webnovel

Hari-hari yang aman dan menyenangkan berlalu. Tanpa disedari, setengah tahun telah berlalu.

Intipati roh cecair emas itu telah diserap sepenuhnya ke dalam badan Linley. Sekarang ini, walaupun roh berbentuk pedangnya hanya membesar sebanyak satu saiz sahaja dari sebelumnya, dari segi kualiti, ia benar-benar telah meningkat.

"Tidak hairanlah Betara itu mahu mengumpul sebanyak roh yang boleh dan memperhalusinya." Linley tertawa.

Tetapi malangnya, tidak kira betapa kuat usaha Ahli Sihir Agung itu, akhirnya, orang lain juga yang mendapat faedahnya.

Selepas menyerap intipati roh itu sepenuhnya, Linley meninggalkan poket dimensi rahsia untuk berjalan-jalan di sekitar Istana Darah Naga. Semasa dia sedang berjalan di laluan berbunga-bunga, Linley terlihat ada cahaya kerlipan hitam yang kabur melewati udara di atasnya dari jauh.

"Tuan." Bebayang hitam itu terbang menghampiri Linley. Orang itu adalah Harimau Kumbang Awan Hitam, Haeru.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter