webnovel

Cinta Gadis Kafe

Author: ZienDarwisy
Urban
Ongoing · 48.6K Views
  • 13 Chs
    Content
  • ratings
  • NO.200+
    SUPPORT
Synopsis

Di sebuah kafe inilah bermulanya kisah cinta empat orang insan bernama Eylem, Mary, Gabriel dan Carl. Peristiwa yang tidak terduga terus mengikat mereka untuk terus bertemu dan akhirnya jatuh cinta. Sejarah cinta dua darjat banyak onak dan duri, itu Eylem dan Mary sangat arif kerana masing-masing ada sejarah hitam tersendiri tetapi takdir cinta mereka memaksa mereka menempuh cabaran itu. Berjayakah mereka atau mereka terpaksa melepaskan cinta itu pergi? Gabriel, jejaka yang bukan mudah jatuh hati tetapi keletah gadis kafe itu telah berjaya mencuri hatinya. Carl, dalam kamus hidup lelaki ini tiada istilah cinta sejati. Bagi dia, wanita yang mendampinginya hanyalah untuk berseronok tetapi hanya kerana seorang gadis kafe ini, hidupnya menjadi tunggang langgang. Mula: 9 Jan 2020 Tamat: -

Tags
1 tags
Chapter 1Pandangan Pertama

Eylem terpana. Matanya kaku disitu. Bibirnya hampir terbuka luas melihat sekekar tubuh yang berjalan segak melepasi tubuhnya. Memang ciptaan Tuhan yang paling indah. Bisik hatinya.

Eylem tersentak bila terasa bahunya ditepuk kasar oleh Mary. Lenyap segala pandangan indah di hadapan matanya. Kini yang tinggal hanya rasa kesal menyelebungi hatinya. Dia memandang wajah Mary dengan rasa tidak puas hati. Mary menjengilkan matanya. Dia ingat comel buat macam tu? Getus hati Eylem.

"Kau tengok apa sampai nak terkeluar air liur? Anak dara biar sopan sikit." Tegur Mary tanpa peduli wajah Eylem yang sudah berkerut seribu.

"Mary, kau buta? Kau nampak tak lelaki tadi?" Tanya Eylem bersungguh-sungguh. Mary memandang ke arah jejaka yang di maksudkan oleh Eylem.

"Gorgeous nya dia. Pertama kali dalam hidup aku, aku jumpa manusia rupa macam tu. Memang tak boleh lawanlah. Model pun kalah," kata Eylem dengan teruja.

Mary meletakkan jarinya di dagu. Sejenak memikirkan kata-kata Eylem.

"Hmm...bese-bese je aku tengok. Model bukan semua cantik rupawan," kata Mary seolah memperolok kata-kata Eylem.

Eylem menepuk bahu Mary sekuat hati. Geram hati Eylem mendengar komen daripada mulut sahabatnya itu. Mary memang tak ada perasaan langsung!

Mary mengeluh kesakitan. Dia menggosok bahunya yang terasa sakit akibat penangan tangan sasa Eylem.

"Okay, aku minta maaf. Bukan aku sengaja. Kau kena faham cantik tu subjektif. Dia mungkin handsome tahap dewa tapi not my taste, okay! Satu lagi, agak-agaklah kalau ada taste sekalipun. Tinggi benor taste kau ni. Fikir semula, ada tak lelaki macam tu nak pandang perempuan macam kita ni, lebih-lebih lagi perempuan macam kau," kata Mary dengan nada sarkastik. Dia menyambung kerjanya mengelap meja yang penuh dengan kotoran.

"Hei, teruk sangat ke aku ni?" Tanya Eylem cuba protes sambil tangannya pantas mengemop lantai.

"Girl! Aku tak maksudkan rupa kau. Yang aku maksudkan status dan taraf kau. Tengok penampilan dia kita dah boleh agak siapa dia. Bukan calang-calang orang." Ucap Mary.

Terkesan dengan kata-kata Mary, Eylem hanya mengeluh kecil. Eylem tahu, dia tidak sehebat Mary. Dari segi rupa mahupun latar belakang pendidikan. Dia bukan tandingan Mary tapi bersahabat dengan Mary tak pernah buat dia rasa rendah diri tapi hari ini perasaannya sangat berbeza. Kata-kata Mary menyedarkan dirinya siapa.

"Aku tidaklah bermimpi sampai ke situ. Aku cuma kagum dengan ciptaan Tuhan. Salahkah?" Jawab Eylem cuba menghapuskan angan-angan yang mula bermaharajalela. Sekaligus, mengelak daripada terus dikritik.

"Nothing wrong, dear. Yang indah untuk dinikmati tapi jangan cuba sesuatu yang mustahil untuk dapat nanti kau yang sakit. Aku sayang kau. So please stop doing this. You are looking like high-school girl that whining her puppy's love," nasihat Mary dengan tegas.

Walaupun kasar diperdengaran tapi Eylem tahu Mary bukan sengaja menyakiti hatinya. Tidak mahu membahas lagi topik itu lagi, Eylem hanya mendiamkan diri.

Saat itu, Eylem tahu Mary mungkin tidak gemar bercerita soal cinta dan selepas ini tidak mungkin dia ingin menyuarakan kata hatinya lagi pada Mary. Mungkin ini akan menjadi rahsia hatinya saja.

Eylem melihat jejaka tampan yang dilihat sebentar tadi sedang bergelak tawa dengan rakan-rakannya. Haih...dengar tawanya saja sudah membuat diri Eylem luluh.

Eylem terpandang wanita yang begitu cantik dan sopan di samping jejaka itu. Betul kata Mary. Dia bukan taraf kau, Eylem. Bisik hati Eylem

Tidak mahu terus hanyut dengan perasaannya, Eylem kembali menyambung pekerjaan yang tergendala sebentar tadi. Setelah selesai, dia terus melangkah ke bilik stor.

Dari jauh Eylem melihat Mary dengan beraninya menegur sikap sepasang kekasih yang kurang menyenangkan. Wajah lelaki itu merah padam menahan amarah. Matanya mencerlung ke arah Mary seolah-olah tidak puas hati dengan kelangcangan mulut Mary.

Perkara seperti ini sering berlaku jadi Eylem tidak hairan melihat kelakuan Mary.

Tapi...untuk kali ini.

Senyuman Eylem terus mati bila matanya merenung ke arah kelompok pelangan tersebut. Dia kenal lelaki yang berada dalam kelompok itu. Dia adalah Mr.Gorgeous yang dilihat sebentar tadi. Ohh...Mary apa yang kau sedang buat tu? Habislah...

You May Also Like