan sesuatu, mungkin seseorang menyerangnya dan Keonhee mengunakan tangannya sahaja untuk menyelamatkan dirinya,

"Keonhee ahh, apa yang terjadi sebenarnya?"

Tanpa Min sedari, dia tertidur duduk di kerusi berdekatan dengan birai katil dengan mengengam jari jemari Keonhee, sepertinya Min turut keletihan,

"Gomawo," Keonhee tersedar dan mengambil selendang yang dipinjamkan kepadanya, lalu menyelimuti tubuh Min yang duduk di kerusi,

"Aku tahu, kau Shin Mujin..tapi aku rahsiakan.." rambut Min diusap perlahan, disebabkan Min mengenggam tangannya, Keonhee hanya mampu mengeluh dah kembali baring dan tertidur,

Nampaknya, Keonhee menyembunyi sesuatu, apa lagi rahsia yang belum terungkaikan? mungkinkah Keonhee dan Min ada kenangan yang hilang?

To be Continued

to much comedy? well so random!

knj_99creators' thoughts
Next chapter