webnovel

bab37

    "Good morning sayang! " sapa Zafrel yang sudah pun berdiri di hadapan ku sambil tersenyum manis.

Aku pantas masukkan kembali kepala ke dalam selimut bagaikan kura-kura, wajahku membahang mengingati peristiwa semalam, tak aku sangka,semalam aku telah meluahkan rasa cinta aku kepada Zafrel. Aku takut, tapi sukar untuk aku nafikan

"why sayang abang ni?  sayang malu eh, tak apa lah, take your time, abang keluar kejap, nanti kita jemaah sama-sama ye, " ucap Zafrel lembut bersama senyuman manis, lalu berlalu keluar.

"abang?!  What?  Aduh, apa ni,  cepatnya, aku malu... " keluhku di dalam hati. Mana tidaknya, rasanya baru semalam hubungan kami berubah, pagi ni dah abang sayang, bukan tak suka, tapi tak selesa!

***

Usai menunaikan solat, Zafrel mula mengetuai bacaan doa,

" yaAllah, kau lindungilah hubungan kami, kau rahmati lah isteriku, kau teguhkan lah aku untuk terus meminpin dan jadikan lah aku suami yang bertanggungjawab dalam mengetuai perjalanan kami, aku syukur kepada atas segala bahagia yang kau anugerahkan. "

Sayu hatiku mendengar bait2 doa yang keluar dari bibir Zafrel, selama ini, dia hanya membaca doa-doa ringkas, namun pasti ada saat yang dia diam,mungkin itulah saat dia berdia tentang hubungan kami.

Zafrel memalingkan badannya menghadap diriku sambil tersenyum tenang.

Aku membalas senyuman Zafrel,mungkin inilah senyuman yang paling manis pernah aku hadiahkan kepada Zafrel.

"jom! kita tengok matahari terbit,sempat lagi ni, "ajak Zafrel sambil sebelah keningnya dijongketkan.

***

Langit masih lagi gelap ketika kami sampai di tepi pantai,

"sayang.. " panggil Zafrel.

"erk, awak, boleh tak,kalau,tak guna sayang,abang,saya,tak selesa, mungkin awal lagi, "ucapku teragak-agak.

"tak apa saya faham, " ucap Zafrel perlahan, tiada bulas garis manis dibibirnya,marahkah dia?

"awak marah saya ke? " soalku,  serba salah, bukan senang untuk seorang Saira Irdina bersoal begini.

"awak rasa? " soal Zafrel kembali.

Dia ni,.. Macam mana otak aku ni nak bergerak pagi-pagi ni, nak pujuk ke tak?  Haish,

Aku hanya memandang ke arah laut sambil mendengar deruan ombak yang menenangkan, tak tahu nak mulaka bagaimana, dah lama tak bercinta kekok nak bermanja.

"penat saya tunggu awak pujuk, awak diam pula ye, how can saya nak merajuk dengan awak Puan Saira, abe Zaf ni, susah tau nak marah dengan kak Saira, " ucapnya bersama segaris semyuman nakal.

"awak ni,...! Erm,..Saya nak tanya boleh? Awak cakap, awak suka saya masa first time kita jumpa kan, maksudnya, masa awak siku kepala saya? " soalku, setahuku, bukan main dingin lagi Zafrel masa itu, dah lah dingin, biadab pula tu!

"nope!  3 years ago, dekat mahkamah, saya nampak awak tengah membebel masa tu, sebab tudung tak jadi, comel, "ucap Zafrel sambil matanya meneroka setiap inci wajahku.

Jadi dia tak tipu, masa mama tanya dia dulu.

"eh awak!  Tu matahari dah nak naik! "ucap ku teruja.

Tapi tak pula dia menoleh ke arah matahari,

"awak... Tadi dia yang ajak, ni tak nak pula tengok" omelku perlahan.

"entahlah, mata ni, nak tengok cahaya wajah permaisuri hati je, macam mana eh? " ucap Zafrel manja.

Aish, dia ni, aku taknak lah tunjuk sangat yang aku ni cair,tapi,dia ni...

"sayang, tq tau" ucap Zafrel sambil menggenggam erat tanganku.

"Herm? Untuk apa? " soalku.

"sebab terima saya semalam, dan hari-hari mendatang,terima kasih sebab terima saya yang tak sempurna"jawabnya lalu mencium lembut tanganku

Hatiku tersentuh, dia silap, aku yang tak sempurna untuk dia, aku yang selama ini banyak menolak dan cuba membenci Zafrel,namun mujur Allah tiupkan rasa cinta kepada lelaki yang sabar ini.

"saya minta maaf, sebab tak bukak hati saya awal untuk awak, " ucapku jujur, jujur,aku rasa bersalah dek layanan yang aku beri kepada Zafrel, namun bukan semudah itu.

"tak, waktu awak garang sebelum ni pun, dah buat saya makin cinta dekat isteri saya ni, I love you Saira Irdina, sampai nafas yang terakhir. "ujar Zafrel lalu mencuit hujung hidung ku,

Tanpa sedar, bibirku mengukir senyuman,aku harap dia yang terbaik dan hubungan ini, akan menjadi hubungan sampai syurga.

***

Empat hari berlalu, empat hari juga aku tersenyum bahagia bersama dia yang bergelar suami, siapa Zafrel sekarang?  Dia lelaki yang berjaya menawan hati aku.

"haa, fikir apa tu? " soal Zafrel sambil memandang ke sekilas.lalu matanya difokuskan kembali dengan pemanduan.

"nothing, " jawabku lalu menghadiahkan segaris senyuman.

"really?  Bukan fikir fasal saya? " ucapnya lalu kening kanannya dijongketkan.

"perasan! " nafiku, haish, selalu sahaja dia dapat membaca fikiranku,

***

Sampai sahaja di rumah, aku naik ke tingkat atas, dan menuju ke bilik.

Baru sahaja kaki hendak melangkah masuk ke dalam bilikku,namun satu pelukan aku terima dari belakang. Pinggangku dipeluk lembut.

"ehem, where are you going?  This is not your room, "bisik Zafrel lembut ditelingaku.

Zafrel memusingkan badanku menghadapnya, mata bundarnya, merenung lembut anak mataku,

"don't leave me okay?  Saya tak sanggup" ucapnya.

"eleh, baru lagi, taknak berpisah, entah-entah nanti nak duduk dekat dengan saya pun tak sudi. "dugaku, biasalah lelaki, dulu pun Rafiq sayang aku namun, hatinya  berubah selepas 7 tahun.

"alolo, comel! Anda rasa saya ada masa nak jauh dari isteri saya? " kata Zafrel sambil ketawa,

Haish, main-mainlah dia ni, aku cakap betul, dia ni, dah lah ada rupa, berharta, siapa je tak jatuh cinta, gusar aku dibuatnya.

"dengar ni, rasa kasih dan cinta ni kita tak nampak, tapi percayalah, bila saya dah sayang awak, saya tak akan lepaskan awak, you are mine forever" luah Zafrel lalu dia menarik aku dalam dakapannya.

***

Terasa berbeza hari ini, aku dan Zafrel masuk ke pejabat sambil berpegangan tangan, ya, ini bukan pertama kali,tapi,lain benar perasaan hari ini, susah untuk aku luahkan betapa aku bahagia bersama dia.

"good morning Kak Nita!" sapaku pabila melalui mejanya.

"morning Saira, morning Encik Zafrel happy, je muka ni, ada good news ke? " soal Kak Nita teruja.

"good news?  Apa? " soalku hairan, tak mungkin Kak Nita tahu hubungan kami dulu bagaimana.

"ala, Saira ni, dah berisi ke? " soal Kak Saira sambil tersengih.

"ouh, tak lah, yang tu, coming soon? Haha" jawabku ceria, coming soon?  Haha bersedia ke?  Entahlah, tapi aku tak menolak jika rezeki itu hadir awal.

"sayang, saya masuk bilik dulu tau, ke.. awak nak follow?" ucap Zafrel nakal.

"eh, taknak lah. Saya ada kerja lah,lama sangat cuti, nanti bos marah pula cakap makan gaji buta. " perliku kepada Zafrel, teringat aku masa mula-mula kerja di sini, bukan main garang lagi bos aku. Siapa lagi Mr B lah, lama pula tak panggil macam tu ye. Lepas ni Mr H lah,Mr hubby, ehh,gedik lah Saira, haha.

"alah tak apa, kalau pandai pancing bos,bos tak marah lah,tapi bertukar manja, " ucap Zafrel lalu mengenyitkan mata kanannya dan berlalu menuju ke biliknya.

***

Aku melabuhkan punggung dia atas kerusi, tak lama kemudian,terdengar ketukan dari luar pintu.nampak Kak Nita yang sedang tersenyum disebalik pintu kaca tersebut

" Saira, ni fail klien baru, ni klien Alina, tapi,dia kan cuti sakit lama, jadi pass dekat Saira lah," terang Kak Nita.

Aku menyambut huluran fail dari Kak Nita. Sedang aku meniliti helain-helaian fail tersebut, mataku terpaku pada satu nama, Husna?  Dia nak tuntut cerai? Hubungan dia dengan Rafiq ada masalah? Sangkaku mereka bahagia,tapi tidak.

BERSAMBUNG..

P/s:hai! Maaf2 spatutnya semalam kan, tapi ada problem sikit, okey, bab kli ni, ok ke?  Next bab kita jumpa Husna pula ye, ada Rafiq ke?  Kita tengok nanti, hehe,apa-apa enjoy reading semua!  Jangan lupa vote, komen and share, komen positif korg slalu bt sis happy and lg semngat, kdg2 problem hal lain tp baca kome korg jd tenang sikit, tq tau, sayang semua!!

Next chapter