webnovel

Penganugerahan Cetusan Ketuhanan

Editor: EndlessFantasy Translation

Terdapat sekumpulan orang di dalam Istana Darah Naga yang tidak dapat tidur. Pemergian Linley untuk bertempur dengan Ahli Sihir Agung sesuatu yang tidak diketahui Taylor, Gates dan yang lain-lain. Hanya Wharton dan Zassler sahaja yang tahu. Tetapi selepas pemergian Linley, Wharton dan Zassler memaklumkan kepada semua orang tentang perkara ini.

Fikiran Zassler sangat jelas.

Jika Linley tidak pulang, dia masih perlu beritahu Taylor dan lain-lain juga.

Jika Linley kembali, ia pastinya perkara yang menggembirakan yang akan dikongsikan dengan semua orang.

Walau apa pun akan berlaku, lebih baik semua orang tahu kebenarannya.

Semua lilin di dalam dewan utama Istana Darah Naga dinyalakan. Sekumpulan besar orang sedang berkumpul di situ. Mereka begitu terkejut selepas Zassler dan Wharton memaklumkan kepada mereka pemergian Linley ialah untuk bertempur dengan pakar tahap Betara. Sekarang ini, apa yang boleh mereka lakukan ialah menunggu dengan sabar.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter