webnovel

RATU HATI CIK ABANG

Urban
Ongoing · 139K Views
  • 40 Chs
    Content
  • ratings
  • NO.200+
    SUPPORT
Synopsis

Qalisya Amani, seorang guru manis dengan perwatakan ceria yang bukan sahaja menarik minat para pelajar malah juga dikalangan guru lelaki. Namun berbeza pula layanan yang dia terima daripada Haniff Mikail,seorang guru matematik yang baru bertukar ke sekolah Qalisya Amani bertugas. ~~ " hai! Cikgu Haniff kan? " -Qalisya "hurm. "-Haniff "awak ada emas dalam mulut ke?" -Qalisya "saya nampak macam murid awak ke yang perlu jawab soalan awak? Heh? " -Haniff ~~~ Layanan dingin yang diberi Haniff Mikail telah membuatkan Qalisya Amani bertekad untuk memikat hati jejaka berhati dingin itu, Namun berjayakah misi sang gadis? Mampukan si batu dingin mencair? P/s: penulisan masih celaru, hehe

Tags
3 tags
Chapter 1bab1

"Good morning!"

"good morning cikgu! "

Aku tersenyum bahagia melihat senyuman ceria anak-anak didikku.

Inilah pengubat lelah dan letih,tugas sebagai pendidik.. Penat, namun gembira,.

Rindu benar aku mahu melihat senyuman manis mereka,walaupun baru seminggu aku tak ada sebab mengikuti kursus, tapi rasa rindu ni dah menebal. Alisya-Alisya, kau ni bab propa. Nombor satu.

"so, you all rindu cikgu ke idok? Ke seronok ha cikgu tak ada?!" soalku sambil memberi renungan tajam, tapi sedikit pun reaksi mereka tak terkesan malah disambut dengan gelak tawa.

"mana ada cikgu, saya rindu dekat cikgu sampai tak tidur malam,dah lah Cikgu Imah tu ganti, fuh, " kata Hafiz bersama sengihan nakal

"eleh yelah tu. Hafiz, Cikgu Imah tu kan cikgu yang kau orang sayang sangat! " sakatku, aku tahu mereka kurang gemar cara Kak Imah mengajar, biasalah, mereka ni manja, pantang kena bebel ,sentap!

"ha, kerja yang cikgu bagi siap tak? Akaun kawalan belum terima dengan akaun kawalan belum bayar kan? Dapat jumlah jualan dengan jumlah belian? Ada nak tanya apa-apa tak? Seminggu cikgu diam, seminggu lah kau orang diam ye, "ujar ku.

"hek-hek,saya ada lah mesej cikgu.. " sahut Faiz

"yeke? Tak ada pun"

"eh yeke, mungkin dalam masa depan kita? " ujar Faiz bersama ketawa nakal.

Ada-ada saja budak ni, mana lah aku tak rindu dengan gelagat mereka ni, macam-macam fiilnya.

"kau orang buat apa je masa Cikgu Imah ganti? "

"tak ada apa sangat pun, biasalah buat latihan,cikgu! Nak tahu tak... " jawab Fatin,Fatin merupakan antara anak murid yang rapat dengan aku,

Tapi kalau diikutkan, kelas 5 Aura ni, memang rapat dengan aku, mana tak nya, dari tingkatan satu aku mengajar mereka, tingkatan 1 hingga tingkatan 3 aku mengajar mereka subjek pendidikan jasmani, manakala bagi tingkatan 4 dan 5 aku mengajar prinsip perakaunan. Mereka juga antara pelajar pertama aku,

"haaa apa Fatin, nak ajak saya membawang lah tu! " dugaku seraya tersenyum kepada Fatin, yang juga merupaka ketua darjah kelas 5 Aura.

"cikgu ni, tahu-tahu je, ni hah, cikgu tahu tak sekolah kita ada cikgu baru, dia ajar matematik kelas Kita orang. Helok tau! " kata Fatin bersama lentok tangan, kalah makcik bawang belakang rumah ibu budak ni punya membawang.

"eh cikgu baru? Ganti Cikgu Elly? Kenapa saya tak tahu pun,.. Dalam group sekolah pun saya tak perasan. " ujarku sambil berfikir sejenak.

"tadi dekat perhimpunan dia ada berucap, cikgu tak ada ke? " soal Fatin lagi.

"cikgu mana ada tadi, cikgu lambat kan hari ni? " duga Hafiz sambil tersenyum.

" eh, stalk saya lah tu! Kantoi! " ucap ku lalu di sambut dengan hilai tawa murid lain.

***

"Ok kelas,kita jumpa esok, esok ada kan kelas kita? " soalku, sesudah loceng berdering menandakan waktu aku sudah tamat.

"ada-ada" jawab Fatin sambil mengganggukkan kepala.

"cikgu! Tu-tu" ujar Fatin lagi sambil menjuihkan bibir.

"apa yang tu? "soalku kembali sambil menoleh ke arah luar kelas yang ditunjuk Fatin,

Terlihat seorang lelaki yang mengenakan kemeja biru gelap yang bahagian lengannya dilapat ke paras siku sedang melintasi kelas 5 Aura.

"tu lah cikgu matematik yang baru tu,Cikgu Haniff Mikail, " ujar Fatin sambil keningnya dijongket sedikit.

"herm, helok! " ujarku perlahan.

"wuu Cikgu Alisya mengusya! " tegur 5 Aura.

"eh syibuk eh kau orang, biarlah, cikgu dah besar ok, you all tu ngada-ngada nak bercinta, haha" balasku sambil menjuihkan bibir.

"dah, make sure esok siap eh, kalau tak siap... " belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, pantas saja Fatin menjawab.

"kalau tak siap, kami tolong cikgu pikat Cikgu Haniff,ehek!" sakat Fatin sambil ketawa.

"haa mulalah tu, nampak sangat tak nak buat, ish-ish, tak ada alasan ok, esok nak bincang, daaa! " ucapku lalu keluar dari kelas 5 Aura.

Dari rupa cikgu baru tu,nampak macam lebih kurang sebaya dengan aku, single lagi ke? Al maklumlah, sekolah ni, semua guru lelaki dah berpunya, tapi kebanyakkannya ulat bulu! Tapi dia memang not bad,. Haish Alisya, gedik kau eh.

***

Aku melangkah masuk ke dalam bilik guru, hari ni aku hanya ada dua kelas,jadi banyaklah masa rehat aku hari ni,fuh!

Bilik guru kelihatan kosong, nampaknya cikgu-cikgu semuanya ada kelas ketika ini, namun,mataku tertangkap pada susuk tubuh yang dikatakan kelas 5 Aura pagi tadi,

Dia ni, duduk depan aku rupanya, tengok dari rupa, nampak macam bukan melayu tulen, kulit cerah, badan tinggi lampai, mata pun tak berapa bulat, sekali pandang macam pelakon Thailand Dj Push pun ada juga dia ni,

Aku melangkah menuju ke arah mejaku,sambil otak ligat memikirkan sama ada aku patut. Tegur atau tak cikgu helok ni, mana lah tahu, bakal jodoh ke? Dapatlah aku anak ala-ala cina-korean macam tu, haha.

"ehem, hai! Cikgu Haniff kan? " sapaku mesra bersama segaris senyuman.

"hurm. " jawabnya segaris.

Hurm je? Dia ni, pandang muka aku pun tak, sombong betul dia ni, ke dia malu?

Sabar Alisya,sabar,jangan nilai orang dengan satu pertanyaan je, kita cuba lagi.

"awak baru pindah sini minggu lepas ke? " soalku lagi dengan senyuman yang masih belum padam.

"hurm. " jawabnya lagi sambil matanya masih memandang helain kertas di tangan.

Kecik besar kecik besar je dia ni, orang tanya tu, jawablah elok-elok, ni tak, dia ingat dia bintang paling popular ke yang nak diva sangat,

"awak ada emas dalam mulut ke?"soalku sinis, panas betul hati aku bila aku tanya, orang jawab macam tu, eyy!!

"saya nampak macam murid awak ke yang perlu jawab soalan awak?huh?" jawabnya sinis, lalu berlalu keluar.

Kau keluar macam tu je? Tunggu kau air batu! Kau tak kenal lagi Qalisya Amani, tak ada lelaki tau yang layan aku teruk, tengoklah, air batu, aku akan buat kau jadi cecair, tunggu

Mataku tajam memanah belakang milik si air batu!

BEESAMBUNG...

P/s:haluu! Cerita baru! Jgn lupa komen tau,macam biasa jgn lupa vote komen and share, yg positif! Enjoy reading semua sis sayang semua! Bukak buku baru untuk RHCA! oh yaa, untuk SEL,ada readers mintak special part, ramai ke nak? Kalau ramai, sis buat,and kalau nk request part mana pn bleh, nnt sis prtimbangkan, orite? See ya!!

You May Also Like

Our Precious Moments

{ Onze Dierbare Momenten } « Momen-Momen Yang Berharga Kita » Semua orang pasti ada kan? Momen dan saat-saat berharga dalam hidup. Cerita ini mengisahkan tentang gadis bernama Nur Aira Maisara, merupakan seorang pelajar yang insecure. Tak banyak bercakap. Sangat suka bersendirian. Dia suka tengok pokok-pokok yang mempunyai daun-daun yang indah macam bunga sakura. Tapi pohon bunga sakura kat Jepun je. Kat Malaysia ni iklim Khatulistiwa, panas dan lembap, tak sesuai untuk pokok bunga sakura hidup dan tumbuh dengan baik. Alah, bunga sakura yang lawa tu, pokok-pokok warna pink macam dalam cerita anime yang korang tengok tu! Bak kata orang putih, Cherry Blossom! Tapi kat Malaysia ade je pokok ni, namanya Pokok Tecoma, lawa gila beb. Warna pink gitu!! Jadinya, Aira suka tengok pokok yang namanya Pokok Anggerik Merpati. Korang pernah dengar tak nama pokok ni? Haha, mesti tak pernah kan? Nama saintifiknya, Pigeon Orchid. Kiranya pokok bunga Orchid la ni! Pokok bunga ni sangatlah besar dan berdekatan dengan Pokok Queen Palm di sekolahnya. "Hmm..Hidup ni memang kena sendirian ke? Aku nak jugak ada kawan macam orang lain...Cuma..aku tak reti nak berkawan..." - Aira - Dia tidak berapa suka apabila bercakap dengan orang, apatah lagi bergaul atau berkawan. Bak kata orang dulu-dulu, orang yang pendiam. Sebenarnya, dia bukan tak suka cuma tak reti! Aira sangat sukakan ketenangan bila dia sendirian. Rasa damai je. Walau bagaimanapun, dia tetap berasa sunyi, lagi-lagi bila dia kena jalan seorang diri. Makan pun sorang-sorang, belajar pon berseorangan. Semua benda pun dia buat sorang-sorang! Kau bayangkan, betapa sepinya hidup kat sekolah kalau macam ni! Tapi! Segalanya berubah bila hadirnya seorang pelajar lelaki yang berwajah tampan berpindah ke sekolah dia! Mamat Belanda pulak tu! "Lah, aku nak tolong kau la. Kau ingat aku nak buat apa?" - Tengku Rafie Dasuki A.K.A Ryker - Hidup Aira berubah 180• darjah bila bertemu dengan budak lelaki Happy Go Lucky ini! Perangainya, Ya ampun! Boleh tahan nakal jugak! Selamba pulak tu! Jadi sakit kepala kalau dilayan! Namun begitu, dengan hadirnya si dia dalam hidup Aira, kini hidupnya penuh dengan warna-warna pelangi! Suka dan duka! Gembira dan sedih! Nak tahu apa yang berlaku antara Aira dan Mamat Belanda ni, bacalah novel ini! >_

umayra_yusoff · Urban
Not enough ratings
10 Chs

MR Q DAN MR V

Ruth seorang gadis yang comel dan nakal,sifatnya agak sedikit tulus sehingga nampak kebodohan yang menlucukan,dari keluarga pertengahan,bapaknya memiliki sebuah kedai runcit separuh abad.Ruth tidak mempunyai ibu,tapi mempunyai papa dan dua orang abang yang sangat menyayanggi Ruth dengan sepenuh hati mereka.Aboy abang sulung yang bersifat lembut dan Ate yang sisi tidak pasti baik atau jahat,papa mereka seorang yang kedekut,tapi keluarganya tetap utama. Quan jiran sebelah rumah dan juga teman masa kecil Ruth yang bercita² tinggi,dia sangat pintar dan bergaya,dia seorang anak tunggal di dalam keluarga,jadi dialah harapan ibu bapanya,bapaknya menpunyai sebuah kilang makanan. Villiam seorang chef terkenal yang hemsem berkerja di sebuah restoran lima bintang di kuala lumpur bandar raya yang sibuk,bukan saja hemsem tapi juga pandai masak,satu suka bersaing dan agak romantik. Diana sahabat talam dua muka yang selalu merasakan dia lagi bagus dari Ruth,dari alam persekolahan lagi dia menanggap Ruth sebagai persaingnya dalam diam,tampa Ruth sedari Diana bermain kotor di belakangnya. Ruth dan Quan pernah bercinta,karna salah faham,mereka akhirnya berpisah dan menjalankan kehidupan masing²,di saat Ruth mengenali Villiam.Quan muncul kembali ingin bersama,pada masa yang sama Diana juga muncul sebagai penghalang untuk Quan kembali kepada Ruth.Villiam juga tidak mahu mengalah untuk memiliki Ruth,bagaimana pengakhirannya di antara mereka nanti...

FOX12 · Urban
Not enough ratings
39 Chs