3/8/****
Malam yang sangat dingin,
Sebuah rumah kecil di hujung Kampung Seri Permata sedang dalam suasana gembira hal ini kerana lahirnya bayi sulung dari sepasang suami isteri muda. Setelah usia perkhawinan mereka genap setahun mereka dikhabarkan dengan berita gembira. Isterinya telah disahkan mengandung oleh bidan kampung mereka. Hari2 mereka depenuhi warna warni kegembiraan yang mereka sangka tak punya penghujung. Hinggalah suatu hari dimana isteri si pemuda bakal melahirkan.
♥︎♥︎♥︎.
Sehari sebelumnya,
"Abu, bukan kah bini kamu sedang mengandung sekarang?" Soal Pak Kasim sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari pantai. "Benar Pak Kasim, sekarang usia kandungannya telah genap 8 bulan" Beritahu Abu dengan suara yang gembira. Abu Mustafa atau lebih mesra dipanggil Abu oleh penduduk kampung seorang pemuda yang gigih berusaha untuk membantu keluarganya. Ramai gadis2 kampung yang tergila2 dengan dirinya. Tampan dan rajin namun takdir yang telah tertulis manakah bisa diubah. Walaupun dirinya sempurna tapi dia hanya anak seorang nelayan yang tak punya pendidikan. Hari itu usianya genap 23 tahun, Abu baru sahaja pulang dari laut. Dia sedang berjalan sambil memegang sebuah baldi hasil tangkapannya, dari jauh dia dapat melihat seorang gadis yang sedang duduk di jeti. Angin laut meniup selendang yang ia gunakan, selendang yang menyembunyikan sebuah kelembutan dan kesedihan. Abu hanya menghela nafas panjang lalu berjalan pulang kerumahnya dengan langkah kaki yang berat. Siapa yang tidak mengenali Siti Fatihah atau lebih mesra dipanggil Siti. Anak dari ketua kampung, Siti baru sahaja tamat belajar dan pulang ke kampung bagi bertemu kedua orang tuanya.
Pantai Seri Permata menjadi saksi kisah cinta dua insan dari dua dunia yang berbeza. Hanya perbezaan status sahaja bagi mereka bukan lah apa2. Namun lain pula di mata kedua orang tua mereka. Abu Mustafa, seorang anak tunggal dari nelayan tua yang tidak mempunyai isteri serta tiada pelajaraan mahupun perkerjaan. Hasil laut ialah punca kehidupan. Berbeza pula dengan Siti Fatihah, anak pertama ketua kampung dan janda mudanya. Gadis jelita dan cerdik. Tapi entah bagai mana kisah cinta yang orang kampung anggap hanya sekadar angan2 Abu Mustafa telah berubah. Siti Fatihah dan Abu Mustafa telah bernikah. Banyak cerita2 dari banyak pihak bercerita hal2 buruk tentang kabahagian yang mereka bina. Jadoh itu telah tertulis. Setahun bergelar suami isteri mereka akhirnya mendapat khabar gembira. Siti
Fatihah telah hamil. Rumah yang tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil terletak di hujung Kampung Seri Permata itu dipenuhi kebahagian.
♥︎♥︎♥︎.
Siti Fatihah sedang duduk meminum teh. Dia sedang menunggi kepulangan suaminya. Kandungan nya diusap perlahan. Tiba2 dia merasakan sakit yang luar biasa. Dia teriak memanggil2 nama suaminya. "Abang...abang..Siti nak bersalin dah...abang!!" Panggil nya diikuti esakan tangisan. Abu Mustafa yang baru pulang segera berlari membantu isterinya. Dia juga segera memanggil bidan kampung bagi membanti isterinya yang bakal melahirkan anak sulung mereka. Akhirnya selepas satu jam, Siti Fatihah selamat melahirkan seorang Puteri comel yang sihat. Takdir menyebelahi mereka. Abu Mustafa berasa sangat bahagia seolah dia adalah manusia paling gembira di dunia.
" Ariana Humairah, puteri umi jangan lah nangis2." Bisik Siti Fatihah sambil tersenyum.
♥︎♥︎♥︎.
Masa bagaikan air yang mengalir,
Tanpa mereka sedari 11 tahun telah berlalu. Sebelas tahun terindah bagi keluarga Abu Muatafa. Siti Fatihah dan Abu Mustafa membesarkan Ariana Humairah dengan penuh kasih sayang. Dia di didik menjadi anak gadis yang lemah lembut dan penuh dengan kesopanan. Mereka menjaganya bagai menantang minyak yang penuh. Gadis kecil tu memiliki mata bulat berwarna biru mengikut mata uminya, kulitnya pula seputih salju seperti ayahnya. Kadang2 kita perlu sentiasa berhati2 dan menghargai setiap masa bersama insan2 tercinta kerana semuanya punya pengakhiran.
Pantai Seri Permata, 2 Desember ****.
Abu Mustafa sedang bersiap2 hendak ke laut. Sekarang Ibu Kota Kedua sedang mencari murid2 pandai dari banyak wilayah dan kampung. Ariana Humairah salah satu yang terpilih untuk dihantar ke ibu kota. Hal ini menyebabkan Abu Mustafa perlu mencari lebih banyak duit agar dapat menghantar Ariana Humairah yang berusia 10 tahun ke ibu kota. Siti Fatihah yang sedang hamil 2 bulan berdiri bersama Ariana Humairah menghantar Abu Mustafa ke laut.
"Abang,berhati2 dan lekas lah pulang. Kami menanti mu sebelum matahari tenggelam di sini " Ucap Siti Fatihah kepada suami tercintanya. " Baiklah " Balas suaminya sambil tersenyum kemudian mula naik ke atas kapal.
Kapal Permata Helang merupakan kapal kedua terbesar di Kampung Seri Permata yang digunakan untuk mencari hasil laut oleh sekumpulan nelayan. Kapal ini telah berusia ratusan tahun namun masih baik dan boleh digunakan seoalah2 ia tak kan pernah rosak.
Laut biru itu menyimpan banyak cerita yang belum mereka ketahui namun bagi mereka laut itu dimana mereka boleh meneruskan hidup. Hasil laut merupakan satu2 harapan mereka. Rakyat biasa ialah gelaran mereka. Laut tenang tanpa ombak. Kapal Permata Helang yang berada di tengah lautan bising dengan gelak ketawa. Hari ini merupakan hari tuah mereka itu lah yang para nelayan katakan. Banyak sekali hasil tangkapan yang mereka dapat. Tidak terbayang jumlah duit yang bakal terhasil dari hasil tangkapan mereka pada hari ini. Dari arah berbeza kelihatan sebuah kapal hitam yang menghampiri Kapal Permata Helang. Semuanya tak menyedari kerena mereka sedang sibuk.
" Hari ini merupakan hari bertuah kita ". Kata kapten kapal hitam itu sambil tersenyum penuh misteri.
Matahari sudah lama terbenan, angin laut meniup selendang yang Siti Fatihah gunakan. Dia masih menanti kedatangan suaminya yang belum pulang. Dia hanya berserah kepada takdir yang telah tertulis. Tanpa dia sedari air matanya mengalir di pipi putihnya.
......
Hari berganti hari namun tiada juga khabar tentan Kapal Permata Helang. Hari itu hujan turun deras membasahi Kampung Seri Permata. Rumah Siti Fatihah dipenuhi dengan suasana duka. Siti Fatihah sedang berusaha melahirkan anaknya di bantu oleh bidan. Selepas sejam akhirnya dia selamat melahirkan bayi perempuan. Siti Fatihah tersenyum melihat anaknya begitu juga dengan Ariana Humairah yang gembira dengan hadirnya adiknya. Senyuman Siti Fatihah perlahan2 diganti dengan titisan air mata. Suaminya tercintanya belum juga pulang hingga hari dia melahirkan.
"Ariani Hurairah" Bisik Siti Fatihah.
......
10 tahun kemudian,
Ariana Humairah berdiri di hadapan du kubur lama. Itu ialah kubur ibu dan adiknya. Dia menangis dengan kuat namun sebuah tangan gagah memeluk nya cuba membuat dia berasa tenang. Dia melihat seorang lelaki tampan yang sedang tersenyum kearahnya. Dia berasa sangat bahagia sekarang. Lelaki yang sedang memeluknya sekarang telah menjadi suaminya. Mereka baru sahaja berkhawin sebulan yang lepas.
Setelah kepergian ibu dan adiknya dalam kebakaran pada malam kelahiran adiknya hanya Ariana Humairah yang terselamat. Dia telah di ambil dan didik untuk menjadi Sukarelawan. Dia pun bertemu dengan Ramy Lee lelaki tampan berambut seputih salju sewaktu berada di Kota Utama. Akhirnya cinta pun berputik. Selepas dua tahun berkhawin mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Gadis comel bermata biru yang bakal mengubah dunia.
Dunia yang tidak sepatutnya berubah.