webnovel

Bab 2

Aryan mula mengimbas kembali kenangannya bersama Yashvardan iaitu ayah kepada Shaila. Yash merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam bidang tekstil. Isteri Yash sudah 6 tahun meninggal dunia akibat kemalangan di jalan raya. Sejak kematian isterinya, Yash mula lebih prihatin dalam hal Shaila yang merupakan anak tunggal dan juga waris kepada perniagaan serta hartanya. Disebabkan terlalu bekerja keras Yash mula jatuh sakit dan meninggal dunia disebabkan penyakit kanser. Segala tanggungjawab perniagaan mula diserahkan kepada Shaila yang berumur 26 tahun. Shaila merupakan seorang yang berdisiplin dan juga tegas dalam kerja mahupun peribadi. Ramai yang akan berfikir dua kali sebelum berhadapan atau bercakap dengan Shaila. Sejak pemergian Yash dan isterinya, Aryan menjadi orang kepercayaan Shaila untuk segala-galaya.

"Papa, macam mana Rohan sekarang?'',tanya Rakesh kepada Aryan sambil menghulurkan air botol mineral. "Dia masih tidak menyedarkan diri. Let's pray to god",jawab Aryan sambil menepuk bahu Rakesh. "Shaila?", tanya Rakesh. "Kita boleh claim mayatnya esok jam 9 pagi". jawab Aryan sambil menunjukkan salinan borang tuntutan mayat Shaila. Rakesh mengeluarkan air mata sambil melihat salinan tersebut dan menyalahkan tuhan atas apa yang ditimpa kepada Shaila. "Rakesh, bawa bertenang. Mungkin ini takdir Shaila. Daripada menyalahkan tuhan atau sesiapa, esok kita kebumikan mayat Shaila dengan sempurna supaya rohnya bertenang,"Arya cuba memujuk Rakesh. Rakesh cuma mengangguk kepalanya dan bergerak ke kaunter untuk menjelaskan pembayaran bil Shaila. Rakesh merupakan anak tunggal kepada Aryan dan isterinya Shoba. Rakesh juga merupakan sahabat baik Shaila sejak dari kecil. Mereka belajar bersama-sama dari sekolah rendah hingga ke universiti. Rakesh dan Shaila mempunyai banyak persamaan yang menjadi punca hubungan mereka begitu rapat dan erat sebagai sahabat baik. Rakesh tidak dapat menerima tentang kehilangan Shaila dari hidupnya dalam sekelip mata. Rakesh jugalah tempat mengadu dan sokongan bagi Shaila setelah ayahnya meninggal dunia akibat kanser.

Next chapter