webnovel

bab36

"ouh, mama dengan papa!  Saira ingat siapalah tadi"ucapku saat melihat wajah mama dan papa di muka pintu bersama Lyn, memang aku menjemput mereka,bagi memeriahkan lagi suasana.

"ehem kau tengah buat apa haa?!  Merah je muka masing-masing" tegur Salina sambil mengecilkan mata.  Tangan kananku menyentuh pipi kananku.

Zafrel memamdang ke arah ku sambil tersenyum nakal. Haish dia ni, semua benda nak semyum haishh..

***

Rancangan aku dan Zafrel berjalan dengan lancar, umi dan abi juga telah pulang ke Kelantan, berakhirlah lakonan aku dan Zafrel, entahlah, aku berasa sayu, sedihkah aku bila hubungan aku kembali renggang semula, tapi dia rasa ke apa yang aku rasa?

"uit! Berangan apa tu Puan Saira? " sapa Zafrel,  lalu mencuit hujung hidungku.

"awak rasa? " ujarku,

"fikir fasal saya.. " ucap Zafrel lalu mengenyitkan mata.

Betul lah tu!  Ucapku dalam hati.

"awak... Ingat tak reward saya? " ucap Zafrel manja.

Erk! Reward apa pula ni!  Dia serious ke?  Janganlah dia minta pelik-pelik Zaf oi!

"awak nak saya bagi apa? " soalku perlahan.

"okeyh, awak pergi kemas-kemas baju, " ucap Zafrel ceria.

Kemas baju?  Dia nak ceraikan aku ke?  Dia halau aku ke?  Hatiku terasa pedih, ruang hati yang baru aku buka bagaikan dipaksa tutup kembali.

"awak halau saya ke? " soalku kepada Zafrel tanpa memandang kearanhnya.

"haish awak ni, jauh sangat fikir, tak, saya nak ajak awak keluar, dah cepat siap, kemas untuk 4 hari, " ucap Zafrel  lembut,

Aku bangun dan turuti apa yang dipinta Zafrel, tidak pula aku tahu kemana dia hendak membawaku. Benar, Saira diawal perkahwinan kami, bukan lah Saira yang sekarang, aku akui aku buka hati untuk Zafrel namun aku tidak tahu dia.

Sepanjang perjalanan, Zafrel hanya diam, biasanya dia lah yang banyak bercakap, hairan aku dibuatnya. Atau mungkin,entahlah,buntu untuk aku fikirkannya.

Zafrel memandu masuk, ke dalam kawasan sebuah resort yang bertemakan ala Bali, banyak pokok-pokor yang menghiasi kawasan resort ini.

"ada event ke? " soalku kepada Zafrel.

"eh tak lah, untuk kita lah" ucapnya lembut lalu mengenyit mata kanannya.

Baru sahaja aku hendak melangkah menuju ke lobi hotel, Zafrel menghulurkan tangan kanannya, sambil merenungku dengan kepala yang disengetkan.

Aku memandang lama tangan yang Zafrel hulurkan, ikutkan hati memang mahu saja aku capai tangan itu sepantas kilat, perlahan aku sambut huluran Zafrel. Aku perasan dia tersenyum pabila tanganku menyentuh tangannya,

Kami berjalan beriringan menuju ke meja reception,hatiku diulit bahagia, walau tiada kata putus, namun cukup buat aku rasa bagaikan bercinta.

Aku memasuki villa yang ditempah atas nama Zafrel. Konsep vila ini memang ala-ala Bali, terdapat sebuah kolam renang peribadi di hadapan villa ini, yang dikhaskan, di dalam villa juga terdapat jakuzzi, hiasa bilik ini memang dihias bagaikan bilik bulan madu.

Zafrel tiada bersamaku, katanya ada barang tertinggal di dalam kereta. Mungkin dia dibiliknya, kerana aku tahu Zafrel menempah dua villa di atas namanya,

Aku mengemas pakaianku, memasukkan baju-baju ke dalam almari supaya mudah untuk match matching nanti.

Buka saja pintu almari, aku ternampak sepasang gaun labuh berwarna putih yang bertatah batu swarovski dan taburan manik mewah. Bersama sekeping nota.

"see you tonight at 8 p.m. at the beach-your hubby"

Aku tertanya-tanya maksud di sebalik nota yang aku baca, benar persis novel dan drama, tapi, tak mungkin Zafrel lakukan seperti itu,

Selepas menunaikan solat magrib, aku mengenakan gaun labuh yang tergantung di dalam almari dan dipadankan dengan selendang putih,seram pula bila pakai serba putih malam-malam begini, risau cik hants, ingat aku kawan dia pula, haih, jangan-jangan! ..

Aku mencapai tas tangan sebelum terdengar bunyi loceng bergema.,

Aku membuka pintu,dan mendapati dua petugas resort berdiri di hadapanku,

"Puan dah siap? " soal salah seorang dari mereka.

"dah, kenapa ye? " soalku hairan

"mari kami iring Puan ke pantai, suami Puan dah tunggu" ucap mereka sopan,

Aku hanya mengangguk perlahan,aku berjalan sambil diiringi oleh dua pekerja resort yang manis perwatakannya.

Dari jauh, aku perasan, di sebalik gelap pantai, terdapat cahaya samar-samar di tengah sana, yang sedikit jauh dari cahaya resort.

Aku semakin mendekati cahaya itu,  sampai sahaja di depan itu, aku terkejut, melihat kawasan yang di hias cantik, kiri dan kananku, dipenuhi dengan deretan lilin yang diletakkan di dalam balang, sadang ralit aku memerhati susun atur dan hiasan itu, hadir satu susuk yang cukup aku kenal bersama senyuman yang sering membuat hatiku,kian hari, kian mekar,

Zafrel mengenakan suit lengkap bersama bolt tie,kemas! Dan manis seperti biasa, tanpa sedar,hatiku memuji ciptaan ilahi yang bergelar suamin.

"hai Saira Irdina, awak cantik,dan makin cantik" puji Zafrel, bersama renungan yang sukar untuk aku gambarkan..

"come.. " ucap Zafrel lalu menarik tanganku perlahan.

Dia bergerak ke sebuah kerusi, dan menariknya untukku.

Zafrel mengambil tempat yang bertentangan. Matanya tak lepas memandang aku sambil tersenyum, tenang wajahnya,

"Saira.. Malam ni,malam yang saya kumpulkan semua kekuatan saya untuk awak, andai ini malam terakhir kita, saya nak ia berakhir tanpa duka, andai kita tak bersama, saya reda dengan takdir sang pencipta. " ucap Zafrel lembut dan tenang,

Jantungku berdegup bagaikan baru habis larian pecut 100 meter, berdebar rasanya mendengar bait bicara Zafrel, aku takut, aku takut. Tiada peluang untuk aku ungkapkan perasaanku disebabkan ego ku selama ini.

"saya nak bagitahu awak, yang nikahi awak, adalah hari terindah buat saya, namun berat untuk di dipikul segala tanggungjawab, saya tahu, saya bukan yang terbaik, dan takkan pernah jadi yang terbaik, pertama kali mata saya terlihat gadis semanis awak, hati saya dah terpaut, tapi siapa saya nak memaksa cinta, saya tak paksa, dan akan tetap menerima, Saira, saya cintakan awak. " ucap Zafrel tenang, namun aku tahu ada gusar dinhatinya.

Aku kelu, bukan kerana aku tak suka, namun aku terpaku dek kerana teruja, sukar untuk aku gambarkan perasaan aku,aku tunduk sambil tanganku memicit tangan satu lagi, takut, jujur aku takut dengan cinta, kerana takut terluka, namun Zafrel, buat hati kembali berdenyut kerana cinta.

"saya faham, tak apa, saya tak paksa awak, tapi.. "

Belum sempat Zafrel menghabiskan kata-katanya, pantas aku memotong,

"I love you too" ucapku ringkas namun wajahku sudah mula merona merah..

Zafrel memandang dalam anak mataku mencari kepastian, aku angguk perlahan sambil bibir cuba mengukir senyuman.

"thanks sayang, sebab sudi terima cinta saya, "ucap Zafrel perlahan lalu menggenggam tanganku.

Usai makan, aku dan Zafrel jalan beriringan, jujur, aku berasa janggal dengan situasi ini, namun  bahagia yang tak dapat untuk aku ucap, sungguh aku bersyukur, di beri kesempatan untuk merasa nikmat cinta manusia,.

"awak,.. "panggil Zafrel lembut.

"hurm? " soalku sambil memandang ke arah Zafrel.

" jom, tapi, awak kena tutup mata" ujar Zafrel ceria.

"jom?  Mana? " soalku hairan.

"haish banyak ehh nak tanya, awak rasa? " ujar Zafrel dengan nada suara menggoda.

"Zaf! Awak ni! " kata ku satu jelingan maut aku hadiahkan.

"uish isteri saya ni garang lagi, but I like! " ujar Zafrel lalu mengeyitkan mata.

****

Aku terhidu, bau bunga mawar yang sangat kuat, Zafrel memimpinku sambil mataku tertutup rapat.

"dah, boleh buka" ucap Zafrel.

Aku membuka perlahan mata, seperti yang aku jangka, terdapat, ratusan kelopak mawar disekelilingku, bilik yang hanya diterangi dngan cahaya lilin ini, cukup romantis,mataku trtngkap pada satu tulisan dari pada susunan lilin dihadapanku.

"thanks wifey "

Baby I love you and i'll never let you go

But if I have to boy I think that you should know

All the love we make can never be erase

And i promise you that you will never be replaced

Baby I love you and I'll never let you go

But if I have to boy I think that you should know

All the love we make can never be erase

And i promise you that you will never be replaced

I love you yes i do

I'll be with you as long as you want me too

Until the end of time

From the day I met you

I know we've be together

Air mataku mula bergenang tat kala mendengar bait lirik yang dinyanyikan Zafrel dari lagu never be replaced.

"thanks sayang, sebab terima saya, mengenali awak adalah satu kemanisan, nikahi awak adalah satu rahmat, menerima cinta dari awak, adalah satu kebahagian yang tak mampu untk saya katakan, doakn saya mampu jadi imam yang baik untuk awak dan bakal zuriat kita, awak, adalah anugerah terindah, " ucap Zafrel sambil tengannya memeluk erat pinggangku,

Aku tersenyum,tak sabar rasanya nak meniti hari bersama dia yang bergelar suami, tak sabar untuk menebus khilaf ku sebagai isteri.

Zafrel membaringkanku perlahan di atas katil. Mata redupnya memandang wajahku tenang. Satu kucupan hangat hinggap di dahiku. Kemudian kelopak mata, hidung dan bibir mekarnya menyentuh ulas bibirku.

"assalamualaikum sayang. "

Malam itu,aku secara sepenuhnya aku menjadi milik Zafrel Amran, imamku, ya Allah, kau rahmatilah perkahwinan ini, dan limpahkanlah kebahagiaan dalam hubungan kami.

BERSAMBUNG...

P/s: fuh!  Ok ke?  Harap korang enjoy lah ye, maaf tau lambat,enjot reading semua!  Jgn lupa vote, kome and share, jumpa next week!. Love you all!!

Next chapter