Burung mula berkicauan di pagi hari, Haruman semerbak bunga melati mula memenuhi ruangan , dengan kipas ditangannya duduk manis di pinggir jendela, memandang ke arah taman bunga yang mekar dengan cantik di kawasan itu,
"Cik adik, cik abang belum habis lagi...."
'Bukk'
Namja tersebut terbatuk darah ketika ditumbuk, dan ditekan ke lantai belakangnya dengan payung merah bercorak bunga ros malam yang terukir indah,
"ahh mianhaeyeo.." senyuman menyampah diberikan kepada namja di hadapannya, matanya memandang dengan jijik spesis manusia yang tak menghargai orang lain,
"Haish, aku namja pun orang ingat aku ni yeoja, haish susah betul ada wajah yang putih mulus dan cantik ni"
"Cik muda Xion, maaf kami lambat," Xion mengflip rambutnya kebelakang dan keluar dengan payung merahnya meninggalkan haruman jasmine yang manis di dalam ruangan tersebut,
"Lain kali sya tak nak benda yang sama berlaku kat Moon Palace, kamu pun tahu apa jadi kalau ada pelanggan yang melanggar privasi pekerja kita" ujarnya perlahan dan lirikkan matanya bukan sahaja mampu membuat sang gadis tergoda, namun boleh mengoda sang jejaka juga,
"Baiklah cik"
'Cik? ahh aku lupa, aku adalah seorang performer dengan nama Xion, Moon Palace adalah milik keluarga Son, dan bandingkan aku dengn kembar aku, wajah aku nampak lebih keperempuanan, mungkin sebab itu, abeoji memberiku Moon Palace, aku menyamar jadi yeoja, bukan sebab aku suka pakai baju perempuan, sebab aku nak lari dari kehidupan aku yang menyedihkan,'
Xion mengeluh dan menukar pakaiannya kembali kepada hanbok yeoja, sebentar tadi biliknya dicerobohi lelaki tua mabuk yang bermalam di Moon palace, namun identiti Xion sebagai namja masih dirahsiakan dari semua pekerja Moon Palace, bagi pekerja Moon Palace, Xion adalah Cik Puan Muda yang perlu dihormati dan juga pemilik tempat itu,
"Kau masih buat kerja ni?"
"Kau tak perlu sibuk lah hyung" Leedo duduk di jendela memandang Xion yang sudah mula makeup seperti Yeoja, sekilas pandang wajahnya mengingatkan Leedo kepada Haemin,
'kenapa aku teringat kan Haemin? ani...aku lupa dia bukan Puteri Haemin, nama dia Min Aira, aku patut siasat lebih dalam tentang dia, aku yakin dia masih mampu ingat segala memori yang Puteri Haemin, memandangkan dia sekarang berada dalam tubuh Haemin, '
"Kau tahu, aku tak pernah tengok kau macam ni, kau selalu dengan keadaan manly kau semasa perlawanan pedang, kalau kau tak sibuk pergi lah ke kem latihan, aku selalu tunggu kau, dah-dah lah tu merajuk dengan Youngjo-hyung, kau pun tahu dia tegas sebab nak kau faham, tugas kita sebagai Night Raven"
Leedo meninggalkan jade pendant yang menandakan bahawa mereka adalah night raven, pahlawan pedang yang digeruni,
'mianhae,hyung...aku tak akan kembali dengan Night raven lepas apa yang dah berlaku'
Xion mengeluh dan mula mengingati apa yang dah berlaku kepada keluarganya ketika itu,
"Kalau lah...kalau lah aku tak pergi latihan malam tu, mesti semua ni tak akan terjadi,"
"Sejak tu aku sentiasa dengan identity aku sebagai namja dalam penyamaran, dan kekal dengan nama Xion, bukan Dongju...nama itu akan hanya mengingatkan aku dengan keluarga aku" Xion memandang jade pendant tersebut dan menyimpannya di dalam laci meja soleknya,
"Cik, Cik kena pergi ke istana sekarang," ujar pembantunya
"Baik lah, sediakan pendati kita akan ke istana sekarang," arah Xion, keluarga Xion merupakan ahli bangsawan ternama dan juga merupakan kawan rapat kepada Keluarga Moon,
Namun, ada tragedi yang membuatkan Xion tidak lagi pergi berjumpa dengan Night raven, Keluarganya diberkas dan di jatuhkan hukuman berat kerana bersekongkol dengan late emperor Yeo dan late emperor Moon untuk jatuhkan Kim Clan,
Walaupun hanya rumor, ada beberapa bukti untuk menjatuhkan Bendahara Kim dijadikan alasan untuk Kim Clan menangkap keluarga Son ketika itu.
Xion yang tidak tahu apa yang berlaku, sesampai sahaja di hadapan rumahnya, dia melihat rumahnya terbakar, Xion tahu itu angkara Kim Clan, dan sejak itu Xion dan Youngjo tak bersapa setelah Xion mengetahui siapa Youngjo yang sebenarnya,
"Aku tahu lah kau crown prince!"
"Kau..."melihat riak wajah Youngjo ketika itu, Xion tahu memang Youngjo adalah Crown Prince Kim yang misteri itu,
"Dongju-ahh" leedo yang cuba menahan Xion ketika itu,
"Kau, kau dari Kim Clan, kau anak late emperor Kim, kau Crown Prince yang dicari tu kan? Kim Youngjo"
Xion mengingati hari kejadian dimana dia mencampakkan segala peralatan istimewa Night Raven ke tanah dan berkhasrat tak akan pernah kembali,
sejak itu lah dia tidak pergi berlatih dengan night raven, dan Xion rasa, dirinya patut melupakan bahwa dia pernah menjadi pahlawan pedang setanding dengan member Night Raven yang lain.
Ketika itu hanya dirinya ,Youngjo dan Leedo sahaja yang tahu apa yang berlaku,
"Cik, cik tak sihat ke?" tanya Cik puan manis tersebut ketika melihat wajah Xion kelihatan pucat.
"Ahh, saya dengar kelmarin, kamu kena serang lagi dengan pakcik tua tu?" Xion sengaja menukar topik perbualan ketika itu,
"Ahh ne, tapi saya okay, cik Xion jangan lah risau" Cik Puan itu hanya tersipu malu, Xion sangat disukai ramai tidak kisah lah perempuan ke lelaki ke, dia sangat disukai oleh semua orang, namun luarannya nampak manis, tapi dalamannya boleh mematikan.
"Ingat tau, tiada siapa tahu bahawa saya adalah pemilik Moon Palace yang sebenar," semua kaki tangan menunduk perlahan.
"Kita akan cuti hari ni, sebab saya nak pergi ke suatu tempat, Sunhye-ahh, kamu incharge tempat ni" Sunhye atau dengan kata lainnya Cik Puan manis yang diselamat oleh Min kelmarin menunduk hormat perlahan,
Xion keluar dari Moon palace dengan payung merah bercorak bunga ros malam tersebut kelihatan sangat cantik dipandang, bukan orangnya, payung nya,
Berbalik ke keadaan di dalam istana ketika itu...
"Betul ke kau ni tak apa-apa?" Min membersihkan kesan luka yang turut berada di belakang Keonhee, selain tangannya yang cedera, belakangnya juga cedera,
"Kau tak perlu lah buat semua ni" Keonhee memberhentikan tangan Min yang masih menyapu ubat ketika itu,
"Hey, kau ni dah sakit tu buat cara sakit lah" Min tak sengaja menekan kesan luka yang baru itu membuatkan Keonhee mengadu kesakitan,
"ahhh Yah! sakit lah" Keonhee menjeling Min seketika, Min hanya membuat muka 'i dont care' kepada Keonhee yang menahan kesakitan itu.
"Tahu tak pe,"
"Hyekyo ahh, batalkan perjumpaan hari ni boleh tak?" Min baru teringat yang petang itu dia ada perjumpaan dengan para bendahara, cendekiawan, ahli bangsawan dan utusan diraja serta yang terlibat secara tak langsung dalam majlis musim luruh tersebut,
"Maaf Your Highness, tuanku kena hadir juga,"
"Waeeee!!!" Min memberikan pandangan yang tak puas hati kepada Hyekyo,
"Tuanku kena uruskan majlis musim luruh seperti yang Bendahara Kim cadangkan," Min mengeluh dan akhirnya bersetuju untuk menghadiri perbincangan petang itu,
"Haish, Arraseo,"
Min hanya memandang kesan parut luka lama di belakang Keonhee, disentuh perlahan dengan lembut,
"Kau pernah selamatkan seseorang ke?" setelah Hyekyo keluar dengan peralatan perubatan, tinggalah Min berdua dengan Keonhee,
Sekitar tadi Min merasakan seakan dejavu seketika saat dia menyentuh perlahan parut lama di belakang Keonhee. Seolah-olah ada sesuatu yang berlaku kepada Keonhee suatu ketika dahulu,
"Kau tak perlu tahu, benda dah lama berlaku, aku pun dah lama move on dari kisah tu, aku dah lupa," Keonhee memperbetulkan baju hanboknya, Min menolongnya mengikat tali reben tersebut dengan rapi. Keonhee melarikan matanya memandang ke arah lain setelah bertentang mata dengan Min, merasakan bahang pipinya yang memerah lalu membelakangi Min,
"Kau gaduh dengan Hwanwoong ke?" tanya Min perlahan. Keonhee membalikkan badannya memandang Min di hadapannya, entah mengapa dia tidak suka Min berkawan rapat dengan Hwanwoong,
"Aku tak suka kau rapat dengan Hwanwoong, tu je aku nak cakap," Keonhee menunduk hormat dan meninggalkan Min yang terpinga-pinga dengan tingkah lakunya, kuda Hwanwoong yang tertinggal malam tadi ditunggangnya dan meninggalkan perkarangan Daisy palace
"Huh? " Min masih kebingungan, melihat sahaja wajahnya, sepertinya Min sudah tergelam di Laut China Selatan, hilang dari reality, sepertinya dia mula menjadi terlalu bengap,
Keonhee melepasi pagar istana dengan mudah kerana ada token istimewa yang membolehkan dia keluar masuk istana sesuka hatinya, tanpa token istimewa diraja, mungkin dia terpaksa melompat pagar tembok istana dengan kuda tersebut,
Namun mereka tidak tahu bahawa Bendahara Kim memerhatikan gerak geri Min.
Pagi itu para bendahara berkumpul untuk membuat perancangan untuk mengulingkan puteri mereka yang semakin menjadi-jadi perangainya dan mula menunjukkan bahawa dirinya bukan seperti yang diperkatakan,
"Puteri Haemin dah melampau, pada hari yang sama dia dengan Tuan Muda Yeo, sekarang dia dengan Tuan Muda Lee," ujar salah seorang bendahara tersebut.
"Tapi kita sudah ada calon untuk dijadikan puppet baru, tak bergitu Tuan Kim"
Bendahara Kim tergelak mendengarnya, dia memang sudah merancang dari awal, bahawa dia akan ikut permainan Min dari awal dan membenarkan dia untuk mencari calon sendiri, namun dia tak sangka bahawa Min sudah berjumpa dengan salah seorang calon yang Kim Clan berkenan untuk dijadikan raja baru dengan sekali gus dapat mengulingkan tahta milik Puteri Haemin.
Disebabkan undang-undang yang Moon Kingdom peruntukkan, Kim Clan tak mampu nak melantik raja baru dalam masa terdekat, melainkan mereka membunuh sahaja Min, Namun Kim Clan ingin melakukan upacara memindahkan tahta dengan cara puteri itu berkahwin dan suaminya itu lah yang secara automatik akan jadi pemerintah yang baru,
"Lepas tu, kita perangkap lah puteri haemin dan biarkan raja baru kita katakan kalimat itu" para bendahara ketawa terbahak-bahak membahaskan rancangan mereka, namun mereka tidak tahu bahwa seseorang mendengar mereka dari bilik sebelah,
'Tsk, nak jatuhkan Haemin rupanya, baik lah aku setuju dengan rancangan dia untuk bawa Night Raven ke istana, lagi pun tiada siapa tahu identiti kitaorang yang sebenar'
Cangkir berisi air teh yang masih hangat dibiarkan di atas meja bilik tersebut dengan buku dan scroll kertas yang masih tersisa ink di dalam bekas berus menulis,
"Hmm ada seseorang di sini tadi" Bendahara Kim melihat sekeliling bilik tersebut yang masih rapi tanpa ada kesan bahawa bilik tersebut dicerobohi oleh seseorang, Wajahnya kelihatan terkejut,
Bendahara Kim pun berlari keluar dan terus ke Daisy palace untuk memeriksa puteri tersebut, Bendahara Kim tahu bahawa puteri tersebut turut ada kemahiran layaknya seperti seorang assassin upahan, mana mungkin dia bisa terselamat semasa malam kematian kedua ibu bapanya,
'Cis, aku patutnya tak boleh pandang rendah budak tu, jangan sampai dia berjumpa dengan ahli-ahli Night Raven tu, kalau dia berjaya bawa masuk Night raven ke dalam istana, habis lah rancangan aku, tapi tiada siapa tahu macam mana wajah night raven yang sebenar, mereka pandai mengaburkan pandangan dengan ilusi, haish!'
"Eh? pakcik buntal! kenapa pagi-pagi datang sini, ceeeeh rindu lah tu" Min menjerit dari beranda daisy palace dan melambai tangannya ke arah Bendahara Kim yang tercungap-cungap berlari dan memandangnya dengan wajah tak puas hati.
Min tersenyum perlahan setelah Bendahara Kim menunduk hormat dan berlalu pergi, apa yang berlaku sebentar tadi.....
"Aku setuju dengan cadangan kau, Night Raven akan jadi pengawal pribadi kau, tapi, ada syaratnya, dan kontrak yang kau dan aku perlu persetujui," Youngjo datang dengan haruman bunga ros yang mula memenuhi Daisy Palace ketika itu, Ketika itu Min sedang menikmati minuman suam bersama tetamu undangannya itu,
"Arraseo, dan ingat korang memang Night Raven as assassin, tapi di dalam istana ni, aku akan simpan rahsia tentang identiti korang, faham? maybe korang akan dikenali sebagai Oneus" ujar Min perlahan entah kenapa nama tersebut terlintas difikirannya ketika itu,
"Oneus? wae?"
"Molla, only one of us?" Youngjo tergelak kecil mendengarnya,
"Aku bernasib baik sebab aku faham apa kau cakap Haemin ahh, buku kau tu, kalau kau dah siap tulis, aku nak baca boleh?" Min memandang Youngjo dengan pelik
'Kejap? macam mana dia tahu aku tulis buku? ke kamus tu yang dia cakap? ahh, kalau dia maksudkan kamus tu, patutnya dia cakap, pasal nak baca kamus tu? ni cakap pasal buku? takkan lah Puteri ni seorang penulis dulu?'
"Kau tulis buku kan, tajuk dia Rose Knight kan?" Min kelihatan terkejut,
'Rose Knight? jap.. mana eh aku nampak buku tu? aaaa,'
Min mula mengingati ketika dia mencari peralatan makeup, dia terjumpa beberapa buku yang sepertinya sudah lama tidak disentuh dan berhabuk, salah satu tajuk buku tersebut adalah Rose Knight,
"Kesatria Bunga Ros" bisik Min perlahan namun masih didengari oleh Youngjo.
"Ahh sepertinya bukan kau yang tulis? apa-apa pun aku akan hantar scroll kontrak kita nanti, aku nak kau faham apa aku nak dan apa yang kau akan dapat, dan satu lagi, aku nak kau buat-buat lemah depan semua orang, kau boleh kan pura-pura bodoh"
Min terus mencebik mendengarkannya, belum lagi Min membalas Youngjo dah menghilang dari pandangannya meninggalkan kelopak bunga rose di kawasan terbuka tersebut.
"Tsk! play pityful kononnya, nampak menyedihkan dan innocent, ugh, no way lah..tapi...kalau aku nampak macam pintar nanti Kim Clan syak aku tahu rancangan dorang, aku saja je follow permainan dorang, aku tahu lah dorang letak spy dalam istana, who care" Min menghirup perlahan tehnya dan kelihatan Bendahara Kim termengah-mengah berlari masuk ke dalam Daisy palace ketika itu.
Min menengurnya dengan riang, melihat reaksi yang diberikan, Min yakin ada sesuatu yang berlaku membuatkan Bendahara Kim berlari memeriksa Min ketika itu,
"Kim Youngjo, agaknya apa yang kau dah buat, sehinggakan si tua kerepot tu berlari ke sini, silap haribulan nazak agaknya orang tua tu" bisik Min perlahan dan memandang pemandangan yang sangat indah di kawasan Daisy Palace,
Back to present...
Min terpaksa menghadiri perjumpaan dengan beberapa orang yang akan incharge dalam majlis musim luruh tersebut yang dijalankan selepas pesta tanglung nanti,
Min mengunakan pakaian formal hanbok yang menyerlahkan kecantikan dirinya, hanbok purple lavender yang digunanya masih mengunakan konsep baju zaman goryeo kelihatan sangat elengant apabila dipadankan dengan solekan manis di wajahnya,
Jamuan kecilan turut diadakan semasa perjumpaa, saat Min tiba untuk menjemput tetamunya, dari kejauhan sudah kelihatan aura positif dan wajahnya yang berseri terkena cahaya mentari ketika itu, seolah-olah dirinya seperti bidadari yang turun dari langit,
"Terima kasih atas jemputannya Tuanku, kami sangat bebesar hati"
Min memberikan senyuman yang manis sehingakan membuat tetamunya kelihatan sangat terkejut, mungkin kerana rumor tentang dirinya yang tiada adab dan kasar telah sampai ke kerajaan masing-masing.
"Mari saya tunjukkan jalan" Min menunduk perlahan dan mempelawa mereka untuk ke kawasan terbuka untuk minum petang dan sekali gus berbincang tentang majlis tersebut.
Min dapat mendengarkan bisikan halus yang mereka bisikan mengenai dirinya ketika itu,
"Puteri Haemin kelihatan sangat cantik, tengok lah cara dia berjalan dan bercakap dengan kita pun sangat sopan"
"Betul tu, apa yang dinyatakan oleh pihak bendahara sepertinya tidak sama dengan perlilaku Puteri Haemin"
"Wah, tak sangka Puteri Haemin sangat cantik"
"Kalau lah saya ada anak, saya nak ada menantu macam Puteri Haemin"
Min mempelawa mereka duduk di meja yang disediakan, dayang-dayang turut menghidang minuman matcha dan pancake lembut kepada para tetamu, Min dengan tersenyum memandang karya halusnya di meja para tetamunya,
Tengah hari tadi....
"Tuanku!?" Chef Choi kelihatan terkejut melihat kedatangan Min ke dapur pada tengah hari itu,
"Boleh sya tengok hidangan untuk minum petang nanti?" tanya Min perlahan dan pembantu Chef pun memberikan list hidangan itu kepada Min, Min yang melihat menu itu kelihatan tak berpuas hati,
"Sediakan serbuk teh hijau, susu segar dan peralatan untuk membuat Matcha, dan also kita akan buat Pancake butter" Min menulis perlahan resepinya agar Chef Choi boleh membuatnya sekiranya di request nanti.
"Sila nikmati jamuan anda, Matcha latte with Fluffy Pancake Butter" Min menghirup minumanya dengan wajah yang bangga dengan hasil karyanya sendiri, Memandang wajah tetamunya yang sepertinya menikmati pancake tersebut, membuatkan Min tersenyum perlahan. Tiada apa yang mampu membuat seseorang tersenyum hanya kerana memandang seseorang makan dengan berselera.
Melihat wajah Ketua dayang Kim dan Bendahara Kim yang sepertinya kalah dalam permaianan ,Min tergelak kecil di sebalik kipas tangannya,
'Padan muka kan nak sangat aku uruskan semua benda, aku kasi tengok bah kemahiran aku, well tak sia-sia aku kembali ke masa silam ni,'
Seusai perbincangan mereka, Min masih tidak melihat kelibat cik puan manis dari Moon palace yang akan incharge dalam performance art music and theater di majlis musim luruh tersebut nanti,
Di pendati kuda yang dalam perjalanan ke istana, terpaksa ditahan oleh pengawal di pintu utama,
Xion pun turun dengan mask lace yang menutupi wajahnya itu, lirikan matanya mampu memukau sesiapa sahaja,
Payung dibuka perlahan, dan Harin pembantu nya menunjukkan token istimewa yang dihantar bersama dengan surat jemputan dari Min pagi tadi,
Min ketika itu pula dalam perjalanan menuju ke taman rahsia dalam istana tersebut yang terletak berdekatan dengan Jasmine palace,
"Selamat petang, Puteri Haemin," Xion dan pembantunya menyapa Min yang duduk di gazebo ataupun pondok yang berada di kawasan taman tersebut,
suasana yang redup di bawah pokok yang rimbun, Min meminta untuk bertemu di gazebo kerana ingin mencari privacy buat pemilik Moon palace tersebut.
"Maaf lah, sebab nak jumpa kamu petang ni, mesti kamu sibuk, ye lah Moon palace kan beroperasi sebelah malam?" Xion hanya menunduk perlahan,
Hyekyo menghidangkan mereka set minuman yang menyegarkan,
"Ahh awak pun duduk lah bersama, Rena dan dengan Hyekyo pun jemput minum bersama"
"Ahh, tuanku, tak perlu lah, kami tak layak" Harin menunduk dan menolak dengan lembut pelawaan Min.
"Anja!"(Sit!) merasakan aura Min yang berubah membuat Harin menunduk dan duduk di sebelah Xion, air liurnya ditelan perlahan, pandangan yang Min berikan membuatkan Harin kecut perut,
'kenapa lah aku bersetuju nak ikut Tuan muda hari ni, Puteri ni menakutkan lah..huhu'
"Cuba lah Banana Crepe dan air minuman menyegarkan ni , soda punch," Min tersenyum dan mempelawa tetamunya menikmati minuman dan makanan yang dihidangkan,
"Waaah, Min, sedapnya air ni" Rena seperti berasa diawang-awangan, air Soda Punch yang Min hasilkan tengah hari tadi menjadi favorite Rena yang baru, sebelum ni dia sangat jatuh cinta dengan Strawberry Parfait yang Min buatkan khas untuk dirinya,
"Well of course lah, tengok siapa yang buatkan, ha...ha...ha.." Min membuat gaya ketawa seperti seorang villains yang membuat Xion ketawa kecil,
"Ahh, maafkan saya, terasa biadap pula, Tuanku cakap, nak bincangkan sesuatu?" tanya Xion membuatkan Min berhenti ketawa dan memberikan Scroll kontrak untuk Xion tanda tangan,
"Tuanku, nak penari dan penyanyi di Moon palace membuat persembahan semasa majlis tersebut?"
Xion seakan terkejut, setelah lamanya, Moon palace tak dijemput ke istana setelah Bendahara Kim tahu bahawa Moon palace adalah Milik keluarga Son,
"Yup, boleh kan?" melihat senyuman Min yang manis, Xion tak sampai hati untuk menolaknya,
Setelah lama berbincang dan berborak, Min merasakan bahawa aura dan gaya Cik Puan muda yang dia jumpa semasa dia menyamar jadi Mujin kelihatan berbeza dengan apa yang dia rasa hari ni, orang yang dihadapannya kelihatan tinggi sedikit dari dirinya,
"Ahh, Maaf Harin-shii, boleh kamu tinggalkan kami sebentar?" Harin menunduk hormat dan meninggalkan Xion dengan Min di taman yang luas tersebut,
Min mengajak Xion untuk pergi ke suatu tempat, semasa dalam perjalanan berjumpanya, Min mendengar bahawa Xion teringin nak pergi ke kawasan yang ditumbuhi bunga jasmine,
melati mahupun jasmine sangat jarang kelihatan, kecuali di kawasan hutan, haruman nya yang wangi sehinggakan menghantui hidup seseorang,
"Kamu suka bunga jasmine?" tanya Min perlahan yang berjalan dihadapan Xion, kipas ditangannya di kibas perlahan, membuatkan haruman lavender mula meninggalkan harumannya di baju Xion,
"Nama aku, Xion" bisik Xion perlahan, namun masih didengari oleh Min,
"Arra," hanya itu balasan yang Min berikan,
"Wae? kau tak terkejut ke? aku tipu kau? aku cakap aku cik puan pemilik Moon Palace, Sunhye" Min hanya tergelak kecil mendengarnya, Min bukan bodoh, dia tahu dari awal tentang identiti Xion dan siapa dia sebenarnya,
Walaupun Xion memakai mask ketika itu, namun Min merasakan Xion bukan lah seorang Yeoja, namun lebih kepada Namja, even dia hanya memakai sepatu yang rendah tiada heels seperti gadis-gadis yang berada diluar sana, Min tahu bahawa Xion tinggi melebihi 170,
"Aku tahu, kau tak perlu bahas tentang siapa kau yang sebenarnya, aku hanya nak kau perform macam biasa je di majlis tu nanti, aku, nak sangat tengok performance kau" Min membalikkan tubuhnya memandang Xion dan tersenyum manis ke arahnya, Seketika Xion terkesima memandang wajah Min di bawah sinaran bulan malam itu,
Cahaya bulan mula menerangi kawasan tersebut, mula perlahan-lahan kelihatan bercahaya dengan bunga melati yang seakan-akan bersinar, angin yang bertiup perlahan seakan membuatkan kawasan tersebut meninggalkan haruman melati yang manis,
Xion seakan sekilas terpandang benda seakan bersinar dari kejauhan seperti mata anak panah yang akan dilepaskan, Xion yang alert tentang bahaya tersebut terus menolak Min ke tepi membuat Min terduduk di tanah, melihat lengan baju Xion yang terkoyak Min terus memandang ada panah yang terhunus di dalam batang pokok berdekatan,
Min mengambil sapu tangannya dan mula membalut lengan kanan Xion dengan perlahan-lahan untuk menghentikan pendarahan,
Min memandang sekelilingnya, sepertinya anak panah tersebut di lepaskan dari kejauhan, Kim Clan mula menjadikan dirinya sasaran lagi sekali,
"Kau tak perlu susah-susah,"
"Aniya, kau tetamu aku, keselamatan kau, tanggungjawab aku juga" ujar Min perlahan
Xion yang memandang Min membalut kemas luka tersebut mula rasa terharu, dia tidak pernah diperlakukan seperti itu sejak kecil mahupun sudah dewasa, seolah-olah dunianya hanya dipenuhi dengan kerjayanya sebagai artist di Moon palace, penari dan penyanyi yang dikagumi oleh semua orang,
"Gomawo, kau layan aku macam seorang keluarga" bisik Xion perlahan, walaupun itu lah kali pertama dia berjumpa dengan Min, namun seolah-olah terasa berjumpa dengan ahli keluarga yang dah lama tidak berjumpa
"Then Lets become a family? " bisik Min dan tersenyum perlahan, Min masih duduk di tanah dan baring perlahan memandang langit malam yang indah,
'semenjak aku kehilangan keluarga ku, aku hanya ada Gunhak hyung yang masih memberi aku perhatian seperti yang puteri ni lakukan kepada aku,'
"Ahh, cantiknya langit pada zaman ni, tak macam zaman modern, apa lah yang nak di lihat, hanya lampu-lampu jalan dan kereta yang berada di sempanjang highway," walaupun Xion tak memahami, dia pun turut baring dan memandang ke langit,
"Lama dah, aku tak rasa tenang macam ni," Min tersenyum mendengarkannya,
"Kalau kau nak jumpa aku lagi, aku tak kisah" Min menoleh Xion disebelahnya dengan penuh harapan bahawa Xion akan mahu berjumpa dengannya, entah mengapa Min berasa tenang bercakap dengan Xion, Min sepertinya memandang Xion umpama adiknya sendiri,
"Gomawo, sebab tunjukkan tempat ni, walaupun tadi.."
"Ahh tapi kan macam mana kau tahu ada bahaya?" belum sempat Xion menghabiskan kata-katanya Min pun menyampuk membuatkan mata mereka seketika bertentangan,
"Bimil"(Its secret) Xion tersenyum dan mencuit perlahan hidung Min,
"Wae!? yah! Xion-ahh"
Xion bangun dan berjalan menuju ke arah gerbang masuk ke kawasan tersebut tanpa berkata apa-apa.
Min mengejarnya setelah perasan ada yang memerhati mereka dari bumbung berdekatan, sejak tadi Min merasakan ada yang tak kena, awalnya dirinya fikir bahawa assassin tu menyasarkan panah itu ke dirinya, namun sebenarnya mereka menyasarkan Xion, tapi kenapa?
"Xion-ah! "
Xion menoleh ke arah Min dan melambai tangannya ke arahnya sambil tersenyum tanpa menyedari bahawa ada panah menyasar ke arahnya,
Min terkejut dengan apa yang berlaku,percikan darah di pakaiannya dan di wajahnya, air matanya mula mengalir perlahan,
Min memandang wajah Xion dihapannya yang juga terkejut dengan apa yang terjadi di hadapan matanya
Apa yang terjadi? Xion terselamat kah dari panah yang di lepaskan oleh assassin tersebut?
To Be Continued..