webnovel

Linley terbang dengan pantas ke arah Lebuh Naga melalui laluan berliku.

'Sebelum ini, disebabkan pertarungan hidup dan mati, aku telah menaikkan kemarahan Bapa puak. Apabila aku mengikutinya, aku bimbang aku akan berhadapan dengan situasi bahaya. Tetapi siapa sangka aku bukan sahaja tidak dihukum tetapi dalam sekelip mata, aku menjadi Tetua puak!' Linley memandang ke arah perisai lazuardi bercorak keemasan yang sedang dipakainya lantas menghamburkan tawanya.

'Perubahan dalam dunia ini benar-benar menakjubkan,' keluh Linley.

"Tetua!" Ramai askar peronda di Lebuh Naga menabik hormat ke arah Linley sebaik sahaja melihatnya.

Linley mengerling ke arah askar peronda dan mengangguk kecil.

Liley terbang melepasi askar peronda yang menabik hormat.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter