webnovel

Chapter 33 : Warning

"Selamat pulang tuan muda."sapa maid semasa menyambut kedatangan anak bongsu tuan majikannya.

Seth tidak membalas. Dia menonong masuk ke dalam rumah agam itu Bersama derap langkah luas. Melihat suasana di dalam ruamh itu yang sama sekali sikit pun tiada perubahan buatkan dia mengetik lidah tidak suka.

Ya, rumah ini yang telah dia luangkan masa sejak kecil hingga dewasa Bersama abangnya sentiasa buat dia bahagia dan gembira. Tetapi semua itu berubah selepas dia dapat tahu bagaimana rumah ini di bina...dia semakin benci dan jijik memikirkannya. Memikirkan bahawa semua kejayaan dan kemegahan ini diperoleh secara salah dan penindasan, sikit pun tidak pernah buatkan Seth gembira atau bangga.

Sebab itu dia ambil keputusan untuk hidup sendiri dan bina kerjaya menggunakan kemahiran dan kemampuannya sendiri. Tanpa sikit pun bersangkut paut dengan keluarganya. terutama sekali ayah dia.

Seth tiba di ruang tamu dimana ibunya berada. Masuk saja ke situ, dia berselisih dengan seorang lelaki bersut yang kebetulan sedang bergerak keluar dari situ. Yang di kenal sebagai pembantu peribadi ibunya.

"Hey mom.."sapa Seth taktala dekati sofa dimana ibunya duduk lalu tunduk mengucup dahi itu sekilas. "You call me..why?"

Emelda mengerling akan anak lelakinya sewaktu orang itu mengambil tempat di sofa bersebelahannya. Melihat akan anaknya yang semakin melonjak usia dan semakin mirip akan suaminya buatkan hati sebagai seorang ibu di runtun pilu. Mana tidak sedih sekiranya ada anak tetapi anak sendiri tidak mahu mengakui mereka sebagai ibubapa sendiri.

"Aik...ibu call pun tak boleh ke?Nak jumpa kamu payah, nak tunggu kamu lawat sendiri memang ke sudah...takkan lawat ibu pun di tanya kenapa?"seloroh Emelda sambil menanggalkan cermin matanya lalu di letakkan di almari sebelah kanan sofanya.

Seth tidak memberi sebarang komen.Dia sekadar bersandar selesakan diri di situ melihat ruang tamu itu. Memang sikit pun tiada perubahan. Dapat dia bayangkan saat-saat dia dan bersama abangnya luangkan masa di sini bergelak tawa dan bergusti sewaktu meluangkan hujung minggu mereka.

"Sorry."ucap Seth tidak lama kemudian. Bukan niat dia hendak kurang ajar. Tapi dia benar-benar tidak betah untuk duduk lama di sini. "Ada apa-apa yang ibu perlukan dari Seth ke?"

Emelda melepaskan keluhan. Dia capai helaian kertas dan kepingan foto dari celah sofa di kaki kanannya lalu di letakkan atas meja itu sebelum di tolak mendekat ke anaknya. "Ini"

Mata Seth terus bergerak ke kertas dan kepingan foto tersebut. Hanya sekilas pandang saja dia sudah tahu apakah ia. Maka dia mengangkat matanya memandang ibunya dengan renungan dingin. "You spy on me?"soalnya dengan bersahaja.

"You make me to..."balas Emelda yang senada dengan Seth. Sama-sama tenang dan bersahaja. Even muka Seth hampir seiras dengan suaminya, sikap anaknya sangat berbeza. Malah jauh sekali karakter asal suaminya.

"So?"Seth menjungkit kening.

"Kamu tahu siapa Naera Aleena tu yang sebenarnya?"mula Emelda.

Seth mendiam dulu, tetapi kemudiannya dia mengangguk sambil buat muka ketat.

"Answer by word. You not mute."arah Emelda.

Dengusan panjang lepas dari hidung Seth taktala mendengar arahan itu. Mahu tidak mahu dia terpaksa akur. "Ya.."

"Kalau begitu kenapa kamu masih berhubungan dengan dia?"soal Emelda. "Kamu tahu apa ibu perlu hadap selepas dapat tahu kamu berhubungan dengan gadis tu?Sekiranya ayah kamu tahu mengenai hal ini keselamatan Naera jadi taruhannya.."beritahunya dengan nada perlahan.

Terus mencerun kening Seth sebaik mendengarnya. Dah apahal pulak ibu dia cakap macam ni? Memangnya apa salah dia berhubungan dengan Naera. Nasib Naera jadi begini kerana ayah dia. Apa dia cuba buat adalah bantu Naera dan pulihkan semula keadaan. "Kenapa ibu cakap macam tu?Kenapa ayah nak bahayakan Naera?"

Emelda duduk tegak dari bersandarnya lalu turunkan kaki yang disilang ke lantai. Dia sondongkan sedikit badan ke depan dan pandang tepat ke mata Seth. Mungkin ini masanya untuk anak lelaki dia tahu hal sebenar. Cepat atau lambat Seth kena fahamkan situasi ini.

"Nak...dengar apa yang ibu hendak beritahu kepada kamu ni.."Emelda pandang serius ke Seth. Selama ini dia simpan rahsia ini kerana Seth masih kecil dan muda. Dan sekarang memandangkan Seth sendiri sudah dewasa dan matang. Mungkin anaknya akan faham.

"Tentang apa?"pandang Seth yang membalas renungan ibunya.

Next chapter