webnovel

Persidangan Sulit Tetua

Editor: EndlessFantasy Translation

Ketika dia melangkah masuk ke dalam dewan besar, Linley menghalakan pandangannya ke dalam dewan tersebut. 'Hanya dua belas Tetua yang baru tiba?' Puak Naga Lazuardi mempunyai tiga puluh enam Tetua. Tetua yang berada di dalam dewan sebaik sahaja melihat Linley lantas ketawa sambil menyapanya.

"Linley, duduk di sini." Tetua Garvey memberi isyarat ke arahnya.

Linley berjalan ke sana dan duduk di sebelah Garvey.

Persidangan Sulit Tetua diadakan di sebuah dewan besar, di mana terdapat sebuah meja bulat merah pekat yang sangat besar diletakkan di tengah dewan dengan dikelilingi oleh kerusi. Linley memandang meja itu dan mendapati, 'Eh, hanya ada enam belas buah kerusi?'

Meja bulat itu begitu besar dan mempunyai ruang yang cukup untuk empat puluh buah kerusi. Tetapi hanya terdapat enam belas buah kerusi sahaja yang disediakan.

"Garvey, hanya terdapat enam belas kerusi sahaja? Bukankah terdapat tiga puluh enam Tetua?" Linley bertanya perlahan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter