webnovel

Bab 3

Pengebumian Shaila didatangi oleh ramai orang antaranya pekerjanya sendiri, kawan universiti dan juga orang-orang yang penting dalam perniagaan. Shaila telah dikebumikan dengan selamat oleh Rakesh dan Aryan disebabkan Shaila tidak mempunyai sesiapa selain daripada mereka berdua.

"Take care Rakesh." salah seorang daripada kawan Shaila menjabat tangan dengan Rakesh. Rakesh cuma mengangguk dan tidak mampu untuk membalas. Setelah semua orang beredar Aryan dan anaknya pulang ke rumah mereka. Manakala di hospital pula, Rohan dipindahkan ke wad pesakit biasa kerana Rohan sudah menyedarkan diri tapi keadaanya masih tidak stabil untuk pulang ke rumah. Aryan bergegas ke hospital setelah mendengar khabar yang Rohan telah sedarkan diri.

"Doktor betul ke Rohan dah sedar?", tanya Aryan kepada doktor yang baru sahaja keluar setelah memeriksa Rohan.

"Hi Mr Aryan. Yes, Rohan dah sedar tapi dia memerlukan masa untuk stabil," jawab doktor.

"Maksud doktor?", tanya Aryan dengan rasa pelik.

"Rohan is under amnesia. Right now dia tidak dapat mengingat kembali masa lepasnya dan dia tidak kenal siapa Shaila. Jadi saya berharap agar Mr Aryan dapat memahami keadaan Rohan dan memberi masa untuk dia."jawab doktor itu tersebut.

Aryan sangat terkilan apabila dengar yang Rohan sudah kehilangan ingatan dan ini menyebabkan keadaan Aryan sangat rumit sebab hanya Rohan sahaja berada dengan Shaila sebelum kemalangan tersebut. Rohan dan Shaila ditimpa kemalangan semasa pulang ke rumah dari kilang ayahnya. Kereta mereka dirempuh oleh dua trak lori yang tidak dikenali dan kes ini masih dalam siasatan polis. Namun pihak polis belum menangkap pemandu trak tersebut kerana tiada info yang sahih.

Next chapter