webnovel

Chapter 34 : The Reason Why

Emelda pandang Seth dengan kening berkerut. Dia teragak-agak hendak bersuara.

"Tentang apa ibu?"tanya Seth dengan muka kebingungannya. Berasa bingung melihat riak wajah susah hati ibunya. Jauh dalam sudut hatinya sedia beritahu yang semua ini pasti tidak akan berakhir dengan baik.

"Di Clove muflis bukan kerana ia pesaing Caldwell Industries. Tapi sebab Nadeem Alec itu adalah bekas kekasih lama ibu sebelum ibu Bersama dengan ayah kamu. Kamu sendiri tahu perkahwinan ibu dan ayah kamu adalah perkahwinan yang di aturkan. pada waktu ibu berkahwin dengan ayah kamu, ibu masih cintakan Nadeem Alec. tapi selepas ibu dapat Sylar...ibu tidak lagi berhubung dengan dia. Sehingga la kelahiran kamu. Ibu bertemu dengan Nadeem di suatu event Bersama ayah kamu. Dari situ kami mula berhubung semula. Tetapi ayah kamu tahu mengenai kisah silam kami. Mungkin dia fikir Nadeem cuba merampas ibu dari ayah kamu. Jadi dia rosakkan Nadeem dan syarikatnya melalui Kade. Dan kini kamu Bersama dengan anak perempuan dia..."

What the hell!Seth pandang ibunya dengan kening berkerut. Ibu dia ada scandal dengan ayah Naera sampai ayahnya sendiri cemburu hingga buat keputusan untuk hapuskan ayah Naera sendiri?

Emelda tidak menunggu sebarang respon dari Seth, dia hulur tangan lalu pegang lengan Seth dengan ramasan kemas. "Son...if you care about Naera. Please leave her before your father now about it. Ibu tidak mahu hal yang menimpa Nadeem sama menimpa Naera."warning dia dengan berhemat. Cukup la dia rasa kehilangan tu. Jangan Seth turut merasai perasaan yang sama.

Bagai berhenti sedetak jantungnya, Seth menahan nadas tergamamnya kerana begitu terkejut. "Jadi bukan Kade yang bertanggungjawab di atas kematian Ayah Naera?"soalnya selepas menyedari sesuatu. Selama ini dia sering pandang serong akan Kade kerana lelaki itu banyak melakukan kesalahan besar. Termasuk la jejaskan syarikat ayah Naera.

Emelda menggeleng kepala dengan mimik muka kesalnya.

"Bukan...Kade hanya kambing hitam. Pada awalnya Kade tidak mahu lakukan hal ini. Tapi ayah kamu nekad. Jadi Kade gunakan namanya sendiri sebagai cover up untuk kesalahan ayah kamu. Sebagai balasan, Teressa dijadikan sebagai isteri buat Sylar."

Apa?

Mulut Seth terbuka sedikit dengan muka tergamam melihat Emelda.

Tak mungkin!

Ini semua tak mungkin benar!?

Semakin berkerut kening Seth bila mendengar penjelasan itu. Sumpah!Koyak habis dia sekarang. Jadi selama ini Kade tahu?Lelaki tu tahu bahawa hal ini adalah kerana ibunya. Tetapi Kade terima semua tuduhan yang dia katakan kepada lelaki itu?

"Tapi kenapa Kade lakukan semua ni?Kenapa Kade tak pernah beritahu Seth tentang hal sebenar?"tanya Seth dengan nada kecewa dan perasaan remuk redamnya. Semakin membuak-buak perasaan benci dia terhadap ayahnya selepas mendengar semua penjelasan ini.

Emelda mengetap bibir yang mula terketar-ketar menahan sebak. Dia kedipkan beberapa kali matanya yang panas mahu mengalirkan air mata.

"Sebab Kade tidak mahu kamu membencikan ibu dan ayah"luah Emelda. "Sebab apa yang terjadi pada Di Clove dan ayah Naera ianya berpunca dari ibu. Kalau la ibu tidak berhubung semula dengan Nadeem ketika itu, pasti semua ini tidak akan terjadi. Kerana itu la Kade yang terima semua tuduhan tu sendiri. Apa dia cuba lakukan adalah lindungi keluarga ni dan juga kamu."jelasnya dengan sebak.

Begitu tercengang, Seth terus bersandar pada kerusi dan termenung memandang Udara dengan nafas tersekat-sekat. Kepalanya di geleng-geleng. Enggan menerima semua kenyataan itu.

Tak mungkin!

Semua ni tak mungkin!

Kade tak mungkin sanggup lakukan semua ni!Untung apa yang Kade dapat kalau lakukan semua ini untuk keluarga dia?

"How f*cked up all of this.."keluh Seth dengan kecewa.

"Ibu tahu...dan ibu benar-benar kesal mengenainya. Oleh itu ibu panggil kamu ke sini dan beritahu kamu sebelum segalanya terlambat. Ibu tahu Naera adalah kenalan yang jadi punca kenapa kamu enggan bercinta sehingga kini. Tapi kalau kamu betul-betul peduli tentang dia, jauhkan diri kamu dari dia sebelum ayah kamu tahu mengenai hal ini."

Seth terdiam seribu Bahasa. Dia begitu shocked hingga blank otak dia ketika itu. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaannya ketika ini. Sebab itu la Naera begitu bencikan dia. Ingin kan sangat menjauh dari dia. Sebab Naera tahu semua ini berpunca dari ayahnya sendiri. Dan kalau mereka berdua ingin Bersama sekalipun. Ianya bukan mudah.

"Maafkan ibu nak. Ibu betul-betul bersalah. Terhadap kamu. terhadap Naera dan keluarganya."ucap Emelda buat kali terakhir sebelum tunduk memandang jari jemari dengan sedih.

Next chapter