30 ribu tahun dahulu,
Muncul sebuah virus yang telah membunuh berjuta2 manusia di muka Bumi. Virus kecil yang tidak punya penawar yang menyebabkan manusia hidup dalam ketakutan. Virus yang mengubah segalanya. Ia mudah merebak dari sentuhan dan udara. Para jenius dan saintis serata dunia mula mencari penawar bagi penyakit ini dengan pelbagai cara. Namun bukan penawar yang mereka temui melainkan maut kepada diri mereka sendiri. Hari demi hari para rakyat bertambah ramai yang dijangkiti.
Tiga tahun telah berlalu sejak munculnya virus itu, namun tiada yang berubah mereka masih hidup dalam kesengsaraan. Askar dan polis mengawal diserata tempat, menembak siapa saja yang melanggar arahan pihak atasan. Manusia hanya mampu berdiam diri di dalam rumah masing2. Hanya dalam masa tiga tahun berjuta2 manusia terbunuh oleh virus ini sehinggakan kubur para manusia yang mati seluas mata memandang. Tiada kubur yang boleh dilawati hanya nama yang mampu mereka ingati. Ketakutan, kelaparan, tangisan mengisi bandar2 megah yang dulunya dipenuhi kegembiraan. Tiada lagi pusat hiburan mahupun pusat membeli belah. Satu pesakiti sembuh beribu2 pula yang mati.
'Harapan sembuh hanya sebuah mimpi yang tak akan pernah menjadi nyata' Itu lah yang sering ucapkan.
Para raja dan ketua serata dunia dalam keadaan putus asa. Bekalan makanan dan sumber air bersih mula berkurangan . Tiada lagi sawah padi mahupun ladang2 jagung yang hanya ada tapak perkuburan mayat yang luasnya beratus2 ribu hektar. Ada negara yang sudah tak punya penghuni, ia ibarat tanah tandus tanpa hidupan. Para manusia menyangka ini adalah pengakhiran dunia. Para raja2 serata dunia barsatu hati dan sebulat suara untuk sehabis mungkin menyelamatkan mereka yang belum dijangkiti. Akhirnya, selepas perbincang2 mereka bersetuju untuk membina sebuah tempat yang boleh dihuni tanpa rasa takut lagi. Tempat yang dinamakan Paradise.
Mereka yang telah dijangkiti virus ini disebabkan bersentuhan dengan mayat atau pesakit yang sedang parah. Ia juga merebak melalui udara disebabkan daripada kuman2 darah pesakit. Tanda2 awal pesakit telah dijangkiti ialah muntah darah berwarna merah kehijaun seolah2 nanah. Virus sangat cepat menyerang organ2 dalam tubuh bandan manusia. Dalam masa 24 jam tanpa rawatan rapi pesakit boleh mati dan merebakan lagi virus ke udara. Hanya 50% sahaja peluang untuk hidup selepas dijangkiti. Tapi jika takdir sudah tertulis manakah lagi boleh diubah.
Pemuda2 dalam kalangan rakyat biasa diarahkan membina tembok tinggi pada tiga negara terbesar yang boleh memuatkan beratus2 juta manusia. Tepat didepan tembok itu tertulis "PARADISE" yang ditulis dengan tulisan berwarna putih bersih.
10 tahun telah berlalu,
Hasil kerja keras daripada para pumuda tembok yang tinggih dan kuat telah siap dibuat. Selain tembok Paradise, terdapat lagi tiga negara yang mengelilingi nya juga telah di buat tembok tinggi. Banyak bangunan2 besar dan indah hampir siap dibuat di dalam Paradise. Tiga negara lain nya pula siap memiliki tembok masing2. Di dalam tiga negara itu terdapat berjuta2 rumah dan ladang yang telah siap dibuat.
Pada masa ini telefon bimbit dan barang2 elektronik yang lain jarang sekali digunakan. Hal ini disebabkan tiadanya dana untuk membuat telefon dan duit untuk membelinya. Sekarang duit ialah segala2 nya. Tiada lagi artis2 terkenal mahupun sosial media. Manusia berkerja serta berdoa siang dan malam. Kabar siapnya Paradise menjadi sinar harapan para umat manusia. Bak namanya Paradise, Syurga yang mereka inginkan 13 tahun bukan lah masa yang singkat. Para raja2, orang2 penting , jenius2, dan jutawan kaya raya akan mendiami Paradise.
Tiga buah negara yang mengelilingi Paradise pula akan menjadi kediaman rakyat jelata. Negara X, Negara S dan Negara M negara yang paling selamat dan paling hampir dengan Paradise. Kini, ramai rakyat mula menuju ke negara2 yang telah ditetapkan untuk mereka tinggali. Perjalan jauh yang mereka lalui dengan harapan akan selamat akhirnya berbaloi apabila mereka selamat sampai ke negara masing2. Selepas berbulan2 lamanya akhirnya sebahagian besar rakyat selamat sampai ke negara dan rumah baharu mereka besama keluarga masing2
..........
Malam itu sangat sejuk, kelihatan sebahagian kecil kelompok rakyat biasa sedang dalam perjalanan untuk ke negara mereka. Di sebuah tempat berhampiran mereka berkumpul kelihatan ada sejumlah orang berlari dengan laju kearah mereka. Kelompok yang sedang berlari merupakan ahli keluar para rakyat biasa tersebut. Para rakyat biasa berasa gembira namun dalam masa yang sama takut dan sedih.
Hal ini disebabkan, kelompok yang sedang berlari TELAH DIJANGKITI VIRUS !.
Pagi indah buat para rakyat yang baru saja mendiami rumah baharu mereka dikhabarkan dengan khabar yang mengembirakan. Virus berbahaya itu tidak lagi merebak mahupun aktif dalam tubuh badan manusia yang telah dijangkiti. Mereka yang telah dijangkiti masih boleh diselamatkan. Hal ini mula disedari 3 bulan lalu apabila tiada lagi pesakit baru yang terjangkiti. Selain itu pesakit yang baru dijangkiti beransur sembuh.
"SEMUANYA TELAH BERAKHIR!". Sorak para rakyat dengan tangisan kegembiraan.
Tapi yang sebenarnya ianya baru sahaja bermula.
♥︎♥︎♥︎.
Lima tahun berlalu dengan pantas, para pemuda sedang membina tembok mengelilingi tiga negara dan Paradise. Tembok besar dan tinggi. Ramai rakyat berasa pelik mengapa perlu membina tembok lagi sedangkan semuanya sudah berakhir?. Namun tiada siapa yang membantah pihak atasan meraka hanya menurut dengan perasaan takut.
Bulan dan bintang menyinari langit malam, para tentera dengan mengawal tembok bahagian luar negara. Dari jauh kelihatan seorang berjalan terhuyung hayang seperti orang mabuk menuju kearah tembok luar. Disebabkan tembok yang tinggi jadi para tentera sukar mengetahui siapakah yang sedang berjalan.
" Kapten, kelihatan seorang manusia sedang menuju kearah tembok luar !". Bicara seorang pemuda dengan mata yang memancarkan sinar ketakutan. " Suruh Lee uruskan untuk aku " Balas Kapten yang sibuk merancang beberapa strategi. " Baik Tuan!".
Sehari sebelumnya,
Kelihatan seekor rusa sedang berlari2 di padang yang mula berumput. Tiba2 dari tanah muncul sebuah tangan manusia atau lebih tepat nya lagi tulang manusia. Seorang mayat seakan zombie keluar dari tanah ia seperti masih hidup cuma kelihatan kurus, pucat dan menakutkan. Dia berdiri dengan tegak melihat kearah rusa itu kemudian berlari dengan laju lalu menangkap rusa tadi. Dia memakan dengan rakus rusa itu. Perlahan2 muncul lagi mayat2 dari arah yang berbeza namun yang pasti mereka semua keluar dari tanah. Padang yang telah berumput itu kembali lagi berlubang2 seperti sebelumnya. Banyak mayat yang sedang berjalan tanpa arah. Namun apabila matahari mula bersinar mayat2 berlari dengan pantas ke tempat gelap. Pagi indah seperti hari2 yang sebelumnya. Namun semenjak hari ini semuanya akan berubah sekali lagi.
Perang baru bermula.