webnovel

Chapter 6

Seminggu telah berlalu,

Min mula asyik diganggu oleh Kim Clan yang mula mendesaknya menandatangani persetujuan atau kontrak untuk disatukan dengan putera pilihan Kim Clan, dah tentulah Min menolaknya dan memutuskan untuk memilih haluan hidupnya sendiri,

Namun hal itu agak berisiko kerana Kim Clan adalah penyumbang terbesar saham di dalam kerajaan Moon ketika itu, Kerajaan Moon masih bertahan disebabkan campur tangan Kim Clan, dari segi ketenteraan,pentadbiran semuanya Kim Clan yang mengetuai barisan hadapan.

Min sememangnya sudah menyangka dari awal, bahawa kewujudannya ketika itu sebagai Puteri Haemin adalah untuk mengubah takdir hidup puteri itu sendiri.

"Aku cakap, aku tak nak, so it's mean NO, kenapa susah sangat nak faham, nak ku madah entinga sik juak!" (Nak cakap degil tak juga)

Min mengetap bibirnya sehinga berdarah menahan geram ketika membahaskan hal itu bersama Bendahara Kim pada pagi itu,

"Bagi aku masa sebelum pesta tanglung musim luruh bermula, aku akan pastikan aku jumpa calon yang sesuai!" Min cuba untuk mengawal amarahnya memandang wajah Bendahara Kim di hadapannya ketika itu, ingin sahaja dia menumbuk wajah yang tersengih-sengih itu.

"Ingat, kalau tuanku gagal mencari calon suami tuanku, tuanku terpaksa setuju dan berkahwin dengan pilihan kami," itu lah kata-kata terakhir yang Bendahara Kim ucapkan sebelum berlalu pergi.

Min melepaskan penumbuknya dimeja minumannya.

"Tsk, tak guna punya orang tua, Yah! dia ingat aku apa? Puppet dia? Kalau aku tak jumpa calon senang je, aku cari orang yang boleh jadi puteri Haemin ni dan aku jadi putera raja entah dari mana, well, skill makeup, hahah..hahaha.. dari 21 century bah ni, kacang je!"

Min tersenyum sinis memandang minuman yang terhidangkan, namun sedikit pun tidak disentuhnya.

'Kalau ya pun mahu tunjuk lagak baik, tak yah lah kot nak letak ubat dalam minuman ni, also di gelas ni pun ada serbuk putih, kalau ni dekat dunia modern mungkin dikira dadah, tsk, sorry to say ye Kim Clan, kau bukan berdepan dengan Puteri Haemin yang innocent, kau berdepan dengan gadis 21st century yang bijak,'

'aaa bukan bijak, mungkin mala petaka? ha...ha...ha..'

'Sejak tadi aku menyamar jadi budak baik dan kawal sikit percakapan aku, aaaarghh muak aku belagak baik macam gadis innocent, agaknya sampai bila aku kat sini, dah nak sebulan dah aku jadi Puteri Haemin, kalau bertahun lah aku rasa aku dah gila dah agaknya,'

'Aku kena fikir plan yang tak merugikan aku, apa kata aku cari je orang yang nak jadi puteri haemin dan aku menyamar jadi putera, so nama aku patut ermm Chii Woo hah...acah-acah mcam dari kerajaan cina gitu tak pun Mujin okay juga..ha...ha...ha...'

'Min Aira, kau ni bijak betul, tak sia sia kan mama mengandungkan aku, fuh....'

Tanpa Min sedar, Rena dan Hyekyo berdiri di pintu sejak tadi melihat gelagaknya yang tersengih dan ketawa sendiri.

"Aku rasa kawan kita dah gila" bisik Rena perlahan

"Rasanya tu sebab dia hilang ingatan lah kot?" bisik Hyekyo pula

"Tak lah, dia masih ingat kan apa yang berlaku di sekeliling dia"

"Mana mungkin haemin gila, dia mungkin hanya tertekan? ye lah Kim Clan asyik desak dia"

"Aku dengar lah apa korang bisik " Min sudah berdiri dihadapan mereka dengan bercekak pinggang, menghadiahkan pandangan yang mereka tak faham sama ada dia tengah marah mahupun tengah gembira.

"Jom keluar, korang tunggu kat pokok tu, nanti aku datang" ujar Min dan mula duduk di hadapan cermin meja soleknya,

"My Lady, biar sya je yang buatkan"

"No No No, pergi bersiap dan kita jumpa di depan pagar utama" ujar Min dan mengarahkan mereka berdua untuk bersiap,

Rena kini berkhidmat di istana sebagai orang kanan Min atas arahan Min sendiri, dia inginkan semua orang-orang yang dia percaya kerja di istana sebagai orang kanannya,

Dia turut melamar beberapa orang untuk dijadikan pengawal pribadinya, namun masih belum mendapat jawapan, dah tentu lah dia target Night Raven untuk jadi pengawal pribadinya,

Min mengenakan makeup yang membuat matanya nampak seperti lelaki dan bibir dilukiskan halus mengunakan berus bibir dan mengenakan sedikip lip balm agar tak nampak terlalu pucat,

Rambut di ikat mengunakan kain ikat berwarna biru tua , Dia turut mengunakan accesories seperti putera dari kerajaan cina, Puteri Haemin turut ada koleksi baju dari kerajaan-kerajaan jiran, bukan setakat china,jepun, barat pun ada,

Min mengenakan baju zaman goryeo berwarna biru , sepertinya baju zaman goryeo mempunyai concept seperti hanfu zaman kerajaan china, Min nampak seperti putera dari kerajaan jiran-jiran yang masih mengenakan pakaian zaman goryeo,

"aku betul-betul nampak macam putera, nak ambik gambar lah..." Min menepuk dahinya perlahan...

"haish lupa.. aku kan di masa lalu, sayang betul lah karya macam ni tak dapat di save hmm"

Min melompat dari tingkap biliknya dan melarikan diri menggunakan jalan bawah bangunan kediaman Daisy untuk ke laluan tembok belakang istana, namun kediaman Daisy sepertinya dijaga ketat oleh para pengawal istana.

"Cis, kenapa tetiba dorang menjaga kawasan ni?" bisik Min perlahan dan memerhati dari celah tanaman bunga dan memerhati sekeliling, sepertinya ada penceroboh dalam istana.

"Korang ada jumpa puteri? puteri dah hilang!, dayang-dayang cakap ada seorang namja melompat keluar dari biliknya"

"Jangan-jangan puteri diculik!?"

"Alah kalau dia diculik pun, kita tak boleh buat apa-apa, kan Ketua Kim,sentiasa inginkan puteri tu dijatuhkan tahtanya,"

"Tapi dia masih puteri kita"

Min yang mendengar ingin sahaja melompat keluar menumbuk sahaja 3 pengawal yang bergosip mengenainya. Dakwaan penceroboh menculiknya itu adalah dirinya sendiri yang tak sengaja terlihatkan mengunakan tingkap hadapan bilik,

"Wei kitaorang dah jumpa penceroboh tu!" jerit pengawal dari kejauhan. 3 pengawal tadi pun meninggalkan kawasan kediamannya.

"Penceroboh, baik aku pergi tengok" Min mengikuti pengawal tadi dengan senyap dan berhati-hati supaya tak meninggalkan jejak. Kelihatannya semua pengawal kembali kecoh setelah penceroboh yang ditangkap mereka, sepertinya hanya tinggal baju dan kepalanya adalah buah,

Min yang dari kejauhan menahan gelak tawanya kerana pengawal-pengawal istana gagal menangkap sang penceroboh,

'Boleh pula penceroboh tu meninggalkan pakaian dia dan larikan diri, bijak betul, sepertinya dia memang terlatih untuk escape mode lah agaknya?'

'tapi tak sejuk ke dia hanya guna pakaian dalam hanbok je? lagipun baju lapisan dalam kan nipis, mesti kesejukan, agaknya siapa lah kena cop penceroboh, alahai, kasihannya...'

Min mula pergi ke kawasan belakang istana, seketika kedengaran suara orang meminta tolong, dia dikejar oleh beberapa dayang istana dengan kuali dan periuk belangak dari belakang,

Min yang kebetulan berada di sekitar tumbuhan berimbun di tepi kediaman jasmine pun menarik lengan si penceroboh dan menutup mulutnya dengan tangan kirinya, Kelihatannya dayang-dayang tadi agak marah kerana si penceroboh berjaya loloskan diri dia.

Apa yang berlaku sebenarnya? kenapa ada penceroboh pula ni?

Malam sebelumnya,

"Kau pergi mengintip di istana lagi eh?"

"kkamjjagiya! Yah! Keonhee-ahh terkejut aku," Seoho yang baru balik meronda dikejutkan dengan Keonhee yang duduk di beranda rumah.

"Hyung, jangan cakap hyung suka kan puteri tu"

"Merepek lah kau ni, aku ada urusan lah di istana, dan kau eloklah kalau jauhi kawasan istana tu, oh ya cakap pasal puteri tu, dia tak waras and tak cantik, jadi, kau memang tak akan suka dia, dia kasar lepas tu merepek "

"Ahh, kiranya hyung cakap belakang dia lah ni, hurm gurae, jalja"

'Tsk, ye lah tu hyung, suka je nak mengelak, kan senang kalau jujur je, haish,'

'dari kecil lagi hidup dengan penipuan, sampaikan kenyataan aku sebagai adik angkat pun dia sembunyikan,'

'Hyung, susah sangat ke nak jujur perasaan kau sendiri, hah, kalau ya pun aku ni adik angkat kau ke, adik tiri kau ke, adik kandung kau ke, aku tetap anggap kau macam hyung aku, Youngjo Hyung, Gunhak Hyung, kita dah macam keluarga, apa lagi nak di sembunyikan, Hyung...'

Keonhee mengeluh memandang pemandangan dari biliknya, dia bertekad untuk mengintip kawasan istana keesokkan harinya,

namun...

"Kyaaaa!!!" para dayang menjerit dan membaling gayung dan juga pakaian ke arah Keonhee yang berlari dari kawasan dobi istana itu,

"Haish! banyak-banyak kawasan aku aim, boleh pula termuncul kat tempat yang salah! Malang betul lah!" Keonhee melarikan diri dari dayang-dayang istana,

Seluruh kawasan istana mula kecoh dengan kehadiran Keonhee yang dianggap penceroboh, nasib baik dia menggunakan topeng wajahnya, kalau tak habis lah nama keluarga Lee dikatakan kecundang,

Hanya kerana dia belum sepenuhnya menguasai teknik tenaga chi yang betul, membuatnya tersalah aim kawasan istana dan muncul di kawasan tempat para dayang mencuci pakaian, aip aip bukan bilik air ye, tempat seperti dobi,

Para pengawal mula bertindak menjaga seluruh kawasan istana dan turut pergi ke arah kawasan kediaman Daisy dan berjaga-jaga,

Disebabkan Keonhee, Min yang ingin berjalan ke luar istana sebagai namja pun terbantut dan mula menyelamatkan Keonhee

Keonhee yang mula dikejar kembali dengan para dayang tersebut setelah terserempak kembali semasa melarikan diri dengan mengunakan pakaian dalam sahaja selepas berjaya meloloskan dirinya semasa kena tahan oleh pengawal sebentar tadi,

'siapa..namja ni? bulu mata dia panjang dan melentik...haruman dia haruman buah-buahan yang manis? sepertinya bau honeydew tak pun watermelon, ahh buah-buah yang pernah aku makan ketika mengembara, siapa dia ni? putera ke? kejap dalam istana ada putera ke?'

"Kau okay?" tanya Min perlahan namun Keonhee hanya memandangnya dengan pandangan kosong, sepertinya dia lost in the sea, atau mungkin dia seketika terpukau dengan visual yang berada dihadapannya,

"Yah! neo gwenchana?" Min memetik jarinya di hadapan wajah tersebut, wajah polos itu kelihatannya seperti lelaki yang baik, mesti ada sebab kenapa dia berada di istana.

"Ahh choo!"

"Kau sejuk ke?, aku carikan kau baju dulu" Min memberikan shawl yang menutup lehernya kepada keonhee dan melompat keluar dari tumbuhan rimbun semak bunga-bunga tersebut.

Min berlari ke kediaman daisy yang terletak tidak jauh dari kediaman Jasmine, Keonhee hanya memerhatikan Min berlalu pergi,

"Siapa dia tu? ahh aku rasa aku patut menyorok" Keonhee mula menyorok kerana terdengar langkah kaki pengawal istana yang meronda kawasan tersebut.

Min melompat masuk melalui tingkap biliknya, dan membawa satu set hanbok lelaki berwarna biru muda beserta kasut dan beberapa accesories lengkapnya yang lain dan berlari keluar melalui tingkap belakang untuk terus ke jasmine palace,

Min sepertinya sudah handal mengawal segala bakat yang puteri haemin ada, puteri haemin turut belajar ilmu pertahankan diri sejak dari kecik, mungkin sebab itu dia boleh melompat tembok belakang istana dengan mudah,

"Hey odiseo!" Min mencari si penceroboh aka Keonhee namun sepertinya dia sudah tiada di situ,

"Lah, aku pergi kejap je, hah, sepertinya aku keletihan sebab lari ke sana ke sini," Min duduk di pinggir tembok memandang langit yang kebiruan,

"Agaknya, aku boleh jumpa dia lagi ke? ye lah, dia bawa lari selendang aku kot, then tak cakap terima kasih pun"

Min berlalu pergi dan meinggalkan pakaian tadi di kawasan dia bersembunyi dengan si penceroboh tadi, Min masih yakin sang penceroboh bukan lah orang biasa, dia mungkin seperti Night Raven juga, ada teknik penyamaran yang istimewa,

Setelah merasakan Min telah pergi jauh, Keonhee pun menunjukkan dirinya dan keluar dari tempat persembunyiannya,

"Siapa dia tu? tengok dari pakaian dia, seperti putera dari kerajaan seberang, takkan lah tunang si puteri ? tapi dia sepertinya masih muda mungkin 18 tahun? baik aku cepat gunakan pakaian ni kesejukan aku menyorok dari pengawal istana, haish Kim Clan punya pengawal sado-sado badan dia, takut betul lah,"

"Keonhee ahh, kat sini rupanya kau? kau buat apa kat sini?" Seoho muncul di hadapan Keonhee ketika itu.

"Jap bukan tadi kau keluar guna baju warna biru tua ke? kenapa sekarang guna baju biru muda?" Keonhee berlalu pergi meninggalkan Seoho.

"Yah, aku cakap dengan kau ni" Seoho tak diendahkan.

"Haish, aku tak faham lah budak-budak muda zaman sekarang ni, memang tak dengar cakap eh?"

"Apa-apa lah hyung," ujar Keonhee perlahan dan melompat keluar dari tembok

Seoho yang melihat gelagat Keonhee yang melompat keluar dari tembok dengan wajah blur,

"Jap, kenapa dia lompat guna tembok tu, kan boleh je guna jurus menghilang macam biasa? bukan Haemin pun suka lompat tembok tu kah? cakap pasal dia, agaknya dia apa khabar eh?"

"Aku okay je" Min kembali dengan pakaian seperti seorang puteri, dengan warna favorite nya purple

"Jap baju kau?" Seoho agak pelik kerana, untuk pertama kalinya dia melihat seseorang mengunakan baju kerajaan sebelah,

" I know i'm pretty but i'm busy," Min berlalu pergi dan mengunakan pintu belakang tanpa melompat tembok seperti biasa dia lakukan,

"Eh kejap, pintu belakang tu tak berkunci? Haemin-ahh jakaman!" Seoho mengejar Min dari belakang,

Min hampir lupa yang dia kena berjumpa dengan kawan-kawannya namun dah sejam masanya dihabiskan dengan berlari kesana kesini gara-gara ada penceroboh di istana, mana lagi letih sebab menyorok di tanaman yang berimbun seperti rimba,

awalnya dia ingin mengunakan pintu utama, namun disebabkan dirinya disangkakan telah diculik, jadi Min hanya mampu keluar guna pintu belakang,

"Seoho ahh, kau pakai kuda ke tadi?"

"Tak lah aku muncul tiba-tiba" seperti biasa, Seoho muncul dengan jurus istimewanya,

"Ahh then bawa aku sekali dengan kau muncul dekat tengah desa boleh tak?"

"Aku tak pernah buat lagi, tapi kalau kau nak boleh je cuba, tapi aku tak jamin kita selamat sampai"

"Tak pe lah aku jalan kaki ja, see ya" Min berpisah dengan Seoho di tembok belakang istana dan Min berjalan dengan menutup kepalanya dengan lapisan luar baju hanbok lain, dengan kata lain umpama mengunakan hoodie,

Min mula tersesat jalan, nak berpatah balik sepertinya sudah jauh dari istana, Pokok besar di tengah desa sepertinya masih belum kelihatan, mungkin sebab Min tak biasa laluan selok belok jalan sekitar,

Akhirnya Min melihat sekeliling kawasan desa tersebut, dari accesories, pin rambut dan telucuk sanggul kelihatan sangat menarik di matanya,

banyak kedai makan dan alat tulis, terdapat kedai kain hanbok dan kedai accesories juga,

Seketika dia tertarik dengan jade pendant dengan corak bunga yang sepertinya agak familiar dengan dirinya,

"mayonaka no bara?" Min seperti bingung sebentar apabila tuan kedai menceritakan mengenai nama bunga tersebut.

"Apa maksud bunga ni ajuhshi?"

"Mayonaka no bara, warna bunganya yang kelihatan seperti bulan di malam hari, merahnya yang pudar kepucatan, membawa maksud perjanjian dan penantian, ada kisah mengatakan bahawa suatu ketika dahulu, ada seorang puteri menunggu kepulangan sang kekasihnya, namun sang puteri itu membuat perjanjian agar untuk terus mencintai sang kekasihnya walaupun di kehidupan mereka yang akan datang,"

"apa jadi dengan puteri tu ajuhshi?"

"Puteri tersebut mati dan mayatnya ditumbuhi bunga-bunga Liar, dengan nama Ros Malam, haruman ros malam lagi semerbak dari bunga ros merah, dan bunga ros malam hanya mekar ketika bulan mengambang dan hanya tumbuh di sekitar tasik larangan di mana puteri tersebut meninggal di bawah pokok tua tersebut"

Min tersenyum perlahan dan meletakkan kembali jade pendant tersebut, Dia hanya membeli sebuah cincin jade dengan corak daisy seperti permatanya,

"Midnight Rose? dan pokok blossom tu lah agaknya..." bisik Min perlahan-lahan, sepertinya di perkampungan tersebut,sudah tahu mengenai misteri Midnight rose yang dijadikan cerita rakyat,

Min tertarik untuk duduk minum petang di kedai belakang kedai accesories tadi. Terdapat beberapa mak cik sedang duduk minum bergosip di sebelah tempat duduknya.

"Diperkatakan bahawa, crown prince sangat sukakan bunga ros, namun bunga ros di istana tidak mekar-mekar, tapi saat malam dimana berita kemangkatannya tiba, seolah-olah bunga ros itu mula mekar satu persatu,"

"dan dengar cerita, Kim Clan menjadikan taman bunga ros dalam istana itu kawasan yang di larang untuk dikunjungi, dan dia turut melarang semua rakyat untuk menanam bunga ros "

Min yang duduk berdekatan mendengar makcik-makcik tadi membawang, mula terfikirkan kebun bunga ros yang terletak tidak jauh dari taman istana,

"Bukan tu je, tahu kan lagenda bunga ros malam tu, mereka cakap itu adalah simbolis untuk Night Raven, dan mereka cakap walaupun Crown prince dah tiada, Night Raven masih lagi berkhidmat untuk Crown Prince,"

"Tapi, tak da siapa tahu identity night raven kan? mereka sangat misteri, takut lah"

"Memang begitu, tapi dengar cerita malam yang puteri moon larikan diri, dia sebenarnya bukan melarikan diri, namun diculik oleh Night raven, bendahara kim mana mungkin berbohong kan"

'Ahh sudah, makcik makcik bawang ni, membawang pun tak betul, agak-agak lah nak membawang, satu benda pun tak betul, geram pula aku dengar,'

" makcik yakin ke dengan apa yang Bendahara Kim tu cakap?" seorang namja duduk berdekatan dengan mejanya dengan mengunakan kain lace mask dan hatnya hampir menutup keseluruhan wajahnya, hanya matanya sahaja yang kelihatan,

"Apa maksud kamu, encik cendiakiawan?" ujar pakcik yang duduk berdekatan pula

"Saya rasa, bendahara kim tu sentiasa ada tipu muslihat yang disembunyikan dengan diam-diam, mungkin dia menghantar pengintip? siapa tahu" ujarnya lagi, Min seakan terpesona dengan aura yang diberikan, Min tiba-tiba terpandang jade pendant yang dipakaikan oleh namja tersebut.

'Jap, jade pendant dia tu.. kat mana eh aku pernah nampak, bunga rose dengan ukiran warna hitam .. tapi yang dikedai tadi ukiran dia tak sama,'

'jap..di seruling Leedo pun ada ukiran seumpama Jade pendant dia, seolma...'

Seketika namja itu perasan bahwa Min memandangnya dari tadi,

"Cik muda, dah tiba masanya untuk cik muda balik" namja tersebut menghulurkan tangannya,

Min seperti terpukau dengan suara dan pandangan yang diberikan lalu menyambut huluran tangannya,

Namja tersebut membawa Min berlalu pergi dari situ,

"Go..gomawoyo.." bisik Min perlahan, namun dia baru perasan yang jari jemarinya masih digengam erat dalam gengaman si jejaka tinggi di hadapannya itu.

"Aku keonhee, kau Haemin bukan?" Keonhee menghentikan langkahnya membuatkan Min yang syok melihat sekeliling mula tersembamkan wajahnya di belakang Keonhee.

"Yah kalau nak berhenti cakap lah, haish kau ni sama je macam Seoho tu, suka henti tiba-tiba" Min baru teringat dia dah tersebut nama Seoho,

"Jadi betul lah kau kenal abang aku?"

"Abang kau?" Keonhee membalikkan badannya menghadap Min,

"Kau suka abang aku?"

"Mwo! yah! kau ingat aku apa? no way lah" Min berlalu pergi meninggalkan Keonhee di belakang.

"Jap cara dia jalan macam tu, kenapa macam namja yang aku jumpa di istana tadi? tapi namja tadi macam lagi tinggi dari Hwanwoong, tak mungkin lah" Keonhee mula mengejar langkah Min yang sudah mula dikerumun oleh para penjual.

"Maaf ye, tuan dan puan, but she with me," Min seakan terkejut ketika itu,

'Huh?aku tak salah dengar kan? dia cakap modernism tadi? ani ani, english? ke bahasa barat?'

" did i suprise you? i'm Lee Keonhee, aku dari keluarga cendiakiawan Lee, kau tahu kan Lee Clan rata-ratanya mempunyai kemahiran dalam bahasa dan knowlegde yang tinggi,"

"Ahh sebab tu kau tahu bahasa modernism.."

"Modernism? ahh maksud kau bahasa barat? ya, boleh lah sikti-sikit" Min agak kagum sebab, itu lah kali pertama dia boleh berbahasa seperti modernism dengan seseorang dari zaman joseon, Mungkin dia boleh berkawan rapat dengan Keonhee,

"Keonhee ahh, kau cakap, Seoho abang kau? tapi korang tak nampak macam adik beradik?" Min akhirnya menanyakan juga soalan yang dari menganggu fikiran dia,

"Ahh, aku boleh di kira macam adik dia, actually, keluarga kandung aku jadi mangsa fitnah Kim Clan sejak aku masih kecik lagi, aku..." Keonhee sepertinya tak selesa untuk membahas soal peribadi,

"Gwenchana, kalau kau tak nak kongsikan kisah kau, aku tak kisah juga, btw thanks sbb hantarkan aku balik,"

"Tapi kita belum sampai di kawasan istana lagi.."

"Tak pe, aku boleh jalan dari sini, haish mesti Rena dan Hyekyo risau aku tak muncul di pokok besar tu tadi" bisik Min perlahan namun Keonhee yang di sebelahnya masih mampu mendengarkan suara bisikan Min dan ketawa kecil mendengarnya.

"Kau dah salah laluan, kalau kau dari tembok belakang istana, kau kena ikut ke kiri baru jumpa pintu utama istana dan tak jauh dari tu kau akan jumpa tengah-tengah perkampungan, kau dah ikut jalan lurus kan, sebab tu kau nampak kedai-kedai je, tapi kawasan tu jarang orang nak pergi, kecuali lah semasa perayaan sebab dia dekat dengan tasik dan jambatan" ujar Keonhee perlahan

Min hanya tersenyum memandangnya, seolah-olah Min terfocuskan dengan kunang-kunang yang mula terbang ke arah meraka,

"Wah, fireflies, cantiknya, kalau di dunia modern, tak wujud dah fireflies cantik cam ni.. " teruja Min,

"Dunia Modern?"

"Ahh abang kau tak cita ke? Nama aku Min Aira, just a nickname, tapi nama asli aku pun Moon Haemin, aku bukan puteri haemin yang semua orang kenal, yang pure innocent seperti yang orang selalu katakan,"

"aku hanya lah, seorang gadis 21 tahun yang lari dari kehidupan aku dan terjatuh dalam sungai dan macam tu lah aku tiba di zaman sekarang ni dan hidup sebagai Puteri Haemin" Keonhee menjadi pendengar yang setia mendengarkan segala cerita yang Min katakan, Dia pun mengangguk perlahan,

"Jadi, maksudnya puteri haemin yang sebenar dah mati?" Min seakan tak terkejut sebab Keonhee cepat faham dengan apa yang dia terangkan,

"Lebih kurang, dia lemas, dan di dunia modern mungkin aku dah mati? dan aku sedar dalam badan ni, mungkin sebab Puteri Haemin ni adalah, kehidupan lalu aku," bisik Min perlahan dan memandang Keonhee di sebelahnya.

"Kalau kau dari masa depan, mesti kau tahu apa akan jadi?"

"Tak lah, sepertinya apa yang berlaku dalam kerajaan ni tak pernah tertuliskan, seolah-olah ianya terpadam dalam sejarah," ujar Min perlahan dan memandang ke arah bulan,

Setiap kali memandang bulan, Min sentiasa melakukan signature movementnya iaitu seolah-olah meneropong ke arah bulan ataupun seakan-akan bulan itu muat-muat di genggamannya.

'She look really gorgeous in purple color, her bright smile and lovely eyes, suddenly make me feeling weird'

"Keonhee-ahh, wae?" Min perasan yang keonhee asyik memerhatikannya, walaupun Min tak mampu memandang jelas wajah Keonhee disebabkan mask lacenya, namun Min masih mampu merasakan Keonhee sangat kacak,

'I don't know that my study in west kingdom going well, learning this kind of language, since its was also will be learn in modern life, i wanna learn more about her,'

"Yah! day dreaming kha!?" Min mencuit pipi Keonhee dan tergelak, Keonhee terasa seperti kena culture shocked seketika.

"Yah!"

"Kau lah ni, termenung pula, kau tengok apa? ada benda ke kat muka aku?"

"Aniya...you look pretty as always," Keonhee terlepas cakap, dan mula mengelabah,

"Hae-ahh...ani..i should call you Aira-shii,aa..aa gurae, ahh..ahh i need to go, Jja-ne!" Sekelip mata Keonhee di hadapannya menghilang di dalam kabus malam.

"Lah, dah kenapa pula tu? " Min mengarukan kepalanya yang tidak gatal itu,

'Hah, aku harap aku tak ingat apa yang berlaku setiap kali aku jumpa Night Raven punya member, hah, even Keonhee tak mention pun dia member Night Raven aku pasti Jade pendant tu merupakan signature Night Raven,'

'well seperti yang aku rasa mesti diaorang ada barang yang serupa, macam Youngjo dia ada anting dengan corak midnight rose, aku tak tahu pula orang zaman ni boleh tebuk telinga? hurmm..pelik, baru prasan rambut dorang pun bercolor kan? yah aku ni betul ke kembali ke zaman joseon, jangan ni semua prank?'

'Hey, tak mungkin lah prank kot? agak-agak lah nak cakap ni lakonan, tengok lah dorang leh guna jurus macam cerita naruto, belum tentu kalau semuanya prank lakonan boleh se smooth macam tu..'

'Then Seoho dia ada cincin kalau tak silap aku..then leedo pula di seruling dia, keonhee pula jade pendant,'

'tpi, rasanya dorang semua ada jade pendant yang sama? ahh, gelang dia, ahh betul tu, so Jade pendant tu semua ada, and dorang ada barang personal juga,'

'lah....asal lah aku bengap kejap, haish, lagi sekali aku musnahkan harapan Rena and Hyekyo.'

Min tiba di hadapan pintu utama istana, di mana Rena dan Hyekyo meluru ke arahnya dan memeluknya,

"Tuanku pegi mana? tahu tak seluruh istana kecoh setelah ada penceroboh yang masuk istana dan Tuanku hilang sejak tengah-hari tadi, risau tau" Hyekyo mula teresak-esak menangis,

"Aku tak pergi mana pun, sesat cari jalan ke pokok besar lah" jawab Min perlahan dan mengusap belakang Hyekyo yang menangis dipangkuannya.

"Min, tahu tak kitaorg risau" ujar Rena pula dan memandang wajah sahabatnya tu.

"Tuanku..." Ketua Dayang Kim berlari ke arah mereka dengan wajah berdramanya seakan-akan sedih itu.

"Oh Tuanku, kami risau akan Tuanku, ketidakberadaan Tuanku di istana amat merungsingkan kami"

"Usah lah berdalih, korang nak tangkap penceroboh pun tak boleh" Min berlalu masuk ke dalam istana meninggalkan yang lain terpinga-pinga di luar,

"Oh ya, aku dah jumpa calon yang sesuai untuk jadi raja, tapi calon je tau, Tak salah kan kalau aku nak buat kerajaan aku sendiri"

"Tuanku! apa yang tuanku katakan ini! Tuanku!" panggilan Ketua Dayang tidak diendahkannya,

Min sengaja ingin memulakan plannya seawal mungkin, dia mungkin menjadikan Night Raven sebagai mangsa calon yang diutuskan,

Dia tahu agak berisiko untuk membawa Night Raven ke istana, sebab tu lah dia mengunakan sebaik mungkin koleksi baju-baju kerajaan di setiap negara di dalam almari simpanan rahsia Puteri Haemin tersebut sebagai alat penyamaran yang khas.

"Perjumpaan aku dengan Night Raven membawa hasil juga, aku akan gunakan masa yang aku ada sebaik mungkin"

Sepertinya malam masih panjang, bulan yang bersinar terang masih kelihatan sangat indah, Keonhee yang memerhati di pokok berdekatan dengan kawasan istana tersenyum melihat bahwa Min pulang dengan selamat,

"Can we meet again later Aira-shii, i kindly wanna know more about you.."

"Siapa Aira? Eh bukan tadi kau pakai baju biru ke? sejak bila kau balik tukar baju guna warna ungu?" Seoho muncul tiba-tiba membuat Keonhee memberikan pandangan yang meluat terhadap hyungnya itu.

"Sibuk lah hyung ni, dari tadi pakai warna ungu, hyung ada masalah mata lah agaknya tu"

"Mwoya!? Keonhee ahh? yah! tunggu lah! Haish! baik cerita dengan Hyung kau pergi mana tadi! Keonhee.. Yah! Lee Keonhee!"

To Be Continued

Chapter fav author sbb i'm ship Haemin with Keonhee

knj_99creators' thoughts
Next chapter